U follow me, I follow U.

Suka tak?

Sunday, October 7, 2007

Summer Time Machine Blues


Movie jepun ni....
Aku kurang pasti adakah muvi ini diadaptasi daripada anime ataupun novel, namun apa yang aku dapat katakan tentang muvi ni, BEST!. Lawak-lawak yang ditonjolkan di dalam Movie ini bukannya seperti lawak bodoh senario, dan walaupun lawaknya tidak bodoh, masih mampu membuatkan aku gelak sakan.

Movie ini mengisahkan apa yang berlaku kepada sekumpulan pelajar yang menyertai kelab Science Fiction (Sci-Fi). walaupun mereka ahli kelab sci-fi, mereka ini langsung tidak meminati benda-benda sains-sains fiksyen ni, dan banyak masa mereka dihabiskan dengan bermain besbol, daun terup, dan lain-lain perkara lagi yang langsung tidak melibatkan aktiviti kelab sci-fi yang sepatutnya.

suatu ketika pada musim panas, secara tidak sengaja remote control aircond bilik aktiviti mereka rosak akibat satu insiden yang tidak diingini. di dalam keadaan panas xterkata dek akibat aircond bilik diorang ni x boleh nk bukak, muncul mesin masa secara tiba-tiba dibilik mereka. dan mereka bercadang untuk kembali kepada semalam bagi mengelakkan remote control aircond dorang tu daripada rosak.

mampukah mereka mengubah nasib mereka, mampukah mereka merubah sejarah?!, tontonlah movie ini untuk mengetahui jawapannya.

nk tgk?contact me now!!

No comments:

Jom Baca!