U follow me, I follow U.

Suka tak?

Thursday, April 14, 2011

Gerak 'Sotong'!




"Orang Jantan Cakap Sekali!"

Ayat ni aku pernah dengar suatu ketika dahulu ketika mendengar seorang ayah memarahi anaknya yang tak dapat membuat pilihan. Aku tak pasti apakah pilihan yang sedang dipilihnya pada masa tu. Tiba-tiba hari ni aku teringat balik kata-kata tersebut. Maksud kata-kata "cakap sekali" tersebut adalah Tetap Pendirian. Lelaki sepatutnya tak seperti perempuan. Perempuan cakap dua kali kerana pendirian mereka tidak tetap. Sebab tu orang selalu kiaskan perempuan sebagai "Keras-keras Kerak Nasi". Kalau direndam dalam air pasti lembut jua. Tapi sekarang ni lelaki pun dah boleh dikategorikan sebagai spesis kerak nasi juga. Umpama harimau bergigi palsu. Gahnya tetap ada tetapi rapuh. Lelaki kini kebanyakkannya adalah 'sotong'?

Tujuan artikel ni ditulis bukan untuk mengkritik tapi sekadar menegur. Kita lihat situasi di sekolah sekarang. Aku ingat lagi sewaktu aku masih berada di bangku sekolah. Gaya cerita macam dah berpuluh tahun ja, padahal baru beberapa tahun tinggal sekolah. Hahaha. Waktu sekolah dulu, pelajar masih takutkan insan yang bernama 'guru'. Jika kerja sekolah tak siap, kalau tak berdiri atas kerusi, mesti kena merangkak depan kelas orang lain. Punya lah setan cikgu aku. Habis jatuh rambut aku waktu tu. Habis je hukuman, terus aku pergi bilik air untuk sikat rambut. Tu belum kira malu lagi. Waktu tu kalau nampak cikgu perempuan pun dah terasa gerunnya. Lagi-lagi cikgu lelaki. Pernah ada satu kes pergaduhan antara pelajar, cikgu pula yang jadi tukang sorak. Siap sediakan tempat lagi untuk bergaduh. Ni setan jugak ni. Namanya tak perlu aku sebut. Lagi satu kes seorang guru sewaktu aku berada di Tingkatan Dua. Aku berjalan kena rotan, aku lipat lengan baju kena rotan, aku pandang muka dia pun kena rotan juga? Yang ni aku tak faham sama ada dia atau aku yang setan. Setan merata-rata kat sekolah.

Namun, apa yang aku perhatikan pada hari ni, keadaan telah berubah. Walaupun perbezaannya cuma beberapa tahun tapi perbezaannya amat ketara. Aku tengok perbezaan guru dan pelajar hanya dari segi pakaiannya di sekolah sahaja. Guru hanya mendiamkan diri apabila melihat pelajarnya tidur di dalam kelas walhal dia sedang mengajar. Guru hanya mendiamkan diri apabila pelajarnya melawan cakap. Apa yang dibuat hanya membuat laporan kepada Guru Disiplin atau kepada Guru Kanan atau kepada Pengetua sendiri. Lebih menghairankan apabila akhirnya kes tersebut cuma didiamkan sahaja tanpa tindakan konkrit oleh pihak sekolah! Suka aku menegaskan disini bahawa kebanyakan guru sekolah pada hari ini adalah 'sotong'.

