U follow me, I follow U.

Suka tak?

Tuesday, February 10, 2009

Krisis Di Perak-Penjelasan Dari Sudut Undang-Undang!

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.


3 ADUN Sudah jumpa Sultan


Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.


Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.

Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”

Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?


Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.


Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

p/s: Si Nizar gila kuasa,macam mana nak serah kuasa?

6 comments:

Budak Perak said...

Ko budak lagi....dan bukan anak perak. Ko tak tau cerita sebenar Perak. Ko ciluk tulisan pencacai ameno, ko kata ko pejuang melayu.......renti kan la tulih hal politik. Blogger amno upahan najib pun tersungkur, tulis fakta rekaan, buat tohmahan, provokasi, ko pun nak jadi blogger murahan ameno. La ni budak muda ramai tolak ameno, ko pulak nak ke arah ameno. Guna otak pikir sikit. Buka mata tengok apa ameno buat kat bangsa kita, kaji apa yg diorang buat dan bagi tau kita dengan apa yang diorang buat tapi tak bagi tau kita pun !!!! Ada akai , pikir ......

Anonymous said...

sbb aku ader otak la aku fikir..
rmai melayu kita dpt manfaat sjak 50thn lps..
adakah ko x pnh pi skola?
kalo dasar ekonomi baru xder,dimana tahap ekonomi kita skang?
aku bersyukur dgn ape yg krajaan bg skang...dlu dpt biasiswa mara pi blaja..dpt beli rumah...dpt buat perniagaan gne bantuan mara..byk yg aku dpt dan melayu laen dpt..
maybe ko xdpt sbb ko xtau pn ape umno usahakan sjak sekian lama.

org2 mude yg tolak umno tlah diprovokasikn oleh akhbar2 yg xder kreadibiliti..dihasut oleh akhbar..byk memfitnah..ble dah slah,xnk ngaku...itu pasal negara huru hara..

kamu sering menuduh org laen..kamu kata pnyokong umno tu blogger upahan najib,kamu kata najib bunuh org,mcm2 lg kamu kata...tp dimana bukti?menuduh berdasarkn bukti bkn berdasarkan nafsu..

"budak perak" ni cuma tau ckp jer tanpa point...adeh..

aku xkn lpe

Budak Perak said...

DEB.....berapa kerat yg merasa nikmatnya.....yg ramai puak amno dan pemimpinnya.....kroni ! DEB gagal beb...baca kajian tentangnya. Baca dan kaji !

Orang muda kena provokasi ! Zaman skang orang dah celik segalanya la....orang buleh buat perbandingan, penilaian, provokasi ni mainan amno dan FRU....hehehehe . Macam tengok sekeliling. Negara "huru-hara" sebab amno sendiri. Bila dah lemah, mulalah buat macam2. Guna ISA, FRU.......Tapi istilah huru-hara juga provokasi amno....yg huru-hara tu amno sendiri....tengok jer sekarang macam mana huruhara amno...dalaman dan luaran. Ni dah dekat pemilihan ni...yg cetus konflik kat negeri aku perak ni amnolah....sultan memang ada kuasa lantik MB tapi tak de kuasa lucut jawatan MB. KO yg tak tau undang2 tubuh perak.....Sidang atas poko pun sah....tanya pakar undang2.Jangan tanya nyamuk.

Bekas PKR said...

DEB mmg gagal..tp jika tiada DEB ko ingt brapa kerat usahawan melayu yg berjaya?brapa ramai anak2 melayu yg berjaya ke U dlm dan luar negara?pkir la npe diwujudkn sistm kuota?ko nk ke kelebihn bumiputera dihapuskan?kini,kita cuma tnggal kuasa..yg laen sume dah bg pada bangsa lain..
kuasa pn kita nk bg kpd DAP?siapa yg berkuasa di perak sbnenya?brapa rmai exco melayu di perak?

huru-hara prngkat parti dan pringkt nasional adalah berbeza..phm?sume parti di dunia ni ada mslah dalaman dan luaran.jgn kata PKR xder masalah..kalo xder masalah,xkn ader yg maen "lompat2" ni..
knapa huru-hara peringkt nasional berlaku?haa..mastermind si karpal singh yg sering timbulkn hal2 sensitif dlm dewan rakyat..dlu pertikaikan institusi raja..knapa melayu PKR diam jer??tkut bersuara atau bersetuju dgn dia?

si ariff ni da jelaskan dari sudut undang2..siap dgn nombor2nya skali...

ape yg aku tau akhbar suara keadilan ckp sidang bwh pokok SAH sbb "speaker ada kuasa tntukan dimana tmpt bersidang".tp x sebut langsg yg "sultan berkuasa penuh ntuk memperkenankan sidang DUN"..yg mana ptt didahulukan dlu?perkenan atau pemilihan tmpt?nmpak sgt la melayu PKR diprovokasikan akhbar tu..ader otak pkir la..

Tengku Hanafiah said...

weee....da sah2 setiap perkataan dalam ko punya entry yg ni x bleh pakai!!!tgk la mcm sendiri keadaan di negeri Perak sekarang,,,Mahkamah pun da memutuskan bahawa Datuk Nizar masih lg menteri besar yg SAH!!!

Anonymous said...

tengku hanafiah...
tarik blk kata2 ko..
mahkamah rayuan da mmutuskan bhawa kputusn mhkamah tnggi SILAP!

Jom Baca!