U follow me, I follow U.

Suka tak?

Monday, March 14, 2011

Lelaki Memang Tak Guna!




1. Lelaki memang tak guna perempuan untuk memuaskan hawa nafsunya. Surah al-Isra ayat ke-32 difahami mereka. Mereka tahu bahawa balasannya begitu hebat hingga mereka begitu takut untuk melakukannya. Mereka juga berpegang kepada sebuah hadis, Baginda s.a.w. ada bersabda: Wahai orang yang beriman,takutilah kamu akan zina, kerana akibat daripadanya ada enam perkara, tiga di dunia dan tiga lagi akan berlaku di akhirat. Ada pun yang berlaku di dunia ialah kehilangan keceriaan wajah, pendek umur dan sentiasa dalam keadaan susah, manakala tiga balasan di akhirat ialah kemurkaan Allah,balasan yang buruk, juga azab di neraka. Lelaki mencari 70 orang bidadari yang menunggu mereka di dalam Syurga kelak.

2. Lelaki memang tak guna kata-kata kesat dalam setiap pertuturannya. Mereka tahu mengawal kemarahan. Mereka sentiasa sedar akan kehadiran Syaitan Laknatullah pada setiap waktu. Mereka tidak berteriak dengan kata-kata kasar dan kesat. Suami melayani isterinya dengan sebaik-baik layanan. Lelaki adalah golongan I'tidal iaitu golongan yang bersikap sederhana dalam mengawal kemarahannya di antara tafrith dan ifrath. Lelaki tidak menghilangkan sikap marah secara keseluruh tetapi hanya akan marah dalam keadaan yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

3. Lelaki memang tak guna sejadah sebagai hiasan di rumah. Lelaki tidak mahu hilang cahaya keimanan diwajah mereka. Lelaki tidak mahu 'tiang agama' mereka roboh. Mereka juga sedar akan berkat usaha dan rezeki yang mungkin ditarik balik jika mereka hanya meletakkan sejadah mereka sebagai hiasan. “Barangsiapa yang tidak mahu berhukum dengan apa yang telah Allah turunkan, maka mereka itu adalah orang orang yang kafir.: (Al Maidah 44).

4. Lelaki memang tak guna duit untuk pergi berjudi. Fikiran mereka lebih terarah kepada isteri dan anak-anak tercinta. Lelaki risau apakah rezeki yang diberikan kepada keluarga mereka itu halal atau tidak. Lelaki takut darah haram mengalir dalam keturunan mereka. Kerana lelaki memang sayangkan mereka dan takkan sekali-kali mengkhianati tanggungjawab mereka. "Hai orang-orang mukmin! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh itu apakah kamu mahu berhenti?" (Al-Maidah: 90-91)

5. Lelaki memang tak guna rokok untuk dihisap. Lelaki sayangkan keluarga mereka. Lelaki tidak mahu keluarga mereka menjadi 'perokok pasif'. Mereka juga tahu bahawa menghisap rokok itu adalah haram. “Dan Janganlah kamu menjatuhkan diri sendiri dalam kebinasaan”(Al- Baqarah :195). Lelaki tidak mahu diserang pelbagai jenis kanser pada waktu muda. Betapa sayangnya mereka kepada Islam apabila mereka mengatakan "Tak Nak" kepada rokok. Jika teringin nak merokok, kenapa tak mencuba coki-coki atau lolipop? Bukankah bentuknya seperti rokok? Jika mahu asap pula, kenapa tak masukkan tangan saja ke dalam api. Mungkin boleh pra-test kehidupan di neraka kelak.



p/s: Entry ini merupakan permintaan Cik Ain dan ditujukan kepada semua pembaca. ^_^

2 comments:

ash_mza said...

Assalam..
uiks, ade jgk versi lelaki ye...

Mohd Areef said...

Salam.
mestilah..
nanti orang perempuan marah pulak kalau takda versi laki..hehe..

Jom Baca!