U follow me, I follow U.

Suka tak?

Tuesday, March 1, 2011

Pilihan Raya Kampus Dari Perspektif Lain

Sebenarnya amat jarang aku mengulas pasal politik. Ramai sedia maklum akan telah berlangsungnya Pilihan Raya Kampus (PRK) di kebanyakan IPTA yang telah berlangsung dengan jaya atau tidaknya. Terdapat beberapa perkara yang perlu diulas berkenaan dengan senario politik di kampus. Mungkin kita sedar atau tidak sedar, ada sesuatu yang berlaku disebaliknya.



1. Calon
- Terdapat 4 jenis calon.
Pertama, orang yang gilakan kuasa. Orang jenis ni memang kita dapat lihat dimana-mana. Boleh dikatakan dia sentiasa dimana-mana. Dia mahukan suaranya didengari, dia juga mahukan pendapatnya diterima. Orang sebegini selalunya mempunyai pengaruh yang besar daripada kawan mahupun musuh. Sebelum tibanya hari pengundian, calon ini lah yang sentiasa nampak macho kepada semua orang. Adik-beradik kepada Edwin Joko Anwar.
Kedua, orang yang rasa ada sesuatu harus diperjuangkan. Orang sebegini selalunya merupakan minoriti dalam PRK. Mereka kadang-kadang mempunyai senarai manifesto yang tersendiri tapi logik untuk dilaksanakan.
Ketiga, orang yang mudah untuk dipergunakan. Maaf untuk diperkatakan, tetapi mereka ini selalu mengemukakan manifesto yang telah sedia terlaksana ataupun manifesto yang mustahil untuk dilaksanakan. Orang-orang sebegini selalunya dipengaruhi pihak-pihak tertentu agar bertanding bagi pihak mereka. Calon-calon sebegini selalunya langsung tak faham mengenai apa yang berlaku di universiti. Segala percakapan dan tindakan mereka dikawal pihak-pihak tertentu.
Keempat, orang yang tiada adab. Calon sebegini meletakkan matlamat menghalalkan cara. Mereka lebih senang mengkritik pihak lawan dan mengangkat bakul sendiri. Seperti calon jenis ketiga tadi, mereka dikawal oleh pihak-pihak tertentu. Mereka ni merupakan monyet yang terpekik terlolong hingga hilang adab mereka sebagai orang timur. Kalau terserempak, dah lama aku terajang. Orang sebegini selalunya selalu menyebut "Happy Birthday to Me". Di akhirnya, mereka akan ber"whellcaa".

2. Penyokong.
Terdapat 4 jenis penyokong.
Pertama, kawan-kawan kepada si calon. Mereka ini berpolitik semata-mata kerana kawan mereka yang bertanding. Mereka ini merupakan majoriti orang-orang yang memenuhi padang kawad sewaktu rapat umum. Sama ada mereka kawan calon, atau kawan kepada kawan si calon.
Kedua, golongan yang merupakan penyokong kuat satu kumpulan. Mereka ini yang selalunya buat onar kepada pihak lawan, Menyebarkan fitnah dan menyangkut poster dan bahan-bahan kempen di merata tempat. Kadang-kadang macam bodoh pun ada. Ye la.. Bahan kempen berasaskan kertas, bila hujan hancur la kertas tu. Yang bijaknya, mereka akan menyalahkan orang lain. Ni kaki tengok DVD ni.
Ketiga, penyokong yang suka menyumpah. Ni merupakan golongan majoriti dalam kalangan pengundi. Golongan ini orang yang suka menyumpah bila melihat perkataan "mentega..mentega". Golongan ini selalunya akan menyokong orang yang tiada bahan kempen kerana terlalu menyampah dengan calon-calon 'high profile'.
Keempat, penyokong yang menyokong berdasarkan kaum. Mereka mahukan suara kaum mereka didengari. Namun, disebabkan mereka tidak bersatu seperti PRK lepas, tiada calon mereka dalam Kerusi Umum. Walaupun sibuk menyebarkan bahan kempen di bilik-bilik, menampal di mangkuk-mangkuk tandas, mahupun di batang-batang penyapu, mereka tetap tewas. Penyokong jenis macam ni la selalu dapat sumpahan daripada warga kampus. Golongan jenis ini sebijik macam Abi Hurairah dan Usop pabila mendengar lagu "Soley Soley".


3. Pengundi.
Ada 4 jenis pengundi.
Pertama, kawan-kawan kepada calon. Mereka teringin nak tengok apa akan jadi jika kawan mereka memegang status selaku MPP.
Kedua, golongan yang takkan mengundi nombor-nombor calon yang dihantar kepada mereka pada pagi Hari Pengundian.
Ketiga, pengundi cuba-cuba. Mereka ni lebih gemar mencuba calon di pihak yang lain.
Keempat, pengundi yang mengundi secara pos. Pengundi sebegini biasanya mengundi sewaktu mereka tidur ataupun sewaktu membeli belah di Tesco. Mereka langsung tidak sedar bila tarikh Pengundian. Majoriti mereka adalah Hantu Balik Pagi.


4. Pemenang.
Ada 3 jenis pemenang.
Pertama, orang yang menang tetapi kerap memonteng kelas. Golongan ini tetap dapat mengambil peperiksaan. Mungkin mereka ni kebal peraturan universiti.
Kedua, orang yang menang tetapi tak pernah nampak muka dia sepanjang dia memegang jawatan MPP. Mungkin dia bekerja untuk mahasiswa. Mungkin juga dia ada seminar tiap-tiap hari. Golongan macam ni bila ditanya dia akan menjawab "saya ni ada seminar lagi lepas ni" atau "saya ni sepatutnya MC hari ni" atau "Bala..bala".
Ketiga, pemenang yang tak pernah perjuangkan manifestonya. Mereka adalah golongan yang meneruskan tindakan mantan-mantap MPP terdahulu tetapi mahukan nama mereka tercatat sebagai orang yang membawa 'perubahan' tersebut. Nampak sangat menipunya. Golongan ini selalunya akan mewujudkan kumpulan peminat mereka di Facebook.

No comments:

Jom Baca!