U follow me, I follow U.

Suka tak?

Thursday, July 14, 2011

Ustaz Asyik Hentam Kaum Wanita

Terdengar di corong masjid. Seorang ustaz dengan lantang menegur kaum wanita tentang aurat. Perkara ini sudah biasa kita dengar. Sudah lali dengan ayat-ayat sebegini. Para muslimah pasti ada yang terkena tempelak ini sekiranya terkena batang hidung sendiri tentang apa yang dikatakan oleh ustaz itu.

Memang benar belaka apa yang dikatakan oleh ustaz itu. Tetapi situasi ini sudah berungkali berlaku dan mungkin ada yang sudah bosan mendengar teguran-teguran lantang ini. Asyik cakap benda sama, yakni asyik memuhasabah kaum wanita. Bukannya bosan dengan isi muhasabah itu. Tetapi bosan dengan gaya para ustaz yang asyik hendak menghentam kaum wanita.

Persoalannya, adakah para ustaz ini hanya perlu memuhasabah kaum wanita? Bagaimana pula dengan kaum lelaki? Adakah kaum lelaki semuanya betul, sehingga tidak perlu dimuhasabah? Adakah semua kesalahan perlu dibebankan ke atas bahu kaum wanita?

Kebanyakannya, muhasabah yang dilakukan dilihat sebagai berat sebelah. Memuhasabah kaum wanita secara berlebihan, sehingga 'terlupa' untuk memuhasabah kaum lelaki pula. Lazimnya, para ustaz ini memuhasabah kaum wanita tentang aurat dan tanggungjawab isteri.

Aurat lelaki yang ciput itu pun ramai lelaki yang 'tidak mampu' untuk tutup. Perkara ini jarang untuk diambil berat oleh para ustaz. Sebaliknya, hanya bertumpu kepada aurat wanita. Tanggungjawab pula, tidak sedarkah terlalu ramai para suami mengabaikan tanggungjawab mereka? Ramai anak-anak terabai, isteri tidak mendapat mendapat nafkah, suami memukul isteri dengan tidak mengikut hukum syarak, dan banyak lagi, kenapa para ustaz ini tidak memuhasabah kaum lelaki?

Kaum lelaki juga wajib dimuhasabah, sebagaimana wajibnya memuhasabah kaum wanita. Sangat tidak kena sekiranya asyik hendak menyentuh tentang aurat wanita dan tanggungjawab isteri. Seolah-olah hanya wanita sahaja yang perlu menutup aurat dan melakasanakan tanggungjawab seorang isteri.

Kesimpulannya, muhasabahlah dengan adil. Bukan hanya bertumpu pada kesalahan wanita sahaja. Lelaki juga perlu dimuhasabah. Bahkan, patut dimuhasabah dengan lebih lagi. Ini adalah kerana aurat yang ciput pun masih 'tak mampu' nak tutup. Apalah susah sangat nak tutup aurat dari pusat hingga lutut? Kalau aurat sendiri pun tak boleh nak jaga, aurat isteri apa lagi?

2 comments:

Zuha said...

Betul dengan opinioan ko...sangat setuju...Laki2 pun kene jgkla jaga aurat...ni skang pattern laki pakai baju pun fit2...seluar pendek...kadang seluar ketat...

http://mat-jungle.blogspot.com/

Mohd Areef said...

betul2..
dah banyak style lelaki macamtu..
tapi takda siapa nak tegur..

Jom Baca!