Ibu bapa pun satu. Terus terang aku cakap yang ibu bapa sekarang ni tak seperti dulu. Ada yang bergembira.Ada yang bekerja. Burung-burung pun berkicauan pada hari tu. Apa yang aku merepek ni. Haha. Ibu bapa sekarang terlalu manjakan anak. Aku agak terkejut apabila si anak mudah mendapatkan apa sahaja barang yang diingini! Boleh dikatakan aku belum pernah lagi melihat rotan di dalam rumah ibu bapa sekarang. Ibu bapa sekarang hanya 'memejam mata' sahaja melihat kelakuan anak. Kalau dulu, aku paling 'kurang' berani cakap dengan ayah aku. Yela dah lah mata tajam, misai macam Sarjan Misai, macam mana aku tak jadi 'kurang' berani. Tapi oleh sebab dia lah aku tak menjadi 'sotong' pada hari ni.Nak mintak RM 2 pun fikir sembilan kali juga lah. Sebab tu semua harta aku semuanya dibeli menggunakan duit sendiri. Persoalannya sekarang, adakah anda setuju bahawa kebanyakan ibu bapa pada hari ini adalah 'sotong'?

Apabila keadaan waktu kecil mereka macam tu, keadaan ni akan mewujudkan istilah 'manje berlebihan'. Hal ini akan berterusan apabila mereka berada di universiti. Apa yang aku perhatikan, golongan 'sotong' di universiti lebih menonjol kesotongan mereka. Perlu diingatkan disini, golongan 'sotong' yang aku maksudkan disini bukannya spesis Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tu. Tapi golongan lelaki yang lagaknya seperti 'sotong'. Untuk lebih jelas lagi, bolehlah kita namakan sebagai 'Pasif'. Golongan yang hanya menurut tapi tak berani menyatakan kebenaran. Walaupun lelaki cuma 1/3 daripada keseluruhan pelajar di Universiti Sains Malaysia, ini bukan bermaksud sebuah persatuan boleh dipimpin oleh seorang wanita. Aku tidak mempertikaikan kebolehan wanita. Cuma aku ingin bertanya, adakah tiada lagi lelaki yang layak memimpin? Adakah anda setuju golongan mahasiswa pada hari ini adalah 'sotong'?

Wajarkah aku menggelarkan lelaki yang merokok sebagai 'sotong'? Mungkin mereka merokok untuk nampak 'macho' atau merokok untuk legakan tekanan. Pakar mengakui bahawa rokok ada mengandungi bahan-bahan yang boleh melegakan tekanan. Tetapi kenapa rokok? Umum mengetahui bahawa terdapat lebih 200 jenis racun yang terdapat dalam sebatang rokok. Betul ke ni? Aku main teka je ni. Haha. Anggap ja lah betul. Dah terang-terang rokok ni membahayakan kesihatan, tetapi ada ja hujah-hujah bodoh perokok tegar untuk menghalalkan rokok. Satu perspektif yang mereka tak nampak adalah mereka sendiri tidak dapat menjaga diri mereka. Macam mana mereka nak menjaga keluarga? Asap rokok sendiri boleh membahayakan orang sekeliling terutamanya ahli keluarga mereka sendiri. Hal ini belum masuk bab kewangan lagi. Dalam banyak-banyak hujah perokok ni, aku rasa hujah paling bangang adalah hujah yang mengatakan bahawa rokok boleh meredakan tekanan. Dari segi saintifik memang betul, tapi dari segi asuhan rohani? Mereka menganggap bahawa ROKOK DAPAT MEREDAKAN TEKANAN. Di sini aku boleh membuat konklusi bahawa rokok dengan tuhan itu adalah sama lah. Sedangkan Allah yang meredakan tekanan bukan rokok. Rokok adalah alat semata-semata alat. Kenapa kita tidak memohon kepadaNya? Dah jadi artikel agama pulak. Kang mulalah orang tuduh aku sesat sebab bukan semua orang faham perkara berkaitan dengan Akidah ni. Kembali kepada topik, perokok tidak mampu menjaga diri sendiri dan keluarga mereka. Adakah anda setuju bahawa perokok itu adalah 'sotong'? Jika bersetuju sama-samalah kita menggelarkan perokok ini sebagai SOTONG!

