U follow me, I follow U.

Suka tak?

Saturday, June 18, 2011

Tokoh Agama Dipersenda di Maharaja Lawak


Gambar oleh : falihinjasmy

Mungkin ramai yang menonton Maharaja Lawak Minggu 12 semalam. Aku pula terkecuali sebab dah boikot Astro. Hahaha. Tapi youtube masih ada untuk menonton dalam talian. Aku faham, ramai yang menonton untuk melepaskan tekanan di tempat kerja, di sekolah atau di rumah. Dan Maharaja Lawak pula ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.

Apa yang aku tidak berpuas hati adalah, salah satu peserta berkumpulan yang mempersenda Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya dalam salah satu persembahan mereka pada malam itu. Ok. Aku faham ini program lawak. Tapi kumpulan tersebut harus mengambil sensitiviti pelbagai pihak dalam menjayakan persembahan mereka.

Sudahlah sebelum ni ramai ibu-ibu yang terasa dengan tindakan mereka mempersenda perempuan mengandung dengan lawak 'vakum' diselitkan dengan unsur lucah. Tapi apabila mempersenda tokoh agama, ini boleh dianggap sebagai melampau.

Mungkin mereka hanya meniru salah satu peserta berkumpulan lagi yang mengajuk Dr. Fadzilah Kamsah. Tapi lawak kumpulan itu tidaklah melampaui batas kerana ia hanya mengajuk bukannya mempersenda. Mengajuk dan mempersenda adalah istilah yang berlainan.



Ni pulak kata-kata dari orang yang 'open-minded' dan menyuruh orang lain untuk 'open-minded' jugak. Cuba kalau Ustazah Nor Bahyah itu ibu anda? Suka? Gelak sakan?

Negatif? Biarlah. Ini pendapat aku. Tak kisah la persembahan lawak ke apa, tapi ia mesti mengambil kira sensitiviti masyarakat. Walaupun aku suka peserta tersebut, tapi tidak bagi persembahan kali ini. Kadang-kadang bila tengok balik persembahan semalam tu terfikir nak gelak ke tak nak. Hurmm..

6 comments:

pauline said...

open minded and sensitiviti kaum adalah dua benda yg berbeza.. harap mereka faham..

Mohd Areef said...

benar..

Mikki Oimikado said...

yup..betul..carik lah bende lain kalau nk buat lawak...

kina niu leka. said...

sgt annoyed dgn persembahan dowg.

Mohd Areef said...

tu la pasal..
selama ni gelak tgk persembahan diorg..
tapi tidak persembahan smlm..
rasa serba salah..nak senyum pun tak boleh..

AMANAH DARI KEKASIHKU said...

assalamualaikum..

berjalan2 di blog untuk mencari artikel ttg isu sepah. ana mmg x tengok rancangan ini. agak terkejut apabila menonton video ini di youtube. semoga Allah berikan kesedaran atas kekhilafan mereka dan semoga hidayah segera sampai di hati mereka. amin.

Jom Baca!