U follow me, I follow U.

Suka tak?

Sunday, July 3, 2011

Masjid Orang 'Sesat'

Waktu Solat Fardhu

Waktu Solat Zuhur/Asar

Waktu Solat Maghrib/Isyak

Waktu Solat Maghrib/Isyak

Waktu Solat Subuh(Ini ialah hari jemaah tersikit kerana cuaca yang agak buruk)

Keadaan Di Luar waktu Solat

Jom berkelah kat masjid(?)

Relax dulu

Bagi penziarah dari jauh yang tiada hotel, sanggup berkhemah.
Hampir tengah malam

Sejam sebelum Solat Jumaat, kawasan berbumbung dah tak boleh masuk
Ini adalah satu fenomena yang tidak pernah saya nampak di mana-mana, mungkin kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi, itupun kerana ia adalah tumpuan umat Islam seluruh dunia, manakala ini pula hanyalah sebuah makam suci keturunan Rasulullah(saw) di Qom, mungkin la ada sikit penziarah luar negara, tapi yang banyak tu penduduk di sini. Fuh, dasyat cara mereka menghormati dan mengimarahkan masjid. Kalau rasa-rasa nak dapat saf yang macam saya dapat ini, yakni, mungkin saf ke 40 lebih, pada hari-hari biasa, kena datang lebih awal dari waktu azan, kalau tak maaf le, dengan sesaknya, berpusu-pusu orang datang.

Ini belum lagi di Masyhad, Masjid Imam Redha(as). Sejam sebelum subuh tu, dah penuh, Yang ramainya, ANAK MUDA, berpakaian segak dan kemas, datang bersama kawan-kawan mereka, seolah-olah anak-anak muda Malaysia menziarah Midvalley Megamall.

Teringat Masjid kat Malaysia, tak payah la ambil masjid kecil-kecil, kita ambil masjid paling besar di Malaysia, yang berada di kawasan berkepadatan penduduk tinggi, rasanya ada macam ini tak? Buka 24 jam, tengah malam pun ramai lagi, orang baca Quran, dengar kuliah, dan macam-macam lagi. Kalau di Malaysia, kuliah maghrib kalau Ustaz terlajak sikit kita dah komplain, lepas Isyak, kuliah lama sikit hangat punggung dah, mungkin tajuk tak menarik.

4 comments:

hana said...

erm...
np 'sesat'??
x bp nak paham la.
=D

Mohd Areef said...

Sebab mereka Syiah.
Itu sebab mereka dikatakan sesat

orkedwangi said...

entry yang boleh membukakan mata anak uda mengenai masjid...betul la kan...klu kuliah lame sket mesti komplen kaw3 la...adehh

Mohd Areef said...

Sebab semua nak balik awal nak tengok Akademi Fantasia..hehe

Jom Baca!