U follow me, I follow U.

Suka tak?

Saturday, July 9, 2011

(JANGAN BACA) Artikel Yang Takda Kene Mengena Dengan BERSIH

Apabila manusia berkumpul untuk buat demonstrasi dengan sendirinya bilangan yang begitu banyak akan menjadikan mereka berasa berani dan kebal, maka timbullah perasaan nakal di antara satu dua orang di kalangan peserta. Apabila seseorang yang memulakan ejekan kepada polis yang mengawal mereka, yang lain-lain akan masuk campur dan diberangsangkan oleh mereka yang mengejek polis.

Polis juga manusia dengan penuh tanggungjawab dan semangat menjaga keamanan negara. Mereka dilemparkan dengan pelbagai ejekan yang terhina seperti bodoh, anjing kerajaan, mossad, gila dan apa sahaja yang mereka boleh pikirkan untuk provokasi polis. Selagi polis tidak bertindak kasar, selagi itu mereka akan mengejek dengan suara yang semakin kuat. Mana ada demonstrasi jalanan yang aman? Adakah munasabah penganjur demonstrasi jalanan ini boleh mengawal pemuda-pemuda yang penuh tenaga dan yang mungkin sesetengah daripadanya bekas penjenayah? Adakah pengelola NGO demonstrasi ini menyemak latar belakang setiap individu berkenaan samada mereka pernah ditahan polis akibat meragut, mencuri, merompak dan merogol.

Di Malaysia, cetusan perbalahan kaum Mei 13 yang akibatnya ramai rakyat Malaysia yang tidak berdosa terkorban akibat permusuhan kaum. Rusuhan ini berpunca daripada demonstrasi jalanan disebabkan kemegahan menang pilihan raya dan mereka mengarak ramai-ramai mengejek dan melaungkan kata-kata yang kesat dan provokasi terhadap pihak yang kalah. Maka, yang terhina mengeluarkan parang panjang dan mula menetak mereka yang mengejek, tercetuslah Mei 13.

Di pentas dunia pula, demonstrasi telah jatuhkan kerajaan Perancis disebabkan oleh pemberontakan Perancis (French Revolution) yang diketuai oleh Robespierre dan menjatuhkan Raja Louise ke-16. Baru-baru ini, kerajaan Mesir yang dipimpin oleh Presiden Hosni Mubarak, telah digulingkan dengan cara demonstrasi jalanan. Pada tahun 1917 di Rusia terdapat pemberontakan Rusia (Russian Revolution) yang diketuai oleh Lenin, pengerusi Parti Bolshivik. Lenin telah berpecah dari parti sosialis Rusia yang diketuai oleh Karanski yang memimpin parti sosialis yang lebih besar yang bernama Menshivik. Walaupun Bolshivik adalah parti yang lebih kecil, minoriti, tetapi ia lebih ganas dan apabila bertindak tidak ada belas kasihan. Parti ini telah menubuhkan kerajaan komunis pertama di Rusia dengan menubuhkan pasukan tentera merah (Red Army) seramai 10, 000 orang yang amat setia kepada Lenin dan tidak teragak-agak bertindak untuk membunuh. Dengan kekuatan 10, 000 orang Red Army ini di bulan Oktober 1917, rakyat Rusia yang berdemonstrasi yang menuju ke arah parlimen Rusia telah disekat oleh tentera merah ini dan ditembak tanpa amaran. Berpuluh-puluh ribu terkorban maka mulai pada hari itu, terbentuklah sebuah kerajaan komunis yang dipimpin oleh lenin. Kerajaan ini amatlah kuat dan menyebar ideologi ke seluruh dunia.

Di negeri Cina, demonstrasi di Peking oleh mahasiswa-mahasiswa Universiti Peking dan lain-lain universiti di Tienanman Square telah dihapuskan oleh kerajaan komunis Cina yang menggunakan kereta kebal dan peluru hidup untuk melanggar dan menembak pelajar-pelajar demonstrasi tersebut yang kononnya menuntut kebebasan berdemonstrasi. Sampai ke hari ini tidak ada lagi demonstrasi di negeri Cina. Negeri Cina telah aman damai dan dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi negara. Negara Cina telah dapat meningkat maju sehingga menjadi kilang dunia dan ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.

Lee Kwan Yew pernah menjadi Setiausaha Agung parti sosialis Singapura yang dipimpin oleh Lim Chin Seong sebagai pengerusi. Lee Kwan Yew berpelajaran Inggeris sementara Lim Chin Seong berpendidikan Cina. Sebelum merdeka, Singapura diduduki penduduk-penduduk Cina yang tidak berpelajaran Inggeris. Lim Chin Seong adalah seorang pemimpin yang lebih bijak daripada Lee Kwan Yew. Beliau amat cekap berpidato dalam bahasa Hokien dan Mandarin. Lee Kwan Yew langsung tiada taraf berbanding Lim Chin Seong dalam mempengaruhi pengundi-pengundi Cina di Singapura. Tetapi dalam perebutan kuasa kemerdekaan Singapura/ Malaya, British telah memihak Lee Kwan Yew dan tangkap Lim Chin Seong dan dipenjara seumur hidup sampai ke hari ini. Yang terakhir, Lim Chin Seong telah dibuang daerah ke Amerika Syarikat dan tidak dibenarkan balik ke Singapura sama sekali walaupun kini beliau sudah tua.

Sekadar imbasan sejarah bagi renungan kita bersama.
Janganlah bergaduh.

1 comment:

Sarah Asshila said...

Aku sedih tengok melayu dgn melayu bergaduh sesama sendiri..Bangsa lain tepuk tangan senyum..

Jom Baca!