U follow me, I follow U.

Suka tak?

Monday, March 14, 2011

Siapa yang Merenung di Belakangku?




Kejadian benar yang berlaku di sebuah bilik di Desasiswa Fajar Harapan, Universiti Sains Malaysia.

Malam ni sungguh terasa begitu tenang, tidak seperti malam-malam yang lain. Hujan yang turun beberapa jam sebelum itu cukup untuk membuatkan keadaan menjadi sepi. Terasa ia begitu sepi berbanding malam-malam yang lain. Memang lain.

Di kala aku sedang membuat sedikit kajian berkenaan 'Defects Technology and Schematic Schedule of Building Maintenance', tiba-tiba terasa ada seperti orang dibelakangku. Pelik sebab waktu tu sudah pukul 11.45 malam dan tiada seorang pun di dalam bilik ni kecuali aku. Walaupun berada dibelakangku, aku dapat rasa kehadirannya. Dia seperti betul berada di belakang badanku. Namun, aku cuma buat tak perasan sebab kerjaku begitu banyak hingga tiada masa untuk fikirkan perkara lain.

Tiba-tiba aku rasa dia seperti menepuk perlahan belakangku! Pergh... Akibat terkejut, jariku terhiris di sudut meja hingga tercalar sedikit. Namun aku masih tidak toleh ke belakang. Sebenarnya aku perasan kehadiran 'benda' tersebut sepanjang hari ni. Kalau tak silap sudah 70 kali dia mengekoriku sepanjang hari ni. Emmmm.... Malam yang tenang tiba-tiba rasa seram sejuk pula. Hati ku mula rasa tidak tenang. Tapi aku masih tidak menoleh kebelakang...

Dia masih dibelakangku tetapi aku perasan dia mengundur kebelakang. Dia duduk betul-betul di sudut bilik. Aku menoleh sekilas pandang kepadanya. Betul! Memang dia ada. Ni bukan hanya perasaan aku! Dia kelihatan begitu marah kepadaku. Pandangannya tajam, merenung tepat kearahku. Erk? Hatiku berdebar kencang. Sekencang tsunami tapi setenang lautan dalam. Aku hanya mampu terduduk diam di kerusiku.

Apa salah aku ni? Siapakah dia? Dia senyap tanpa kata-kata. Aku cuma mampu berdoa dan bertawakal agar mampu mengharungi malam ini dengan selamat. Angin yang kuat beserta air hujan tiba-tiba menerbangkan langsir bilikku. Semua kertas-kertas kerja yang berada di mejaku basah dan bersepah-sepah dibilikku. Rosak semua kerja-kerjaku.

Aku cuba keluar. Tapi pintu bilikku terkunci rapat. Aku cuba menggunakan sepenuh tenaga tapi tidak mampu untuk membuka pintu! Pandanganku melirik kepadanya. Dengan wajah yang sangat menyeramkan, dia meluru kepadaku.Kurasakan sepantas kilat dia merentap tubuhku. Terasa melayang. Aku sudah terlambat. Tiba-tiba pandanganku menjadi gelap gelita.

Rupa-rupanya dia....ce teka..ce teka..
Cerita tak seram tapi ada sesuatu nak disampaikan.

3 comments:

aien ibrahim said...

x fahamla abg areef...huu

Mohd Areef said...

setiap perkataan ada maksd lain..
sebab tu ssh nk phm.. ^_^

Anonymous said...

malaikat maut! haha

Jom Baca!