U follow me, I follow U.

Suka tak?

Tuesday, February 2, 2010

Hisap


Seorang gadis sedang menghisap satu batang yang panjang. Matanya sedikit terpejam tanda satu kenikmatan. Tiba-tiba, sesuatu yang berwarna putih keluar dari batang itu. Laju keluarnya sehingga mencecah ke bumbung. Sebahagiannya lagi mungkin tertelan masuk ke dalam mulut halus si gadis itu. Dia mengeluh perlahan.

“Haaah.”

Batang yang agak terkulai layu itu terus digomol dan dimasukkan lagi ke dalam mulutnya.

Di satu tempat yang berlainan, seorang nenek tua pula sedang enak menggentel-gentel satu batang yang berwarna coklat. Batang yang kecil molek itu mungkin kepunyaan suaminya. Tidak mengapa, batang suaminyanya adalah miliknya jua.

Dahsyat sekali. Gejala hisap-menghisap dan gentel-menggentel batang ini kian menjadi-jadi. Penghisap batang yang tegar dikalangan wanita semakin bertambah. Jenis batang yang bagaimanakah yang mereka suka hisap itu?

Oh, gadis itu sedang menghisap batang rokok rupa-rupanya. Nenek tua itu pula, sedang menggentel-gentel rokok daun kepunyaan suaminya.



Itulah realiti sekarang. Bilangan perokok perempuan semakin bertambah. Yang lelaki apatah lagi.

Baiklah. Cerita di atas hanyalah sebagai mukaddimah sahaja. Berapa bilangan perokok, baik atau tidak perbuatan merokok, itu bukannya topik kita kali ini.

Hari ini, mari kita sama-sama menyelami dunia realiti seorang perokok, sebuah dunia yang dipenuhi dengan kepulan asap beracun.

Situasi 1, di kedai makan:

“Alamak, rokok habislah pula. Aku, kalau lepas makan memang kena hisap rokok. Kalau makan tanpa hisap rokok, macam berak tidak berbasuh rasanya.”

Situasi 2, malam sebelum exam:

“Aku, kalau tidak hisap rokok memang tidak boleh belajar. Belajar buat aku tertekan, hisap rokok buat aku lega. Fuh, kalau lepas hisap rokok, ilmu masuk mencurah-curah.”

Situasi 3, semasa bulan puasa:

Aku berbual-bual dengan seorang seorang perokok tegar.

“Kau sempat sahur atau tidak pagi tadi?”

“Tidak sempatlah mahu makan tadi. Sempat hisap rokok sebatang sahaja.”

Aku bertanya lagi dengan gaya yang agak prihatin.

“Isk, laratkah mahu berpuasa?”

“Tiada masalahlah. Kalau sudah hisap rokok, puasa sampai ke malam pun aku boleh tahan.”

Cukuplah 3 situasi di atas untuk menggambarkan realiti seorang perokok. Semua itu adalah luahan yang tulus ikhlas dari hati nurani beberapa orang perokok tegar. Selepas mendengar sendiri suara hati mereka, sudahkah kita mengerti akan realiti seorang perokok?

Begitu rupanya kalau diri sudah ketagihan nikotin.

Kalau seorang bayi kecil tidak boleh dipisahkan dengan susu ibunya, begitu jugalah dengan seorang perokok. Amat susah sekali untuk memisahkan rokok dengan si penghisapnya.

Bayi kecil akan menangis kalau tidak diberi susu. Adakah para perokok juga akan menangis kalau tidak dapat merokok?

Isk, tidak macholah kalau menangis beb. Orang yang hisap rokok semuanya macho, bukan?

Ingin tahu lebih lanjut? Tanyalah para perokok di sekeliling kita.

Akhir sekali, kehidupan ini memerlukan kita untuk membuat keputusan. Realiti kita, kita sendiri yang tentukan. Mahu hisap rokok ataupun tidak, itu kita punya pasal. Hisap rokok atau pun tidak, semua orang akan mati juga. Mati tetap mati, tapi hidup mesti sihat dan ceria.

2 comments:

kasimm baba said...

realiti hidup masa kini..
blangn gadis mnghisap makin ramai..
hehe..

Anonymous said...

haha..

Jom Baca!