U follow me, I follow U.

Suka tak?

Sunday, May 11, 2014

Sebab Sebab Yang Mendorong Kita Berfikiran Negatif

Pernah tak terfikir mengapa Anda terdorong untuk berfikiran negatif?

Pesakit kanser yg pulih kesan daripada berfikiran positif yg dipupuk ibu dan ayahnya.


Mungkin ada sebabnya yang Anda tak tahu. Saya telah melakukan kajian untuk mencari apa punca yang mendorong kita berfikiran negatif. Inilah sebab yang menjadi mendorong ramai orang jadi suka berfikiran negatif, iaitu:

1. Anda pernah dimarahi, diperlekeh dan dihina-hina dan Anda sukar terima diri Anda seadanya.
Orang lain selalu ketawakan Anda, diri Anda dipersenda, maruah Anda dihina-hina hingga membuat Anda naik marah. Anda nak balas semua tu dengan cara yang Anda rasakan perlu dan Anda katakan suatu hari nanti Anda akan balas juga.

Anda mahu rancang sesuatu, biar orang yang selalu mengetawakan Anda tu menerima padanya dengan cukup teruk sekali. Anda tak kisah. Janji puas hati.

2. Anda geram pada diri sendiri.
Anda pernah geram pada diri sendiri satu ketika dulu dan selalu mengingatinya bahkan Anda selalu membayangkan kegeraman Anda pada diri sendiri, menyumpah-nyumpah kesilapan diri sendiri satu ketika dulu. Anda mengatakan diri Anda bodoh, tolol dan bahlul. Anda tak terfikiir langsung memaafkan diri kerana terbuat kesilapan yang tak disangka-sangka dan Anda masih tak memaafkan kesilapan diri Anda sehingga ke hari ni.

3. Anda pernah marah dengan orang lain kemudian sukar melupakannya.
Anda pernah bertekak dengan seseorang kemudian Anda susah nak lupa situasi itu. Rasa tak puas hati Anda masih tersimpan kejap hingga ke hari ini hanya kerana Anda tak puas hati dengan tindakannya. Setiap kali teringat mukanya, terdengar namanya darah Anda pasti menggelak.

4. Anda merasa orang lain hanya berlagak hebat.
Anda menyampah melihat orang lain gembira, ketawa dan ceria. Pada Anda, itu hanya lagak semata-mata. Anda juga sangat menyampah apabila terdengar cerita ada orang berjaya mencapai tahap kejayaan.

5. Anda suka berdendam.
Dendam adalah kemaharan yang disimpan-simpan dan tak pernah dilepaskan sedikitpun. Kemarahan bersifat api. Semakin lama disimpan, semakin membakar, semakin panas jadinya. Anda nak berlagak hebat, tapi orang lain tak nak terima Anda. Anda berdendam dengan beberapa orang yang pernah menyakiti hati Anda dan And mahu mereka melutut di depan Anda untuk meminta maaf!.

6. Anda merasakan dunia ni tidak adil.
Sebab asyik Anda saja yang susah, orang lain senang-senang aje dapat yang senang. Anda merasakan hidup ni berat sebelah, kurang adil terhadap Anda kerana Anda sering dilanda masalah tanpa ada kesudahannya. Anda suka menyalahkan orang lain atas kesusahan yang menimpa Anda.

7. Ego Anda tinggi tanpa Anda sedari.
Anda sukar menerima teguran, merasakan orang yang menegur Anda tu hanya mahu merendah-rendahkan Anda.

Friday, December 27, 2013

PERMOHONAN BR1M 2014

BR1M dijangka dimasukkan terus kedalam Bank tanpa perlu beratur seperti BR1M yang lepas.
Untuk memuat pendaftaran atau mengemaskini permohonan, boleh klik link dibawah :





Jom Baca!