Golongan seterusnya adalah pemimpin negara. Apa yang paling dikesalkan adalah mengapa semua pemimpin-pemimpin negara tidak meletakkan Islam sebagai asas sebuah negara? Sistem politik di dalam negara kini bukan DEMOKRASI BERPARLIMEN, tetapi MANIPULASI BERPARLIMEN. Ahli politik masa kini lebih gemar memanipulasikan sesuatu demi kepentingan diri mereka sendiri. Aku rasakan bahawa tiada siapa pun ahli politik masa kini yang boleh membawa Islam. Si A terus mendakwa Malaysia adalah negara Islam. Si B pula menggunakan nama Islam dan bekerjasama dengan si C tetapi apabila si C kata dia menolak Islam, si B terus membisu. Si C pula terus memperlekeh dan ketawakan agama Islam. Akhirnya, masing-masing berdiam diri. Apabila bercakap soal politik dan kepimpinan, aku suka mengambil contoh Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda hanya memberikan 3 cara kepada orang bukan Islam, sama ada memeluk Islam, membayar Jizyah atau membayar Tebusan. Dan ia dilakukan dengan tegas. Tapi di Malaysia ada 1000 cara! Mungkin semua yang berlaku ni atas alasan ekonomi. Mungkin. Yang kelakar adalah pidato politik mereka. Apabila bercakap mengalahkan harimau tetapi mereka tahu apa yang dicakap itu mereka tidak boleh lakukan. Kenapa perlu bercakap tak serupa bikin? Inilah Manipulasi Berparlimen.

Semua aku nak kritik, suka hati akulah. Aku kritik bersebab, bukan kritikkan yang membuta tuli. Terpulang kepada anda untuk bersetuju atau tidak. Aku tidak menganggap semua rakyat Malaysia ni 'sotong'. Tapi ia adalah kebanyakan bukan segelintir. Maksudnya disini adalah kebanyakan lelaki, guru, ibu bapa, mahasiswa, perokok dan ahli politik adalah 'sotong'. Wallahu'alam.

3 comments:

Aziani Zolman said...

Betul dah tu apa yang ko kritik.

Cumanye, aku rasa bukan kebanyakkan yang macam tu tapi segelintir. Yang pasal cikgu n ibubapa ada jgak terasa kat diri sendiri. Sebabnya aku bakal cikgu. Dan mak ayah aku memang sangat manjakan aku tapi aku malu jugak nak mintak lebih2 dengan mak ayah aku. ngee~~

(tapi aku tak nak jadi cikgu 'sotong' n mak ayah aku tak 'sotong')

Alamak terkomen panjang pulak. Ngee~~

KR150RR said...

Assalamualaikum,

kalau dulu kite boleh katakan 'segelintir' tetapi sekarang perkataan yg lebih sesuai adalah 'kebanyakan'. Saya sebagai pensyarah pendidikan di salah sebuah IPTA(UPSI) setuju dengan artikel ni. Jangan kata mahasiswa/i pendidikan, yang mengambil jurusan lain pun sotong. Mereka lebih gemar menunggu arahan daripada mengambil inisiatif sendiri. Bagaimana mahu mendidik kelak?

Mahasiswa/i hari ini agak lemau. Ini berbeza dengan zaman saya menjadi mahasiswa sekitar tahun 80'an. Waktu tu hampir semua mahasiswa/i universiti aktif dan berani. Hinggakan pihak pengurusan universiti pun gentar dengan suara mahasiswa walaupun pada waktu tu sudah ada AUKU. Tapi tidak sekarang.

Anonymous said...

cikgu-cikgu pada hari ni terlalu sygkan kerjaya sampai maruah mereka boleh dipijak2..kpd golongn cikgu, kalo takut dengan pelajar, jgn jd cikgu la.. cikgu dulu garang2, mereka dpt lahirkan ramai pmimpin sehebat tun dr mahathir, anwar ibrahim dan sebagainya. (kenyataan bersifat umum,tiada unsur politik..tk)

Jom Baca!