U follow me, I follow U.

Suka tak?

Sunday, March 13, 2011

Mencabar atau Dicabar?

Satu gergasi besar telah 'mengangkat' taringnya. Namun puing-puing yang tercarik dek taring tersebut meninggalkan kesan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Kerosakan, kesengsaraan dan tangisan telah menghiasi bibir-bibir duka. Yang gah kini terhempas!

Mengapa ini berlaku?



Lokasinya yang indah begitu menarik perhatian mata yang memandang. Ekonominya yang kukuh hingga dianggap antara tempat yang termahal kosnya. Sekeping roti arab yang boleh dimakan sehingga 4 orang berharga hampir RM500 jika ditukar kepada Ringgit Malaysia. Kecanggihan teknologinya mungkin telah meletakkan matlamat menghalalkan cara. Tinggi pengetahuan teknologi tetapi cetek pengetahuan agama.

Jepun. Negara yang mengiktiraf Perniagaan Seks sebagai salah satu industri mereka. Industri! Kerjaya sebagai pelakon lucah tidak dianggap kesalahan hingga ada ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang berkenaan. Agak hebat penangan industri mereka! Mereka adalah penyumbang terbesar kepada salah laku masyarakat seluruh dunia! Hingga sebuah negara yang 'mengamalkan ajaran Islam sebenar' mengaggap mereka sebagai idola dan berebut-rebut untuk mendapatkannya.

Cukai daripada industri tersebut merupakan antara yang terbesar yang menyumbang KDNK negara berkenaan. Hasil KDNK tersebut pula digunakan untuk membantu industri lain dalam meningkatkan daya saing mereka di pentas dunia. Toyota, Mitsubishi dan lain-lain mungkin menggunakan 'wang panas' tersebut dalam membangunkan produk mereka.


Naaahhh!! Satu bencana daripada yang Esa. Bagaimana sebuah negara yang dikatakan mempunyai ciri-ciri keselamatan pembinaan bangunan yang baik boleh roboh dalam sekelip mata? Mungkin mereka terlalu mendabik dada. Bagaimana negara yang mempunyai sistem pentadbiran yang baik, dikritik hebat atas kelewatannya menghantar bantuan? Mungkin robot Asimo mereka sedang dibaiki atau menonton Hikayat Merong Mahawangsa? Mungkin mereka sedang mencabar. Mencabar siapa? Rasanya mereka telah tersilap cabar.

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".- Al-Hijir (4).

Bagaimana pula bencana yang bakal dihadapi negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, tetapi tidak menegakkan hukum Islam? Apakah bangsa terakhir yang memeluk Islam secara besar-besaran? Namun mereka masih mencabar...Aku belum kahwin weh..

3 comments:

pha is said...

setuju..!!!! try suruh sarah baca...

sarah asshila said...

Dia tetap makhluk Allah..walau teruk macam mana pun..Dah macam ni,bukan tugas kita nak kondem dia..

Bayangkan kalau benda jadi kat kita,then orang kutuk
sebuah negara islam yang tak berapa nak islam yang ALLLAH Telah datangkan peringatan dengan datangkan bala bencana..

then instead of beri bantuan,diorang kutuk2 korang..

time tu,apa korang rasa>?

Mohd Areef said...

ni bukan kondem..
tapi peringatan kepada yang lain terutamanya diri sendiri.
sejak tahun 2000, Allah dah berikan 'petunjuk' kepada beberapa negara.

Indonesia = Tsunami.
Sebab = faham2 sendiri.

Amerika = Ribut/Puting Beliung
Sebab = faham2 sendiri

Jepun = Gempa Bumi
Sebab = Sudah diterangkan.

Mesir = Pemberontakan.
Sebab = Pemimpin Islam yang zalim.

Malaysia = Unknown
Sebab = Islam tapi mengamalkan gaya hidup kafir laknatullah.

Negara yg tinggal adalah Malaysia. Bersedia atau tidak? Sebagai Islam, wajib untuk kita memberi peringatan kepada yang lain. Isu yang diketengahkan dalam post ni langsung tak mengutuk mana-mana pihak, cuma menerangkan apa yang tersirat disebalik 'hukuman' yang diterima.

Kaum Lut, Tsamud, Saba', Ad' dan Ubar adalah antara kaum yang menerima bencana secara TOTAL oleh Allah SWT. Jangan kita jadi kaum yang seterusnya.

Jom Baca!