U follow me, I follow U.

Suka tak?

Tuesday, June 28, 2011

Etika Dalam Membuat Lawak Oleh Dr. Yusuf Qardawi

Entri ini menjawab golongan 'open-minded' yang mempertahankan idola mereka dalam Maharaja Lawak. Jangan sibuk mengkafirkan orang lain kalau feqah sendiri pun belum dikuasai.

Pertama

Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi bersabda: "Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia!" (Hr Ahmad dan Ad-Darimi- sahih)

Kedua

Gurauan yang tidak menghina orang lain, kecuali diizinkan oleh orang tersebut.
Firman Allah, "Wahai orang-orang beriman, janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, mungkin orang dihina lebih baik dari yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , mungkin wanita dihina lebih baik baik dari wanita yang menghina… ” (11 : Al-Hujarat)

Nabi SAW bersabda, “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hadis riwayat Muslim – sahih). Termasuk juga dalam menghina, ialah dengan meniru perbuatan orang lain.

Aisyah RA berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi- sahih)


Ketiga

Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir RA berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda; “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (Hadis riwayat Thabrani – sahih)

Keempat

Jangan ambil barang orang dengan niat melawak.
Nabi SAW bersabda: "Jangan kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslam dengan niat melawak atau pun betul-betul.” (Hadis riwayat Ahmad – sahih)

Kelima

Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak. Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi SAW bersabda, “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius iaitu :

1. Nikah
2. Cerai
3. Membebas hamba.

1 comment:

Zuha said...

Nice input!!

keep on writing!!

kalau rajin2..singgah la blog saya..

http://mat-jungle.blogspot.com/

saya dh follow blog kamu :)

Boleh kita share idea dan pemahaman kita :) tq

Jom Baca!