U follow me, I follow U.

Suka tak?

Wednesday, July 13, 2011

Peristiwa 28 Rejab Yang Disorokkan


Seperti yang kita sedia maklum, peristiwa 27 Rejab menukilkan suatu sejarah yang amat penting bagi dunia Islam, yakni peristiwa Israk Mi'raj. Walaupun sudah beberapa hari, malah beberapa minggu selepas 27 Rejab, peristiwa ini masih dicerita dan diceramahkan di rumah-rumah Allah. Tidak kurang juga para khatib berkhutbah tentang perkara ini.

Tapi, adakah kita tahu tentang perkara yang berlaku sehari selepas 27 Rejab? 28 Rejab juga merupakan suatu peristiwa yang teramat penting, tetapi adakah kita tahu peristiwa apakah itu? Peristiwa ini terus disorokkan, agar umat Islam melupakannya dan tidak bangkit-bangkit.

Pada 28 Rejab 1342H, satu-satunya institusi politik Islam, yakni Negara Khilafah secara rasminya dijatuhkan oleh Mustafa Kamal Atarturk Laknatullah. Inilah bayaran yang diberikan kepada pihak British supaya beliau menjadi presiden Turki yang pertama dan digelar Bapa Pemodenan Turki.

Sejak peristiwa ini, kita sebagai umat Islam telah kehilangan sebuah perisai yang selama ini melindungi kita selama ini. Umat Islam disembelih, dibunuh, dirogol, dan dibuli oleh musuh-musuh Islam tanpa pembelaan. Sistem-sistem yang diturunkan oleh Allah SWT seperti sistem ekonomi, sistem pendidikan, sistem pergaulan, sistem pemerintahan, dan lain-lain dimansuhkan dan digantikan dengan sistem demokrasi yang datang daripada aqidah kufur.

"Sesungguhnya seorang Imam (Khalifah) adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung (bagi dirinya)" [HR Muslim]

Umat Islam juga diselubungi arus sekularisme sejak kejatuhan Khilafah, di mana umat Islam sangat benci akan politik dan menganggap politik itu adalah mainan kotor. Lalu, sebilangan besar umat Islam hanya menganggap Islam hanya mengatur kehidupan dari segi ibadah seperti solat, puasa, berzakat, berzikir, dan lain-lainnya yang bersifat kerohanian sahaja.

Penolakan umat Islam dari segi politik dilihat sebagai suatu perkara yang membunuh pemikiran. Umat Islam mundur dari segala segi kemajuan, sama ada kemajuan teknologi mahupun ekonomi sejak Islam tidak menjadi kuasa besar politik dunia 1300 tahun lampau. Kemunduran umat Islam jelas terpampang pada hari ini. Apple, dibangun oleh siapa? Samsung, dibangun oleh siapa? Intel, dibangun oleh siapa? Walhal, ilmu-ilmu sains, teknologi, geografi, sejarah, dan pelbagi jenis ilmu telah dicarigali oleh ilmuwan-ilmuwan yang beriman seperti Ibnu Sina, Jabir Hayyan, al-Idrisi, al-Khawarizmi, al-Jahiz, al-Farabi. Tetapi, apakah realiti umat Islam hari ini? Umat Islam hari ini sangat mundur dan hanya berdakwah untuk mengimarahkan masjid sahaja!

Islam tidak pernah mundur, tetapi umatnya sahaja yang mundur sejak Islam tidak menjadi kuasa besar politik dunia, sejak Khilafah dijatuhkan secara rasmi pada 28 Rejab 1342H. Dan perkara ini terus disorokkan. Dan apabila diberitahu, ramai pula umat Islam yang menolak dengan alasan bahawa penegakan Khilafah setelah kejatuhannya adalah utopia semata-mata. Walhal, ia adalah janji Nabi SAW yang bermaksud:


Anda telah tahu peristiwa 28 Rejab. Adakah anda mahu berdiam diri ataupun menyebarkan perkhabaran ini? Anda mahu menyorok kebenaran atau penyebar kebenaran? Ada peringatan dan khabar gembira daripada Allah SWT dan Nabi SAW:

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat melaknati" [al-Baqarah(2):159]

"Barangsiapa yang ditanya mengenai suatu ilmu, lalu dia menyembunyikannya, maka dia akan dikekang pada hari kiamat dengan api". [HR Ibnu Majah dan al-Hakim]

3 comments:

ahsfantasy24 said...

Al-fatihah buat pejuang2 agama..
moga2 kita xhmpakan prjuangan mreka :)

Jom Jenguk:
Kamu Melayu? Apa kamu tak sayangkan bangsa? Tak cintakan Bahasa? Tak terfikirkah tentang anak-anak kampung? Jangan pentingkan diri sendiri! Jangan hina dan perlekeh bahasa kita!

iNCeK aKiM said...

pade aku, tarikh tu xdigelapkan, cume kite je yg diasuh dgn sistem kalendar Gregorian, sampaikan kadang2 kite lost count tentang tarikh2 dlm kalendar Hijriah; kecuali utk Ramadhan dan Syawal.

Mohd Areef said...

ahsfantasy24
> Amin..

iNCek aKim
> betul juga..kalendar Gregorian ada hari Valentine. Patut lah orang Malaysia selalu sambut..

Jom Baca!