U follow me, I follow U.

Suka tak?

Monday, October 15, 2007

Idiom dalam Bahasa Jepun

Mungkin (tabun)

Mina-san konbanwa, selamat malam semua. Hari ini mari kita tinjau satu lagi pelajaran baru di dalam kategori idiom. Jom kita cuba-cuba pakai perkataan "tabun" di dalam bahasa jepun. "Tabun" bermaksud "mungkin". Ianya di guna pakai untuk menunjukkan sesuatu perkara yang mungkin akan berlaku.

Contoh Ayat
Ashita-no tenki-wa tabun ii-deshou
Cuaca untuk hari esok mungkin baik

Ano-hito-wa tabun nihon-jin-deshou
Orang itu mungkin orang jepun

Kare-wa tabun kaze-deshou
Mungkin dia demam


Perkataan Baru
Tenki = Cuaca
Ano-hito = Orang itu
Nihon-jin = Orang jepun
Kaze = Demam

Kategori : Idiom
* * *

Setiap kali (tabi-ni)

Hari ini mari kita belajar berkenaan cara membuat ayat menggunakan perkataan "tabi-ni" yang membawa maksud "setiap kali" di dalam bahasa melayu. Cara penggunaannya adalah seperti berikut:-

A - tabi-ni - B = Setiap kali A berlaku/dilakukan biasanya B pun akan berlaku/dilakukan.

Contoh Ayat
Chichi-wa shucchou-suru tabi-ni, omiyage-wo kattekuru.
Setiap kali "outstation" ayah akan beli buah tangan.

Sono-uta-wo kiku tabi-ni, mukashi-no-koibito-wo omoidasu.
Setiap kali dengar lagu itu, teringat awek lama.

Hachi-gatsu-ni naru tabi-ni, mukashi-no kanashii omoide-wo omoidasu.
Setiap kali masuknya bulan 8, teringat kembali kenangan lama yang menyedihkan.


Perkataan Baru
Chichi = Ayah (untuk ayah sendiri)
Shucchou = Outstation
Omiyage = Buah tangan
Uta = Lagu
Kiku = Dengar
Kanashii = Sedih
Omoide = Kenangan
Omoidasu = Teringat

Kategori : Idiom
* * *

Sebenarnya (Jitsu-wa)

Hari ini mari kita lihat pula cara membuat ayat dengan menggunakan perkataan "Jitsu-wa". "Jitsu-wa" adalah "sebenarnya" sekiranya di terjemahkan ke bahasa melayu.

Contoh Ayat
Jitsu-wa watashi-wa kekkon-shiteirundesu.
Sebenarnya saya sudah kahwin

Jitsu-wa watashi-wa mada dokushin-desu
Sebenarnya saya ni masih bujang lagi

Jitsu-wa watashi-wa mada nani-mo tabeteimasen
Sebenarnya saya ni belum makan apa-apa pun lagi


Perkataan Baru
Kekkon = Kahwin
Dokushin = Bujang
Mada = Belum/Masih


Latihan
Cuba buat ayat di dalam bahasa jepun dengan menggunakan perkataan "jitsu-wa".

Kategori : Idiom
* * *

Berkenaan dengan (ni-kan-suru)

Hari ini mari kita tinjau pula cara menggunakan perkataan "ni-kan-suru". Ianya bermaksud "berkenaan dengan". Cara penggunaannya adalah seperti berikut:-

kata nama - "ni-kan-suru" = "berkenaan dengan" - kata nama

Contoh Ayat
Kore-wa mareeshia-no-seiji ni-kan-suru houkokusho-desu.
Ini adalah laporan berkenaan dengan politik malaysia.
Shuushoku ni-kan-suru jouhou-wa daigaku-no-webu-saito-ni nottearimasu.
Maklumat berkenaan dengan pekerjaan terdapat di laman web universiti.

Perkataan Baru
Seiji = Politik
Houkokusho = Laporan
Jouhou = Maklumat
Daigaku = Universiti
Webu-saito = Laman Web

Kategori : Idiom
* * *

Mesti (Kanarazu)

Kanarazu sekiranya di terjemahkan ke bahasa melayu adalah mesti. Ianya di guna pakai bagi menunjukkan perkara yang mesti ataupun pasti akan berlaku atau dilakukan. Berikut adalah beberapa contoh ayat yang menggunakan perkataan kanarazu.

