U follow me, I follow U.

Suka tak?

Wednesday, July 6, 2011

Apakah Pengajaran Daripada Cerita Ini?


Pada masa dahulu, ada seorang pendeta yang tinggal di sebuah negeri. Kepakaran beliau ialah menyelesaikan masalah orang ramai dan lantaran dek kerana kehandalannya beliau menjadi terkenal kerana sesiapa yang mempunyai masalah jikalau bertemu dengannya pasti akan ada jalan penyelesaian darinya.


Suatu hari beliau dikunjungi oleh 3 orang lelaki yang ingin meminta khidmat kepakaran dari beliau untuk menyelesaikan masalah mereka. Mereka bertiga ini telah berusaha untuk menghilangkan ketagihan yang dialami oleh mereka sebelum ini tetapi gagal. Lelaki A mempunyai masalah ketagihan meminum arak yang kronik , lelaki B pula merupakan seorang penagih seks dan lelaki C pula ialah seorang penagih rokok yang tegar.

Jadi, setelah berfikir untuk beberapa ketika si pendeta itu mendapat satu idea bahawa masalah mereka bertiga ini boleh diselesaikan sekiranya mereka itu dikurung di dalam sebuah gua bersama dengan barang yang mereka ketagihkan tadi untuk suatu tempoh yang lama sehingga mereka jemu dan puas untuk menikmatinya dan oleh itu pasti ketagihan mereka akan hilang apabila mereka keluar nanti.Lalu beliau pun membawa ketiga-tiga mereka itu tadi menuju ke sebuah gunung yang mempunyai 3 buah gua di dalamnya.


Di gua pertama di dalamnya terdapat beribu-ribu jenis minuman arak dan beliau menyuruh lelaki A masuk ke dalam gua tersebut dan pendeta itu pun mengunci pintunya. Tinggallah si lelaki A yang memang seorang penagih arak di dalam gua tersebut dengan pelbagai jenis minuman arak di dalamnya selama 1 bulan.

Di gua yang kedua , terdapat berpuluh-puluh wanita pelacur dari pelbagai bangsa yang sengaja diupah oleh pendeta tersebut untuk berada di situ dan beliau mengarahkan kepada lelaki B tadi untuk masuk dan turut tinggal bersama-sama pelacur-pelacur tersebut selama 1 bulan dan pendeta itupun terus mengunci pintu gua tersebut dari luar.


Dan akhir sekali di gua yang ketiga, di dalamnya terdapat beribu karton rokok dari pelbagai jenama dan diarahkan lelaki C yang memang merupakan seorang penghisap rokok yang kuat dan tegar untuk memasuki ke dalam gua tersebut dan beliau pun menguncikan pintu gua tersebut untuk tempoh 1 bulan.






Apabila genap tempoh sebulan , pendeta itupun kembali ke gunung tersebut dan gua pertama yang beliau pergi ialah ke gua lelaki yang ketagihan arak. Apabila dibuka pintu gua tersebut, keluarlah seorang lelaki A yang ketagihan arak itu dalam keadaan berguling-guling kerana terlampau mabuk dan lelaki itu berkata kepada pendeta tadi bahawa dia sudah puas dan jemu untuk meminum arak dan dia berjanji untuk tidak akan meminum arak lagi buat selama-lamanya. Ternyata cara pendeta itu mula menujukkan keberkesanan kepada lelaki A.



Di gua yang kedua , apabila si pendeta itu membuka pintu , maka keluarlah si Lelaki B pula dalam keadaan merangkak dan sangat lemah. Lelaki B itu berkata kepada pendeta tersebut bahawa dia sudah puas dan jemu untuk menikmati kesemua pelacur-pelacur sehingga menyebabkan dia tenaga batinnya 'mati' dan sudah hilang nafsu syahwatnya. Jadi lelaki B itu tidak akan mampu untuk mengulangi tabiatnya sampai bila-bila lagi. Sekali lagi cara pendeta itu nyata terbukti telah berjaya.

Tetapi apabila sampai di gua yang ketiga, sebaik pintu gua dibuka, keluarlah lelaki C yang mempunyai masalah ketagihan merokok dalam keadaan marah-marah dan berleter. Lalu si pendeta itu pun bertanya kepada lelaki C kenapa dia marah-marah.

Nak tahu kenapa lelaki C itu marah-marah dan apa yang dia cakapkan kepada pendeta tersebut?......
Sila scroll hingga ke bawah...












" Engkau tinggalkan aku dengan rokok yang bagus-bagus

tetapi
engkau lupa hendak tinggalkan aku sekotak mancis!!!!!"

1 comment:

Aisha Ardini said...

funny :)

Jemput singgah & follow blog Aisha: Www.AishaArdini.Com

Post Terbaru: Puisi Lelangit Hati 3
http://www.aishaardini.com/2011/07/puisi-lelangit-hati-iii.html

Thanks! :)

Jom Baca!