U follow me, I follow U.

Suka tak?

Monday, June 20, 2011

Deraan Psikologi Di Neraka ( Mesti Baca)




Mungkin selama ini ada yang berfikir seksaan api neraka hanya dari segi fizikal sahaja,sebenarnya tanggapan ini kurang tepat kerana apa yang dialami oleh ahli neraka jauh lebih berat.Neraka begitu gelap,panas dan penuh dengan pelbagai siksaan yang sangat pedih.Sudah tentu mereka merasai seksaan mental yang sangat berat.

Penyesalan

Penyesalan merupakan satu deraan mental yang sangat berat untuk ditanggung.Perasaan ini cukup membebankan seseorang,meskipun dikelilingi pelbagai kenikmatan,apatah lagi jika berada dalam api yang sangat membakar.
Pada hari kiamat kelak penghuni neraka akan berasa menyesal kerana tersilap memilih jalan hidup.Mereka berasa tertipu dengan nafsu,dunia,syaitan dan rakan-rakan yang memesongkan mereka dari jalan Allah.
Pada ketika itu mereka membayangkan sekiranya diberi peluang untuk kembali semula di dunia pasti mereka akan mengubah cara kehidupan mereka.Namun semuanya sia-sia masa tidak boleh diputarkan kembali.
Firman Allah yang bermaksud "Pada saat itu,orang yang diikuti akan terlepas dari orang yang mengikutinya.Mereka melihat siksaan dan segala hubungan antara mereka terputus sama sekali"
Berkatalah orang yang mengikuti: "Seandainya kami dapat kembali pasti akan berlepas diri dari mereka,sebagaimana mereka berlepas diri dari kami' Demikianlah Allah memperlihatkan amal perbuatan mereka agar menjadi sesalan dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka" (Surah Al-Baqarah 2: 166-167).
.
Ditertawakan Tanpa Simpati

Pada ahli neraka yang suka mentertawakan hamba Allah semasa hidupnya di dunia,meraka akan ditertawakan kelak di akhirat.Ini merupakan seksaan batin yang tidak kalah beratnya dengan pelbagai siksaan yang lain.
Allah berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang berdosa,mereka selalu memtertawakan orang yang beriman.Dan apabila orang beriman lalu dihadapan mereka,mereka saling mengerdipkan mata.Dan Apabila kembali ke kaumnya,mereka kembali dengan gembiranya.Setiap kali melihat orang mukmin,mereka mengatakan 'Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang yang sesat.Padahal mereka tidak diutus untuk menilai orang mukmin.Maka pada hari ini,orang beriman menteryawakan orang kafir.Mereka (duduk) dipan-dipan sambil memandang 'Apakah orang kafir itu telah diberi ganjaran terhadap apa yang dikerjakan mereka dulu? (Surah Al-Mutaffifin 83: 29-36)

Begitulah serba sedikit gambaran seksaan yang diterima oleh ahli neraka,Diakhirat kelak hanya ada penyesalan atau kepuasan jiwa.Sesiapa yang tidak mahu menyesal,maka siapkanlah bekalan dari sekarang.Jangan biarkan dunia ,syaitan,rakan serta nafsu memesongkan kita.


Dipetik Dari : Majalah Solusi Isu 32

2 comments:

Farhana Jafri said...

ada jugak penyesalan berat yg jd dlam hidup.. klau boleh, mmng nak sgt2 masa tu diputar balik.. hmm~~

jemput singgah ANASAURUS :)

Mohd Areef said...

sayangnya, masa tak dpt diputar balik. Teruskan hidup dan perbaiki kesilapan kita. ^_^

Jom Baca!