U follow me, I follow U.

Suka tak?

Monday, October 15, 2007

Memperkenalkan Diri (jikoshoukai)

Hari ini mari kita berlatih membuat sakubun (karangan) di dalam bahasa jepun. Tema ataupun tajuk sakubun (karangan) pada kali ini adalah pasal diri sendiri. Cuba ceritakan berkenaan diri sendiri dengan bahasa jepun. Sebagai contoh berikut adalah contoh karangan ringkas

Jikoshoukai (memperkenalkan diri)
Watashi-wa fendi-desu. Shusshin-wa mareeshia-no kurantan-desu. Shumi-wa sakka-wo suru-koto-desu. Ima-wa daigaku-de benkyou-shiteimasu. Watashi-no kazoku-wa 4-nin-desu. Kanai to kodomo futari imasu. Kodomo-wa otoko-no-ko to onna-no-ko desu. Otoko-no-ko wa 3-sai-desu. Onna-no-ko wa 2-sai-desu.

Saya fendi. Berasal dari kelantan, malaysia. Hobi saya bermain bola. Sekarang ini sedang belajar di universiti. Keluarga saya ada 4 orang. Seorang isteri dan 2 orang anak. Anak saya seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki berumur 3 tahun. Yang perempuan berumur 2 tahun.

Perkataan Baru
Shusshin = Berasal
Shumi = Hobi
Kanai = Isteri (Untuk isteri sendiri)
Otoko-no-ko = Budak lelaki
Onna-no-ko = Budak perempuan


Latihan
Dengan menggunakan apa yang telah di pelajari selama ini, cuba buat sakubun (karangan) yang bertajuk "diri sendiri".

No comments:

Jom Baca!