U follow me, I follow U.

Suka tak?

Sunday, July 3, 2011

Perkongsian Cerita Seorang Food Technologist

Sebagai Food Technologist, tugas aku ialah meminimakan kos, memaksimakan untung. Penanda arasnya ialah kepuasan pelanggan. Mampuih pi la manusia makan taik pun, tapi kalau depa kata sedap, dan itu yang depa mau…kita buat. Resepi makanan diubah dengan memasukkan bahan-bahan yang sepatutnya haram, tapi oleh kerana mereka yang menentukan haram halal hanya berpandukan kitab, maka aku tak bersalah dari segi ugama…tapi aku rasa bersalah kepada diri sendiri.

Hangpa makan koey teow, sudah pasti mahu koey teow yang putih dan bersih. Yang kuning sikit tak mau. Jadi aku tambah Clorox supaya bagi putih. Orang suka. Aku tak cerita la kat orang aku bubuh Clorox, tapi aku bagi tau aku bubuh Sodium Hypochloride.
Hangpa suka makan goreng pisang dengan tepung rangup. Nak buat tepung rangup tak susah. Cuma peram tepung dalam pH yang rendah menggunakan Hydrochloric Acid. Orang buat cuci lantai, aku bubuh dalam makanan. Selepas direndam dan “molecular chain” tepung tersebut sudah dipecahkan, adjust balik pH menggunakan Ammonium Hydroxide. Cuba hangpa bancuh tepung rangup…tapi toksah pakai!!! Simpan dua hari…pasti bau air kencing.
Nak buat minuman oren pun tak susah. Cuma perlu sediakan gula dan air. Nak bagi masam, adjust pH menggunakan Citric Acid. Kemudian bubuh pewarna dan perisa, siap. Aku sendiri tak berani nak minum, tapi orang lain minum…sedap!


Tak kisah semua tu..apa saja yang boleh dijual dan mendatangkan keuntungan, semuanya halal. Orang Melayu tak kisah semua benda ni..asalkan produk tu tidak mengandungi alcohol, semuanya halal.


Aku juga diminta oleh bos aku melayan pegawai-pegawai kerajaan yang datang melakukan pemeriksaan di kilang. Depa malas nak layan sebab yang datang ni semua nak pau duit. Dari Bomba, MPSP, DoE, sampaikan tukang periksa mesin timbang pun nak duit. Aku jadi tukang sampaikan duit rasuah, depa semua terima rasuah. Yang buat kerja ni semuanya Melayu. Ada sorang pegawai Alam sekitar…datang pakai kopiah putih. Tapi bagi dua kotak Floppy disk..beres. Apa la punya murah!!

ibnuazmihaidari

4 comments:

liyanalalala said...

waaaaarrh... menakutkan betul laaa...

Mohd Areef said...

berani ke makan lagi? hehe

liyanalalala said...

tak berani makan tu satu hal,

takut dpat course tu kat upu nanti pun satu hal lg..

macam2 la dunia sekarang ni.

Mohd Areef said...

laaa..
mintak kos tu ke kat UPU?
takpa mungkin boleh jadi food technologist yang lebih baik dan bertanggungjawab pada masa akan datang. ^_^

Jom Baca!