U follow me, I follow U.

Suka tak?

Thursday, July 21, 2011

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA LWN CHELSEA 2011

Pasukan Pilihan Malaysia yang membariskan 9 pemain senior berjaya mengekang asakan Chelsea sepanjang permainan. Pujian harus kita berikan kepada penjaga gol iaitu Farizal Marlias yang cemerlang mempertahankan gawang apabila diuji pemain-pemain hebat Chelsea seperti Didier Drogba, Frank Lampard dan sebagainya.

Sepanjang permainan, Malaysia gagal menembusi bahagian pertahanan Chelsea yang dilihat terlalu kebal. Pemain juga dilihat agak takut untuk melakukan sebarang percubaan. Pada minit ke 76, Chelsea berjaya memperoleh gol kontroversi melalui Didier Drogba menjadikan kedudukan 0-1. Gol tersebut seakan-akan menaikkan semangat pasukan negara apabila Malaysia hampir berjaya memperoleh gol menerusi beberapa pemain. Namun, mereka kelihatan gugup dan terburu-buru dalam melakukan serangan.

Apa pun, tahniah buat barisan pertahanan negara dan Farizal Marlias diatas kematangan mereka mengekang asakan jentera serangan Chelsea. Mungkin ini merupakan hasil pengalaman yang dapat dikutip di Slovakia. Tahniah buat pasukan negara!

Keputusan Penuh
Malaysia 0-1 Chelsea. Tahniah!

2 comments:

kina niu leka. said...

tahniaaahh!

alieavea said...

owh dapat gak satu point yerk chelsea...ingat kan tak masuk..

*tgk masa first half jer

Jom Baca!