U follow me, I follow U.

Suka tak?

Tuesday, July 5, 2011

Syahid ke-73 Revolusi Bahrain




Pagi Ahad lalu warga Bahrain Haji Hasan Satari berusia 70 tahun meninggal dunia apabila ditembak di bahagian pinggang berhampiran dengan rumahnya.

Sebaliknya kerajaan Bahrain mendakwa sebab kematian Haji Satari adalah mati biasa setelah pertengkaran dengan tiga orang pemuda.

Namun parti pembangkang terbesar Bahrain, Jam'iyyat Al-Wefaq Islami dalam satu pernyataannya Satari mati dibunuh regim Al Khalifah.

Sementara itu laporan bedah siasat menyatakan dua peluru telah mengenai tulang di bahagian pinggangnya.

Majlis perarakan jenazah syuhada Haji Hasan Satari berlangsung Ahad lalu dengan kehadiran masyarakat awam tempatan.

No comments:

Jom Baca!