Contoh Ayat
Watashi-wa neru-mae-ni kanarazu denki-wo keshite neru.
Saya sebelum tidur mesti tutup lampu dulu.

Hi-wa sanso-ga nakunaru-to, kanarazu kieru.
Api mesti akan padam sekiranya kehabisan oksigen.

Kaigai-ni iku-toki, kanarazu pasupooto-wo motanaitoikenai.
Apabila pergi ke luar negara, mesti kena bawa passport.

Perkataan Baru
Hi = Api
Neru-mae-ni = Sebelum Tidur
Denki-wo kesu = Tutup lampu
Sanso = Oksigen
Kieru = Padam/Hilang
Kaigai = Luar negara
Pasupooto = Passport

Kategori : Idiom
* * *

Selalu - (Itsumo)

Untuk pelajaran di dalam topik idiom ini, hari ini mari kita lihat pula cara menggunakan perkataan "itsumo". "Itsumo" sekiranya di terjemahkan ke bahasa melayu adalah "Selalu". Ianya di gunakan untuk menunjukkan sesuatu perkara ataupun perbuatan yang selalu di lakukan ataupun di buat.

Contoh Ayat
Watashi-wa itsumo mareeshia-ni kaeru-toki mareeshia-koukuu-wo tsukaimasu.
Selalunya saya pakai syarikat penerbangan MAS untuk balik ke malaysia.
Kare-wa itsumo kyouto-e itta-toki onaji-hoteru-ni tomarimasu.
Dia selalu bermalam di hotel yang sama setiap kali pergi ke kyoto.

Perkataan Baru
Mareeshia = Malaysia
Kaeru = Balik
Kyouto = Kyoto (Salah satu bandar besar di jepun)
Onaji = Sama
Tomarimasu = Bermalam
Hoteru = Hotel



Kategori : Idiom
* * *

Pun ada, pun ada (mo-areba, mo-aru)

Hari ni mari kita lihat pula cara membentuk ayat dengan menggunakan perkataan "mo-areba, mo-aru". Ianya membawa maksud "pun ada, pun ada" sekiranya di terjemahkan ke dalam bahasa melayu. Cara penggunaannya adalah seperti berikut:-

A mo-areba, B mo-aru = A pun ada, B pun ada ( pada kebiasaannya perkataan A dan B adalah berlawanan sifatnya )

Contoh Ayat
Isogashii-toki mo-areba, himana-toki mo-aru
Masa sibuk pun ada, masa lapang pun ada
Sono-mise-ni-wa yasui-mono mo-areba, takai-mono mo-aru
Di kedai itu, barang yang murah pun ada, barang yang mahal pun ada

Perkataan Baru
Isogashii = Sibuk
Hima = Lapang
Mise = Kedai
Yasui = Murah
Takai = Mahal






Kategori : Idiom
* * *

Selepas (Ato-ni)

Di pelajaran idiom ini kita akan belajar berkenaan perkataan yang biasa di pakai di dalam bahasa jepun untuk membentuk ayat. Untuk kali yang pertama ini mari kita belajar perkataan "ato-ni". "Ato-ni" sekiranya di terjemahkan di dalam bahasa melayu adalah "Selepas". Ianya biasa di pakai bersama dengan "masa".
Cara penggunaanya adalah seperti berikut:-

Masa - Ato-ni = Selepas - Masa

Contoh ayat
Juppun ato-ni kite-kudasai
Sila datang kembali selepas 10 minit
Go-nen ato-ni, watashi-wa kyoushi-ni naru-kamoshiremasen
5 tahun selepas ini, saya mungkin akan menjadi seorang guru

Perkataan baru
Juppun = 10 Minit
Kite-kudasai = Sila datang
Go-nen = 5 Tahun
Kyoushi = Guru
Naru-kamoshiremasen = Mungkin Menjadi

No comments:

Jom Baca!