U follow me, I follow U.

Suka tak?

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri!


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan rapat,kenalan jauh,pelawat-pelawat blog ni dan semua umat Islam tak kira mendokong ideologi politik mana pun.

Di kesempatan ini,saya juga ingin memohon maaf andai tulisan saya menyinggung mana-mana pihak.Jika ada yang tersinggung dengan tulisan saya,ampun maaf dipinta.Di sini juga saya ingin menyeru kepada semua orang Melayu agar kita kembali bersatu dan meninggalkan perkara yang memudaratkan agama,bangsa dan negara.Semoga perjalanan kita ke kampung berakhir dengan kegembiraan.

Diharap raya kali ini membuka pintu-pintu keinsafan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!






Yang Benar,

post signature

Tuesday, September 9, 2008

Melayu Bukan Peribumi?

1. Wujud usaha terbaru dari mereka yang buta sejarah dan susur galur bangsa Melayu hari ini yang mendakwa orang Melayu bukan pribumi negara Malaysia ini. Mereka berhujah bahawa orang Melayu itu berasal dari Indonesia dan asal usul antropologinya berasal dari Yunan, Cina. Dakwaan ini bukan sahaja melucukan malah menunjukkan benar meraka mahu memutarbelitkan sejarah.

2. Bangsa itu dikenali dari susur budaya, keturunan dan ciri-ciri persamaan kabilah besar mereka. Memang ada Melayu jawa, melayu banjar, melayu porto dsb. Hakikatnya mereka itu bangsanya Melayu, bahasanya Melayu biarpun pelbagai dialek. Cina juga ada pelbagai etnik dan dialek bahasa.

3. Pada masa dahulu Tanah Melayu (semenanjung Malaysia) dan kepulauan Melayu (Indonesia) berada dalam satu gugusan dan sering bertukar pentadbiran antara kesultanan dari kepulauan mahu pun dari Tanah Melayu. Dengan kata lain tiada istilah pendatang antara orang Melayu di Tanah Melayu dengan orang Melayu di Indonesia sehinggalah Indonesia dan Tanah Melayu merdeka secara berasingan. - baru terpisah secara jelas antara Indonesia dan Malaysia atas kehendak penduduk kedua-dua kawasan bukannya, oleh perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

4. Malahan pada zaman Jepun juga wujud gerakan memerdekakan seluruh kepulauan Melayu dibawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Gerakan Indonesia Raya.

5. Sekarang mereka mahu mempertikaikan kononnya Melayu berasal dari Indonesia bukan pribumi Tanah Melayu. aneh bukan jika Melayu bukan pribumi tanah Melayu. Apakah cina Hong Kong, Taiwan dan Macau bukan penduduk pribumi pulau-pulau tersebut hanya kerana mereka cina?

5. Hakikat sejarah menunjukkan orang melayu yang tinggal di tanah ini sejak wujudnya asal usul manusia di semenanjung ini. Sebab itu ia dikenali sebagai Tanah Melayu sama seperti Tanah Besar Cina dan negara India yang diiktiraf sebagai milik bangsa Cina dan India. S

6. Memang benar manusia Melayu berevolusi dari animisme, hinduisme kepada Islam. Apakah ini menjadikan mereka orang India?

7. Orang Asli dengan orang melayu asalnya dikalsifikasikan oleh pengkaji antropoglogi sebagai orang darat dan orang laut. Orang asli yang masih kekal hari ini ialah orang darat yang banyak tinggal di dalam hutan. Manakala orang asli laut yang tinggal di pinggir laut, pelabuhan dan sungai berevolusi menjadi melayu seperyi yang ada hari ini.

Kedua-dua mereka sudah diiktiraf oleh sejarawan, penjajah dan pengkaji antropolgi sebagai penduduk asal tanah melayu ini.

8. Justeru kepada pemimpin bukan Melayu berhenti berhujah kononnya Melayu ini bukan pribumi tanah Melayu. Hadapi hakikat bahawa Malaysia ini tanah asalnya milik orang Melayu dan pribumi asli lain. Kita bersetuju berkongsi hak selagi mereka juga bersetuju menerima kontrak sosial semasa kemerdekaan.

p/s:Bila pemimpin bukan Melayu mempertikaikannya,tak da la kisah sangat.Tapi,Sedih bila ada bangsa sendiri yang mempertikaikan kewujudan bangsa sendiri di Tanah Melayu.Kaji dulu sejarah sebelum bercakap.

dari cuit sikit




Yang Benar,

post signature

Thursday, September 4, 2008

Gadis Melampau Terima Padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. 'Wahai orang muda! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki....'nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. 'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?'

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 'Ambil hanphone aku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,' katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang sangat buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala kehairanan. Semua yang ada di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda itu yang tidak menghormati hukum-hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri... Tiba-tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.

Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.

Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslimah sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya denganmempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah , kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh. Siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila kita enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah kita tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan kita tertakluk dengan undang-undang yang di buat oleh majikan kita, dan di dalam negara, kita tertakluk di bawah undang-undang negara .

Begitu taksub sekali kita terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin, takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila kita berpijak di bumi ini, kita juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita.

SUMBER : Majalah Manar Islam

Mohd Ariff: Jaga lidah kita ye?Rasa-rasanya Orang Melayu kini hampir ke arah itu.Hormati lah orang yang lebih tua mahupun yang lebih muda dari kita


Yang Benar,

post signature



huruf pertama

Jom Baca!