U follow me, I follow U.

Suka tak?

Monday, October 15, 2007

Arimasu (ada)

Ada

Di sini kita akan mempelajari cara penggunaan "arimasu" dan juga "imasu" iaitu "ada" di dalam bahasa melayunya.

Di dalam bahasa melayu, "ada" boleh digunakan untuk benda, manusia, haiwan dan juga lain-lain. Tetapi di dalam bahasa jepun "ada" bagi manusia, haiwan dan juga benda-benda bernyawa yang lain adalah "imasu", manakalah bagi benda-benda yang tidak bernyawa pula adalah "arimasu".

Secara ringkasnya "imasu" adalah "ada" bagi benda bernyawa seperti manusia, haiwan dan juga lain-lainnya. Manakala "arimasu" adalah "ada" bagi benda-benda yang tidak bernyawa seperti benda, bangunan dan juga lain-lainnya.

Contoh Ayat
Ahmad berada di sekolah
Ahmadowa gakkou-ni imasu

Ali berada di negara jepun
Aliwa nihon-ni imasu

Kuching kepunyaan abu berada di bawah kerusi
Abu-no-neko-wa isu-no-shita-ni imasu

Anjing berada diluar rumah
Inuwa ie-no-soto-ni imasu

Bank berada disebelah kedai buku
Ginkouwa honya-no-tonari-ni arimasu

Buku bahasa jepun berada di atas meja
Nihongo-no honwa tsukue-no-ue-ni arimasu

Tong sampah berada di belakang komputer
Gomibako-wa pasokon-no-ushiro-ni arimasu

Perkataan Baru
imasu = ada(untuk benda bernyawa)
arimasu = ada(untuk benda tidak benyawa)
neko = kuching
soto = luar
inu = anjing
ginkou = bank
kedai buku = honya
tonari = sebelah
ue = atas
gomibako = tong sampah
ushiro = belakang

No comments:

Jom Baca!