U follow me, I follow U.

Suka tak?

Thursday, March 17, 2011

Kidal Bukan Cacat Tapi Unik

Majoriti orang di dunia ni banyak menggunakan tangan kanan atau dalam bahasa Inggerisnya 'Righthanded'. Tapi ada 8-15 peratus masyarakat dunia ni yang kidal termasuklah aku!


Gambar apa lah yang aku upload ni. Bukannya pandai cakap Omputih pun.


Masa kecil dulu, perkara yang paling susah nak buat adalah makan menggunakan tangan kanan. Perghh..Wadahel lah! Memang nampak macam orang lumpuh ja. Kadang-kadang kalau mak aku takda, aku bantai juga guna tangan kiri. Hahaha. Banyak kali juga aku kena 'babap' sebab sering menggunakan tangan kiri. Kalau tak silap aku sedar aku ni kidal sewaktu berada di Darjah 1. Baru nak sedar. Tapi yang paling jadi masalah adalah apabila menggunakan sudu. Sampai sekarang aku masih kekok menggunakan sudu. Sebab tu aku makan agak lambat. Kadang-kadang 'fed-up' juga. Sabar je la..

Waktu darjah 1 rasanya paling seksa bertangan kidal ni. Susah nak menulis. Mungkin ramai yang tak perasan sebenarnya cara orang kidal memegang pen ni berlainan. Dalam erti kata lain, Unik la. Mungkin sebab menulis dari kiri ke kanan. Kertas yang ditulis juga kotor sebab selalunya tangan akan mengesat kertas tersebut sewaktu menulis. Bila habis tulis karangan ja, tengok tangan hitam sebab terkena dakwat pensel 2B. Haha. Lagi-lagi bila menggunakan dakwat basah. Seksa gila. Ingat lagi kawanku pernah berkata kepadaku.

" Arep, kau memang cacat ke?"

Wadahel?! Tapi waktu tu kecil lagi, aku tak tahu macam mana nak menjawab. Aku pukul terus ja budak tu. Padan la muka tu. Hahaha. Tapi dalam hati sedih juga. Balik-balik ja rumah terus aku tanya mak, mak yang beritahu aku ni kidal. Untuk pengetahuan, aku pernah cuba menulis menggunakan tangan kanan. Memang seksa habis! Kalau ada muka Exco-Exco aku kat depan aku waktu tu, memang aku terajang sungguh la. Bengang punya pasal. Akhirnya, bila dah tak larat, aku tulis ja guna tangan kiri.

Aku nak buat cerita sedih ni. Kami yang kidal ni hari-hari terpaksa berlatih menggunakan barang yang dicipta untuk pengguna tangan kanan. Nak buka pintu, nak 'flush', nak menggunakan iron, gunting, pisau, pistol dan lain-lain memang kurang selesa. Paling seksa bila menggunakan sudu la. Haha. Lagi rela aku mengheret muka aku diatas Tar jalan daripada menggunakan sudu.

Namun demikian, amboi dah macam karangan BM pulak. Mengikut kajian, orang kidal ni mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding dengan orang normal. Kami menggunakan lebih banyak otak sebelah kanan daripada kiri. Kalau tak silap aku, otak sebelah kanan ni mengawal :

Kreativiti,
Kawalan Emosi,
Enterpretasi Muzik
Imaginasi
Logik
Ilmu falsafah dan Agama.

Tapi dari kecil, yang menjadi masalah aku adalah subjek Matematik! Sampai sekarang 8+11 pun aku terpaksa menggunakan jari. Mungkin ada orang yang perasan, ingat aku sengaja buat lawak ke waktu tu? Huhuhu. Kalau nombor memang aku bermasalah sikit, tapi kalau melibatkan simbol, bentuk heksagon dan lain-lain memang aku boleh dapat C+ kot. Lulus tu dah kira bagus dah tu. Kali terakhir aku dapat A pun waktu Matematik Tingkatan 1. Tu pun Matematik entah apa-apa. Lepas tu tenggelam timbul ja.

Perasan tak dalam bilik kuliah ada kerusi yang bersambung dengan meja? Penggunaan kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada. Kalau tak percaya, cuba perhatikan kawan-kawan kidal anda. Sebab tu aku malas nak menulis bila dalam bilik kuliah. Dengar ja la apa yang pakcik tu cakap.

Ada lagi satu ciri-ciri orang kidal ni adalah rata-rata daripada kami adalah GAGAP! Sewaktu kecil aku memang gagap. Kadang-kadang terpaksa 'pending' dulu untuk bercakap, bila da pasti dengan ayat yang mahu disebut, baru aku cakap. Yang tak best bila dia menjawab lepas tu tanya aku balik. Haram. Mesti aku gagap balik.

'Waa..wa..mm...wada...wadahel?!" Hahaha.

Kadang-kadang aku rasa macam nak tampar je orang yang tanya soalan balik kat aku. Dah la tanya aku soalan, lepas tu dia buat muka blur pula.Sampai sekarang aku masih gagap tapi aku pasti takda siapa pun yang perasan. Kan? Cuba tahap gagap tu tak ketara macam di Darjah 2 dulu. Kadang-kadang aku sendiri lupa yang aku ni gagap. Hahaha.

