U follow me, I follow U.

Suka tak?

Wednesday, June 1, 2011

Tarif Elektrik Naik - Siapa Salah?



Soalnya perlukah kenaikan tarif elektrik?

Ok. Aku tak tahulah kenapa rakyat Malaysia seperti trauma dengan perkataan "Naik". Ramai yang melihat ini sebagai salah satu usaha pihak terlibat ( Baca: kerajaan) untuk menarik 'wang rakyat'. Benarkah?

Cuba kita lihat balik quote bahasa penjajah dibawah.Tiada kenaikan tarif elektrik untuk 75% isi rumah. Jadi kenapa perlu membantah? Tiada kenaikan tarif untuk 300kwh kebawah.

Aku lihat kenaikan ni lebih memberi kesan terhadap pengguna elektrik yang besar dan bukan kepada isi rumah secara keseluruhannya.Kita lihat dari sudut berbeza. Berapa kerapkah anda membuka lampu ketika waktu siang? Berapa kuatkah penggunaan elektrik oleh penghawa dingin? Dan adakah anda kerap membuka PC atau 'laptop' anda tanpa menutupnya berhari-hari? Dalam sedar tak sedar, kita banyak mengambil kesempatan terhadap 'kerendahan' tarif elektrik yang dinikmati sekian lama. Makin kita membazir, makin banyaklah jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung oleh pihak terlibat (Baca: kerajaan). Dah tahu tarif naik, janganlah membazir.

Kita lihat kepada situasi negara pula bila berlaku kenaikan. Bila gula naik 20 sen, harga Milo Ais pun naik 20 sen. Wadahel? Adakah anda menggunakan 1kg gula untuk segelas Milo Ais? Lepas tu nak salahkan pemborong yang didakwa menaikkan harga melebihi had ( termasuk kos pengangkutan dan sebagainya). Inilah rakyat Malaysia. Amat gemar mengambil kesempatan yang melampau. Bila nak berubah tak tahulah.

Teringat waktu muda remaja dulu, harga tin susu baru RM1.60, kini dah cecah RM3.30!! Tak sampai 10 tahun harga mencecah 2 kali ganda. Rasanya susu pun perlu harga siling. Walaupun terdapat pelbagai lagi jenis susu dipasaran, tapi mereka pula yang mengambil kesempatan. Nak murah sikit pun setakat 20-30 sen ja. Yang pengguna ni terpaksa ikut ja.

Kesimpulannya, orang lain punya pasal, pihak terlibat (Baca: kerajaan) pula disalahkan. Berjimatlah ye?

p/s: Lagi satu, bila aku sokong kenaikan tarif elektrik, orang cakap aku sokong Barisan, bila aku sokong hudud, orang cakap aku PAS. Aku cuma sokong apa yang betul, dan bangkang apa yang tak betul.

Ni bahasa penjajah

New electricity tariff rates will be in place effective from 1st June 2011. The following are several quick facts about the new electricity tariff:

New tariff to reflect the increase in gas price (i.e. from RM10.70 per mmBTU to RM13.70 per mmBTU) whilst the coal price is still assumed at USD85 per tonne (CIF) (i.e. the price used in March 2009 tariff adjustment).The existing tariff rates will also be revised upwards to partly recover for the increase in electricity cost of supply since the last base tariff review in June 2006.

In line with the Renewable Energy (RE) Act which was passed in April 2011, the Government will impose 1% as Feed-in-Tariff (FiT) for RE Fund, effective 1st September 2011. The fund will be utilised for promotion and development of RE projects and initiatives and will be managed by Sustainable Energy Development Authority (SEDA) under the Ministry of Energy, Green Technology and Water.

In summary, the major features of the new electricity tariff rates are as follows:-

Average tariff will be increased by 7.12%. The increase is contributed by:
Average 5.12% increase due to the 28% upward revision of natural gas price to the power sector from RM10.70/mmBTU to RM13.70/mmBTU; and
Average 2.0% increase to partly recover for the increase of electricity cost of supply since June 2006

Industrial Consumers: average increase of 8.35% (ranging between 6.2% to about 10%).
Commercial Consumers: average increase of 8.35% (ranging between 6.2% to about 8.35%).

Domestic / Residential Consumers:
No tariff increase for monthly consumption of up to 200 kWh (Lifeline Band). The rate has been maintained at a highly subsidised rate of 21.8 sen/kWh in the past tariff reviews since 1997.Consumers using 300kWh per month and below will not experience tariff increase.Hence, no tariff increase to 75% of the household consumers (4.4 million consumers) i.e.
No tariff increase for Lifeline Band (3.3 million consumers)
No tariff increase for 201-300 kWh band (1.1 million consumers)

2 comments:

Anonymous said...

Aku cuma sokong apa yang betul, dan bangkang apa yang tak betul. haha. agree!!

Anonymous said...

harga letrik yg maningkat ini akan di tanggung oleh pengilang atau meraka yg memberi khidmat yg menggunakan tenaga dalam jumpah yg tinggi..rakyat seperti kamu dan saya akan menangggung kesan kenaikkan ini secara tidak langsung..contohnya..sebuah kilang yang biasanya menggunakan banyak kilowat jam akan mengenakan kos lebihan ini terhadap rakyat..seperti sebuah kilang beras..mereka akan menaikan harga beras setelah beberapa ketika, apabila semakan kos tehadap barang jualan mereka kurang menguntungkan kerana terpaksa menanggung kos tenaga yg meningkat..kamu dan saya yg selalu makan nasi..mesti beli beras kan?jadi..kamu akan menangungnya secara tak langsung..persoalannya,subsidi tenaga masih kerajaan berikan kepada IPP yg membeli tenaga dengan harga jauh lebih murah dadri apa yg di tanggung rakyat..faham?ini kritikan secara menyerong pulak..

Jom Baca!