U follow me, I follow U.

Suka tak?

Sunday, January 23, 2011

Pertembungan Maruah : Antara Darah dan Maruah

Kejadian di tahun 2003 bertempat di salah sebuah padang tersohor yang menjadi pertembungan budaya kedua-kedua buah pihak. SMK Tepi Kubur dan SMK TM. Ada kisah di sebalik kedua-dua sekolah ini. Kisah yang tak pernah diceritakan.



SMK TM.
Salah sebuah sekolah yang terkenal di Kuala Lumpur. Dikenali juga sebagai sekolah elit kerana pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada golongan 'high class'. Sekolah yang dikelilingi oleh barisan banglo 3 tingkat. Lokasi sekolah yang ekslusif dan mempunyai barisan guru elit.

SMK Tepi Kubur.
Sebuah sekolah yang juga terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor. Sesuatu yang menarik mengenai sekolah ini. Ia terletak di perbatasan sempadan antara Selangor dan Kuala Lumpur. Sama dengan SMK TM, sekolah ini dikenali sekolah 'elit' sebaris dengan sekolah Maxwell yang terkenal dengan dunia gangster sewaktu zaman kegemilangannya. Lokasi sekolah ini agak menarik kerana terletak di tengah-tengah antara Kawasan Perkuburan dan juga Masjid.

Masjid - Sekolah - Kubur

Pelajar-pelajarnya terdiri daripada golongan 'middle class' dan 'low class'. Terkenal dengan pencapaian kokurikulumnya yang lebih cemerlang berbanding SMK TM. Adalah sekolah 'titik hitam' dan antara paling kerap 'dilawati' polis berbanding sekolah-sekolah di sekitarnya.

Cerita

Kedua-dua sekolah ni sangat kontra dari perbagai sudut. Dari disiplin hinggalah kepada pencapaian akademiknya. Tak hairanlah yang kedua-dua sekolah ni memang bermusuh sejak awal penubuhannya. Tahun 2003 sebenarnya adalah tahun yang menjadi titik tolak dalam pencapaian SMK Tepi Kubur. 10.30 pagi di Padang A. Padang A adalah tempat yang menjadi saksi permusuhan kedua-dua pihak. Selalu menjadi lokasi perlawanan bola antara kedua-kedua pihak. Dan selalunya akan diakhiri dengan pergaduhan.

10.30 pagi. Cuaca yang agak sejuk dengan padang berlecak.Waktu ni kelihatan hampir 80 orang pelajar berkumpul di padang ni. Berpakaian biasa dan berpakaian sekolah. Bersenjatakan Kayu Hoki dan Pisau Rambo. Dikatakan ada yang nampak kelibat Pistol pada masa tu. Kedengaran ada berlaku berbalas ejekan pada waktu tersebut.

(dan macam berbalas pantun nak kahwin daa..)

" Woi, anak haram bodoh nak mampus! "
" Celaka barua! "

Ini antara ayat-ayat yang aku masih segar diingatan. Waktu ni aku ponteng mengaji. Mintak-mintak la mak aku tak baca blog ni. Kang mampus kene terajang dek ayah aku. Aku dah la comel. Baru ingat nak bernikah bulan April ni. ( Ada juga orang percaya..haha)

Berbalik kepada cerita, sebenarnya ia dikenali sebagai "The Battle of Pride". Sebelum ni SMK TM banyak memandang rendah SMK Tepi Kubur. Mereka suka melintas di hadapan SMK Tepi Kubur dan membaling batu diselangi dengan ejekan. SMK Tepi Kubur pula banyak memukul pelajar SMK TM yang lalu lalang dihadapan sekolah. Pagi tu, dendam kedua-dua pihak tak dapat ditahan lagi.

Seorang yang bernama "Botak" dari SMK TM telah memulakan pertembungan maruah ini dengan membaling batu ke arah pihak lawan. Pisau telah keluar dari sarungnya, Kayu Hoki telah disangkut di bahu. SMK TM nampak lebih takut dengan lawannya kerana SMK Tepi Kubur bukan calang-calang gangster. Antaranya pernah terlibat dengan kumpulan-kumpulan samseng. Ada juga yang pernah menjadi suspek kes pembunuhan.

