U follow me, I follow U.

Suka tak?

Saturday, July 16, 2011

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA LWN LIVERPOOL (Asia Tour 2011)




Liverpool telah berjaya mengatasi Malaysia dengan keputusan 6-3. Pada babak pertama awal permainan, Liverpool dilihat berjaya menguasai permainan hingga memperoleh gol pertama menerusi penalti kontroversi. Namun, Safiq Rahim berjaya menyentak permainan dengan jaringan sepakan percuma menjadikan permainan 1-1 hingga ke akhir babak pertama.

Babak kedua bermula baik oleh kedua-dua pasukan namun Liverpool masih menguasai permainan. Asakan bertalu-talu Liverpool membuahkan hasil apabila memperoleh 3 lagi gol menjadikan keputusan 1-4. Namun kemasukan Safee Sali pada pertengahan babak kedua mengubah suasana permainan apabila Malaysia mengubah corak permainan daripada corak bertahan kepada menyerang. Asakan Safee Sali membuahkan hasil apabila berjaya menyumbang 2 gol untuk menjadikan kedudukan 3-4.

Di akhir babak permainan, Liverpool dilihat seakan-akan tertekan dan menambahkan serangan seterusnya berjaya menambah lagi 2 gol untuk keputusan penuh 3-6!

Jadi keputusan penuh Malaysia 3-6 Liverpool. Tahniah!

1 comment:

Zuha said...

Malaysia pun ade score jgk...bagus la...ada la peningkatan skit dari xde langsung time lawan arsenal... :)

http://mat-jungle.blogspot.com/

nice entry

Jom Baca!