U follow me, I follow U.

Suka tak?

Wednesday, June 29, 2011

Jangan Ajar Kanak-Kanak Minat Agama Awal-Awal

Beginilah sebaik-baiknya. Kanak-kanak masih mentah. Mereka mahu berhibur, bergembira, riang-ria, suka-suka, bergelak ketawa dan dibenarkan bermain. Biarlah kanak-kanak kenal apa itu hedonisme dari usia rebung lagi. Ini juga menunjukkan kita moderat, bertolak-ansur dan moden. Kanak-kanak adalah permata.
Jangan sesatkan kanak-kanak dengan agama. Mereka masih muda benar, justeru elakkan diajar aspek-aspek Islam. Kita bimbang kanak-kanak menjadi ekstrim dan asyik dengan agama sahaja.

Kanak-kanak sebaiknya jangan dibawa ke masjid kerana mereka akan menangis, berteriak dan menyusahkan ibu-bapa.

Mengajar kanak-kanak belum baligh kepada Islam adalah sesuatu yang bertentangan dengan fitrah mereka. Mereka tidak harus dibebankan dengan ibadah amali.

Kanak-kanak akan cepat bosan jika didedahkan kepada hal ehwal agama demikian awal. Psikologi mereka akan terbantut dan terganggu.

Kanak-kanak terbaring begini di saf solat memang menyusahkan. Sepatutnya kanak-kanak ditimang, didukung dan dikejar ketika dalam solat. Contohi solat mereka ini; klik sini. Solat mereka tidak sesat.

Jangan contohi Iran. Apa yang mereka lakukan ialah mengajar kanak-kanak supaya takutkan Allah. Ini adalah contoh yang sesat dan menyesatkan. Kita bimbang perkara seumpama ini menjangkit di sini. Pastikan anak-anak kita terus tom tom bak sehingga dewasa.

FT.

PERHATIAN : ARTIKEL INI HANYA SATU PERLIAN SINIS SEMATA-MATA TERHADAP UMAT ISLAM DI MALAYSIA YANG SEMAKIN JAUH DENGAN ISLAM.

10 comments:

Rafidhi said...

tajamnya lidah.......
ada orang terasa tak? :-)

Nzyrahun said...

betul2

Ahlu Alsalaf Alsalih Bin Abu Yazid said...

memang sarcastic.... =3

pha is said...

aq ingtkan ape la tadi.. hehehe

Anonymous said...

salam..tumpang tanya..
kata2 FT ni sbnrnye berniat utk memerli atau mmg itulah yg ingin disampaikan..?

Mohd Areef said...

salam..
ia sbnrnya berniat hanya untuk memerli..

Anonymous said...

ohh..ptt r..mcm pelik je FT tulis mcm 2..ok trimas..blh taw source nye dari mane?
-sye sama dgn anonymous di atas-

Mohd Areef said...

Maaf,source dah ditutup sejak sekian lama. dah tak boleh access sejak April lepas.

Tapi kalau guna google chrome boleh guna cache :

tehranifaisal(dot)blogspot(dot)com

slarky said...

Salam,sangat tajam post ni,namun pendapat ak,baik tuan punya blog bg tau reader bahawa ini adalah perlian semata2,mane la tau,ade orang non muslim yg baca ke,muallaf ke,dan lain2 yg x faham maksud post ni,boleh jadi fitnah dah,jd kalau boleh,ambil jln selamat:)

Mohd Areef said...

Salam,
terima kasih diatas teguran. Sudah edit. hehe.

Jom Baca!