SMK TM banyak bersenjatakan Pisau Rambo yang dibeli sedangkan SMK Tepi Kubur menggunakan Kayu Hoki yang 'dipinjam' daripada Stor Sukan sekolah. Kayu panjang banyak memerikan kelebihan kepada SMK Tepi Kubur. Kelihatan pelajar SMK TM banyak dijatuhkan seorang demi seorang. Kayu Hoki bukan sebarang kayu. Cangkuk yang terletak di hujungnya digunakan untuk 'menyangkuk' leher pihak lawan.

Kelihatan Pisau Rambo hampir tiada gunanya. Ketua SMK TM telah dibelasah dengan hayunan 7 kayu sekaligus. Kelihatan darah membasahi badan beberapa pelajar. Tak tahu siapa yang cedera. Ada Pisau Rambo yang bertemu mangsanya. Kemudian, ada pisau yang terbang kearah pihak SMK Tepi Kubur.

Perlawanan terhenti buat seketika. SMK TM mengugut untuk beramai-ramai membaling pisau ke arah lawan. Waktu ni Kayu Hoki hampir tiada gunanya. Keadaan fizikal Kayu Hoki tak memungkinkan ia untuk dibaling dan mengenai sasaran berbanding dengan pisau yang boleh mengatasi rintangan angin.

Kedua-dua pihak kelihatan takut untuk kembali bertarung. Ketua SMK TM telah rebah. Lebih kurang 30 pelajar meraung kesakitan di tanah. Ada yang tidak bersuara lagi. Ada yang terkehel bahunya. Ada yang darah membasahi baju tetapi masih gagah memegang senjata. Ramai yang berundur kerana trauma dengan keadaan tersebut. Peliknya tiada bunyi pistol. Mungkin dia terlalu takut untuk melepaskan tembakan.

Perlawanan terhenti...

10 Minit selepas perlawanan dilangsungkan, pihak polis mula tiba. Mungkin menerima laporan daripada orang sekeliling. Kedua-dua pihak lari bertaburan. Yang rebah terus rebah tidak bertenaga. Ada yang menangis mencari jarinya yang hilang. Ada yang menyorok disebalik pokok. Tapi perlawanan telah terhenti.

Dua Hari Selepas Hari Kejadian.
Aktiviti pembersihan berlaku. Pelajar terlibat telah dibasmi. Aku ingat lagi, waktu ni sekolah dah jadi macam penjara. Ada lebih kurang 20 anggota polis mengawal setiap sudut sekolah. Lebih kurang 20 suspek disoal siasat. Ada yang dibuang sekolah, ada yang ditukarkan ke sekolah Henry Gurney. Ada yang kene sawan babi waktu ditahan. Waktu ni aku pakai songkok bagi mengelakkan menjadi suspek. Yang korang gelak ni kenapa. Aku serius ni.

Seminggu Selepas Hari Kejadian.
Sekolah kembali tenang. Tiada lagi pergaduhan berlaku sejak hari kejadian sampailah sekarang. Sekolah telah berubah. Permusuhan hampir 20 tahun telah berakhir. Waktu ni rumah-rumah setinggan yang menjadi 'port' gangster telah dirobohkan dan mereka telah dipindahkan jauh dari situ. Hariyanto, kawanku yang hensem dan jiwang telah berpindah..huhu.

Fakta:
1. 0 Maut. 2 Koma. 4 cacat seumur hidup. 34 Cedera.
2. Sejak Minggu Pembersihan, hubungan kedua-dua pihak berjaya dipulihkan.
3. Aku tak terlibat.
4. SMK Tepi Kubur menerima Anugerah Sekolah Harapan Negara (2007).
5. SMK Tepi Kubur kini penuh dengan budak-budak penakut. Tak macam zaman aku.
6. Ramai warga sekolah yang tak menyedari akan kes ini.

Aku membesar bersama sekolah tersebut.Ada lagi cerita yang menarik untuk dikongsi. Bukan kisah gangster lagi. Tapi lain kalilah.

No comments:

Jom Baca!