U follow me, I follow U.

Suka tak?

Friday, July 8, 2011

Hanya Kerana Sehelai Kain


"Assalamu'alaikum.."
"Wa'alaikumussalam.. ye cik.. ada apa?"
"Boleh saya tanya... kat sini ada kerja kosong tak?"

Dengan pandangan sinis dia memandang atas bawah...

"maaf.. kat sini tiada kerja kosong.."
"emm.. tak apa lah cik.. terima kasih ya..."
terus berlalu.. penuh kebingungan...
"dekat luar ada tulis jawatan kosong... Guru Kafa.. emm.. mungkin iklan sudah lama agaknya.." gumam hatinya...

Terlintas idea yang menyuruh dia cuba menelefon nombor yang tertera...

"Assalamu'alaikum.. hello... boleh saya tanya.. ada kerja kosong tak untuk guru kafa?"
"Wa'alaikumussalam.. ye cik.. ada lagi kekosongan.. cik boleh hantar resume di pejabat..."

Terlintas di dalam hatinya untuk menguji keikhlasan mereka...

"maaf cik.. saya ni pakai tudung lilit-lilit je... boleh ke cik?"
"oh.. takde masalah... sebab kami kat sini pun pakai macam tu..."
"ohh... macam tu ye.. ok la cik.. terima kasih ya... Assalamu'alaikum"

terus dia mematikan talian...

Oh.. patut la tadi pergi ke sana mereka memandang semacam.. melihat wanita bertudung litup.. berniqab.. menjadi masalah bagi mereka... inilah ujian yang harus di harungi di dalam negara 'Islam' Malaysia ini.. double standard seperti berada di negara kafir yang memerangi umat Islam... itu negara kafir... memanglah ada yang kurang senang dengan Islam... itu dapat di terima akal... tetapi jika orang yang mengaku Islam sendiri yang memandang serong? bukankah bertambah pelik dan hairan... mengapa jadi begitu? ahh.. tida jawapan.. tanyalah empunya diri...

Sebelumnya.. dia memohon kerja di Tadika 'Islam'.. semua kerja yang berkaitan dengan 'Islam' di pohon.. semuanya mengecewakan... balasan email yang diterima agak mengejutkan...
"kami tidak menerima wanita berniqab berkerja"... "niqab diharamkan di Malaysia" ... "nanti kanak-kanak di sini takut..."

Ah... sangat tidak logik... kerana sebelum ini.. majikannya yang berketurunan India menerimanya berkerja di Child Development Centre.. sama saja.. menjaga kanak-kanak dari pelbagai negara.. ada yang dari Japan, India, Australia, Iran dan lain-lain.. murid-murid tidak merasa takut... malah amat suka.. ibu bapa mereka juga sangat menghormati... tapi hairan.. orang yang berselindung disebalik agama Islam tidak dapat menerima... mereka lebih suka 'ustazah' dan 'cikgu' berpakaian seksi.. ahh.. dapat juga 'cuci mata' barangkali... dasar zionis bertopengkan Islam...

Kebanyakan syarikat orang Melayu beragama Islam semuanya menolak permohonan kerja... tapi ada satu syarikat orang yang berbangsa CINA menawarkar kerja.. pada mulanya dia bertanya.. apakah itu niqab..? setelah dijelaskan barulah dia mengerti.. "yang penting kamu boleh bekerja dan menggunakan komputer" hanya itu saja kata dua yang diberi... tapi sayang.. syarikat itu jauh.. agak mengambil masa.. takut tidak berbaloi pula...

Inilah beza orang Islam dan orang lain agaknya... sesetengah hanya bertopengkan Islam semata-mata.. tetapi tidak mengamalkan ajaran... walau rumahnya penuh dengan Firman Allah.. belum tentu lagi dia membacanya.. lebih suka digelar Islamik.. semua perkara mahu di 'islamik'.. rumahnya kadangkala mahu saja nampak 'islamik' tapi penghuninya... ahh.. lebih kepada orang bukan islam... sayang bukan...

Hanya kerana sehelai kain

1 comment:

Isma Binti Johari said...

Aduh sedihnye ye. Kalu mcm tu, semakin 'trendy' tudung, semakin cerah peluang dpt job.
Berdasarkan sikit pengalaman, co. cina ok jugak.pada mereka mutu kerja yg plg utama.

Jom Baca!