Tapi ada juga kelebihan orang kidal ni. Yang pertama sekali yang akan membuatkan semua jeles adalah kami boleh menulis sambil makan nasi. Hahaha. Jeles kan? Selain tu, aku baca dalam satu Jurnal bertajuk dalam majalah Neuropsychology, orang kidal lebih bijak mengendalikan pesawat tempur berbanding dengan orang biasa. Patutlah Hitler dulu meletakkan syarat "Kidal" untuk menjadi seorang juruterbang tempur! Jeles lagi kan? Haa..Ada lagi, orang kidal juga lebih pakar membuat dua kerja dalam satu masa. Contohnya menulis sambil bercakap dan sebagainya. Jadi kalau ada orang membebel, aku buat-buat fokus sambil fikir benda lain. Waa... mesti kene bebel lagi ni kalau dia baca.

Orang kata orang kidal ni ada tabiat berjalan semasa tidur sewaktu kecil-kecil dulu. Haaa..Tabiat aku sewaktu kecil. Pernah sekali aku mengigau sampai nak buka pintu rumah! Nasib baik tak dilanggarnya dek lori. Kalau dilanggar, takdalah orang kacak kat Malaysia ni lagi. Hahahahaha..Yela..Aku tahu korang menyumpah aku sekarang ni. Nak bergurau sikit pun tak boleh. Yela-yela.Aku tak kacak. Sob..Sob..Sob..Hensem tu ada..Tapi dulu je la mengigau teruk sampai macam tu, sekarang tak lagi.

Menurut Australian National University pula, orang kidal lebih cepat memproses maklumat dan bertindak. Aku perasan juga. Hal ini kerana kami menggunakan kedua-dua belah otak lebih banyak daripada orang biasa. Sebabnya, orang kidal banyak berlatih menggunakan tangan kanan. (ingat tak semua barang di dunia ni dicipta untuk pengguna yang menggunakan tangan kanan). Jadi kami lebih menggunakan keseluruhan fungsi otak berbanding dengan orang biasa. Kesimpulannya, proses penyampaian maklumat juga menjadi lebih cepat..Eh, pandai-pandai je aku buat kesimpulan sendiri. Yang korang pula mati-mati kena tipu dengan aku. Hahaha..

Selain tu, kami lebih mudah menulis tulisan jawi. Mungkin sebab tulisan jawi bermula dari kanan ke kiri. Dalam bidang peperangan pula, apabila 'lefthanded' dan 'righthanded' bertemu, kemenangan mungkin lebih berpihak kepada individu kidal. Sebabnya, mereka terpaksa menggunakan tangan kanan apabila berlatih dalam latihan peperangan. Oleh itu, mereka lebih bersedia bertempur dengan orang yang menggunakan tangan kanan manakala orang biasa akan menghadapi masalah apabila bertemu dengan orang kidal.

Ramai juga tokoh yang kidal seperti Aristotle, Albert Einstein, Isaac Newton, 9 Presiden Amerika Syarikat, Saidina Umar Al-Khattab,, Leonardo da Vinci dan sebagainya. Walaupun peratusan orang kidal ni sedikit, tapi mampu untuk menonjolkan diri dalam sejarah dunia. Menarik kan?

Yang paling tak best bila ada kajian yang mengatakan bahawa orang kidal ni hidup 9 tahun kurang daripada orang biasa. Nampaknya aku kena beritahu bakal isteri aku dulu ni. Walau apa pun, aku tahu aku ni tergolong dalam spesis unik dan bertuah sebab aku mampu menggunakan kedua-dua tangan aku dalam membuat apa-apa perkara pun kecuali menulis dan menggunakan sudu.

Satu lagi fakta adalah kesemua orang kidal berbangga menjadi kidal, manakala ramai orang biasa mahu menjadi kidal. Kan? Kesimpulannya, apa yang diberi oleh Allah, itulah yang terbaik untuk kita. Kidal bukannya cacat, tapi unik.

5 comments:

pha is said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mohd Areef said...

1. semua aku nk terajang..hahaha..

2. ceh..cpt je tangkap nama..dasar kaki gosip..hahaha..takda pape la..saja sebut..ahahaha..

3. ko ptt sedih kesian kat aku..belanja la makan ke..hehe..

Ahlu said...

hmmm.. mak aku kata aku kidal dulu.. tapi selalu kena ketuk kepala ngn dia kalau tulis tgn kiri... tu yng tukar jadi right-handed sampai sekarang... (tapi tgn kiri aku memng sedap menumbuk)

Mohd Areef said...

kalau dah kidal tu memang takleh ubah. ada jugak member2 aku boleh tulis dua2 tangan..
hehehe..

Aziani Zolman said...

Dr. mahathir pun kidal jugak kan. Aku suka tengok orang2 kidal tulis. Smart. Ngee~~
p/s: Baik ko jangan menulis depan aku, takut terjatuh hati. Ngee~~
(^_^)v

Jom Baca!