U follow me, I follow U.

Suka tak?

Friday, July 1, 2011

Kerajaan Syiah Melayu

Kesultanan Pagar Ruyung ( 1513-1804)

Kesultanan Melayu yang berfahaman Syiah ini telah memerintah Minangkabau selama hampir 300 tahun. Pada abad ke-19 Masihi, telah berlakunya gerakan Wahabbi di Minangkabau dan fahamannya menyusup senyap dalam masyarakat. Akan tetapi pemberontakan yang dimulakan oleh Wahabbi ini 'berjaya' diterjemahkan melalui Perang Padri. Apa yang aku pelik, dalam teks sejarah tidak disebutkan istilah Syiah atau Wahabi. Yang ada hanya 'golongan muda' dan 'golongan tua'. Dan perang ini juga dikenali dengan pertembungan 'golongan tua dan golongan muda'.

Akhirnya kerajaan Syiah Melayu ini berjaya ditumpaskan. Namun, mereka masih diburu, diburu dan diburu. Ini berikutan terdapatnya kebencian yang mendalam Wahabbi kepada Syiah. Akibat dihambat, ada diantara mereka melarikan diri ke Tanah Melayu sekitar 1800-an. Ada diantara mereka berkahwin dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Mereka menghilangkan diri, menyorokkan 'kesyiahan' mereka. Tapi ada juga yang menurunkannya kepada anak-anak mereka.

Syiah Melayu pernah memerintah Minangkabau selama 300 tahun. Kesultanan Pagar Ruyung dari tahun 1513 sehingga 1804 Masehi adalah sebuah kerajaan Syiah. Akan tetapi pemerintahan Syiah ini tumbang akibat adanya gerakan Wahabi. Syiah tumpas dalam perang yang dikenal sebagai 'Perang Padri' pada awal abad ke-19 Masehi. Dalam teks sejarah tidak disebutkan istilah Syiah dan Wahabi, oleh banyaknya kekeliruan istilah, perlawanan ini dirujuk secara salah sebagai 'pertembungan kaum muda dan kaum tua'. Ekoran jatuhnya kerajaan Syiah di Minangkabau, orang Syiah ini dihambat dan mereka melarikan diri sehingga ke Semenanjung Tanah Melayu. Kerana ketakutan dibunuh, mereka mulai menghilangkan jati diri yang ada dari ternampak oleh masyarakat lain. Mereka juga berkahwin dengan orang Melayu dari mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah. Sesetengah mereka sempat menurunkan ajaran Syiah kepada anak-anak, sesetengah mereka menyimpannya sebagai rahsia sehingga mati.

Kini, sekali lagi mereka diburu.Mereka 'diiktiraf' sebagai golongan yang sesat dan menyesatkan. Pelik,mereka dibenarkan mengamalkannya. Sila rujuk sendiri fatwa JAKIM. Akhirnya hingga kini mereka bersembunyi.

sumber :
Abdullah, Taufik, (1966), Adat dan Islam: an examination of conflict in Minangkabau, Indonesia, No.2, 1-24.
Nain, Sjafnir Aboe, (2004), Memorie Tuanku Imam Bonjol (MTIB), transl., Padang: PPIM.

p/s: Sekarang ada kerajaan Wahabbi di Malaysia. Sedarkah anda?

3 comments:

Nur Hazlin said...

mmg syiah ni golongan sesat pun. tp taktau pulak ade kat malaysia. igtkan kebanyakan negara2 arab sne. haih

warrior313 said...

Aslkm wbt,slma ni sy rasa kita sume mndngar dr sblh pihak je,sy lbh suka utk mmpljari srt mgkaji dgn teliti malah cuba utk bersama sesuatu prkmpulan itu sblm mnghkum mrk;mgkin mrk tahu ssuatu yg kita x prnh tau pun slma kita hidup...wallahua'lam

Mohd Areef said...

Nur Hazlin
> Atas dasar apa awak mengatakan bahawa mereka golongan sesat? Pernahkah anda mengkaji mereka atau sekurang-kurangnya mendengar penjelasan mereka? ^_^

worrior313
> Wasalam. Setuju.

Jom Baca!