U follow me, I follow U.

Suka tak?

Monday, July 6, 2009

1 Malaysia?


Salam aspirasi kepada semua!
Saya disini memohon maaf kepada semua pembaca blog ini kerana sudah sekian lama tidak menulis kerana amat sibuk dengan hal-hal semasa.




1 Malaysia.Pernahkah anda dengar mengenainya?Sejak Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan memperkenalkan konsep ini,timbul persoalan didalam segenap golongan intelektual;

Adakah konsep ini akan berjaya?

Terus terang saya katakan bahawa konsep ini sangat sukar untuk diterjemahkan dalam sanubari masyarakat.Kenapa?Bila PM kita sebut mengenai konsep ini,ada saja suara-suara sinis yang mengatakan bahawa kerajaan akan meminggirkan orang Melayu."suara" tersebut ditepis oleh PM dengan mengatakan konsep tersebut tidak sama dengan konsep "Malaysian Malaysia".

Saya tanya lagi sekali kepada anda,adakah konsep ini akan berjaya?

Saya mengajak pembaca semua melawat sekolah-sekolah kebangsaan.KEBANGSAAN.Namanya sahaja sudah mencerminkan terdapat pelbagai bangsa yang kini dikenali sebagai Bangsa Malaysia di dalamnya.Cuba kita lihat di kantin sekolah tersebut,adakah terdapat kelompok-kelompok tertentu yang berkumpul berdasarkan bangsa?Walaupun di pihak nasional kerajaan sudah memperkenalkan konsep ini,tetapi ia MASIH belum dilaksanakan.

Kita lihat pula di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Adakah mereka bergaul sesama kaum secara 'total'?saya masih belum nampak perkara ini berlaku.Mereka hanya bergaul untuk tujuan menyiapkan tugasan atau kegiatan kokurikulum sahaja.SAHAJA!.Sebenarnya perkara ini telah pun disekat dari awal lagi oleh pihak pengurusan universiti.Mahasiswa dan mahasiswa universiti diletakkan di bilik kolej kediaman berdasarkan BANGSA.Saya tak nampak tindakan tersebut harus dilakukan.

Jika ini berlarutan,bilakah konsep 1Malaysia dapat diterjemahkan daripada fantasi kepada realiti?Pandanglah anak-anak muda kita dahulu sebelum pandang kepada diri sendiri.

Salam Perpaduan.

4 comments:

QUE-ZEE8972 said...

salam....

CINTA PERPADUAN & KEAMANAN

khazinatul_asrar said...

salam pembuka bicara..
mayB diorg wat cam2 bg menjge kebajikan setiap pelajar.. ye rr.. majoriti org melayu nie org islam.. so klo die letak satu blik tu campur2 bangsa x ke ssh bg kmi sbg seorg muslim uk menjage aurat t'utamanya kaum hawa.. aurat kaum hawa pasti la saudara tahu bkn?? mungkin bg kaum adam sng.. coz x byk yg p'lu dijge.. bg kmi kaum hawa yg menjaga aurat bknkh ssh.. mayb bg kaum hawa lain yg x begitu menjge aurat x kisah.. jdi.. pihak Universiti ingin menjge kebajikan semua.. byk lg cre yg x melangar syariat yg blh dilakukan bg menjlnkn misi yg ingin PM kite laksanakan.. yg blh dilakukan oleh semua bangsa dan agama..

Shira Amora ;p said...

betul arr 2..

konsep 1 Malaysia kelihatan mustahil utk dilaksanakan..

Melayu, Cina dan India x bleh bersatu scara total..

faezah said...

nice blog :)

Jom Baca!