U follow me, I follow U.

Suka tak?

Monday, August 15, 2011

Sejarah Yang Dilupakan : Hasan Bin Ali




Hasan Bin Ali Bin Abi Talib adalah salah seorang daripada dua cucu Nabi Muhammad s.a.w, anak Sayyidah Fatimah az-Zahra sa yang sangat dicintainya. Beliau dilahirkan di Madinah pada 15 Ramadhan tahun ke 3 H. Pada waktu kelahirannya Rasulullah s.a.w mengucapkan azan pada telinga kanannya, iqamah di telinga kirinya dan memberikannya nama Hasan. Pada hari ke-7 Rasulullah menyembelih kibas sebagai akikah, mencukur rambutnya meletakkan harum-haruman, kemudian memberi sedekah dengan emas (ada yang mengatakan perak) seberat rambutnya.

Sampai umur 7 tahun beliau dijaga oleh datuknya Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Rasulullah tidak sanggup berpisah dengan Hasan as, mahupun dengan saudaranya Husain a.s, sebagaimana tidak dapat dipisahkan antara cahaya matahari dengan matahari, tidak pernah ditinggalkannya baik malam atau pun siang. Bahkan pada waktu baginda sembahyang.

Pernah satu ketika, Hasan as menaiki pundak Nabi s.a.w sewaktu baginda sedang sujud dalam solat, hingga terpaksa baginda memanjangkan sujud dan kemudian menurunkan anak itu perlahan-lahan dan dengan lemah lembut. Pada masa yang lain Hasan as datang kepada Nabi s.a.w ketika baginda sedang ruku' dalam solat. Nabi s.a.w terpaksa membuka dua belah kakinya untuk memberi kesempatan cucunya keluar masuk di antara celah pehanya. Orang berkata kepada Nabi s.a.w: "Ya Rasulullah, engkau perbuat sesuatu yang belum pernah dikerjakan orang. Jawabnya:" Kerana ia wangi-wangianku!"

Pada suatu hari Nabi menjulang Hasan as di atas bahu kanannya dan Husain di atas bahu kirinya. Baginda bertemu dengan Abu Bakar, yang berkata kepada kedua anak itu: "Tunggangan yang paling nikmat yang kamu tunggangi. wahai anak-anak." Nabi s.a.w menjawab: "Juga penunggangnya merupakan nikmat yang sangat mesra, kerana kedua-duanya merupakan harum-haruman di dunia."

Imam Ahmad meriwayatkan dari Mu'awiyah , bahawa satu hari Rasulullah pernah mengulum bibir dan lidah Hasan dan oleh kerana itu Tuhan tidak akan mengazab lidah dan bibir yang pernah dikulum oleh Nabi, demikianlah banyak hadis-hadis yang kita dapati dalam kitab-kitab Masnad Imam Ahmad, Zakha'irul U'qbah Al-Hanah, karangan Ibnu Battah, Hilyatul Auliya', karangan Ibnu Nu'aina, Al-Asabah, Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain.Ahmad bin Abdullah At-Tabari menerangkan dalam Zakha'irul 'Uqbah, bahawa Hasan as mempunyai bibir yang merah, kedua matanya hitam laksana bercelak, pipinya laksana pauh dilayang, bulu dadanya yang halus, lebat janggutnya, tinggi tulang pelipisnya, lebar bahunya, awak badannya yang sedang, tidak panjang dan tidak pendek, mempunyai wajah yang sangat cantik, rambut yang berombak, bentuk badan yang sangat indah, tidak ada seorang yang menyerupai Nabi Muhammad s.a.w selain daripadanya. Dalam sahih Bukhari masih dapat kita baca, bahawa Khalifah Abu Bakar mendekati Hasan as yang sedang bermain dengan anak-anak lain, lalu memanggil dan memanggulnya, seraya berkata: "Demi Allah rupamu lebih mirip kepada Nabi daripada kepada Ali" Ia tersenyum.

Hasan as adalah seorang yang sangat kuat ibadatnya dalam masa dan zamannya. Apabila ia mengambil air sembahyang mukanya menjadi pucat. Dan apabila ia sampai ke dalam masjid ia berkata: "Wahai ahli perbaikan, telah datang kepadamu seorang jahat, hilangkan segala kejahatan apa yang engkau ketahui daripadaku dan gantikan ia ia dengan sifat-sifat yang indah, kelimpahan daripadamu, oh Tuhan yang Maha Pemurah!" Dan apabila ia teringat akan mati, akan kubur atau ia menceritakan hari kebangkitan dan Sirat, ia menangis tersedu-sedu.

Sesudah Imam Ali as syahid dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam, Hasan bin Ali diangkat menjadi Khalifah. Ia memegang tampuk pemerintahan Islam selama enam bulan.

p/s: Khalifah ke-5 Khulafa Ar-Rasyidin.

Sumber : Nota 'Muka Buku' Ali Reza.

5 comments:

Anonymous said...

:)..thnks berkongsi info ni..moga ilmu ni sntiase berterusan..

Nu-rule said...

Salam Saudara Areef.
Kisah tentang Hasan Bin Ali ini amat menarik. Tiadakah lanjutan ceritanya untuk perkongsian bersama ?

Mohd Areef said...

Salam Nu-rule,
lanjutan ceritanya memang ada tapi perlukan kajian lebih mendalam. kisah2 Hasan Bin Ali ni kebanyakkannya telah digelapkan dalam lingkungan zaman fitnah pertama umat Islam..dan sedihnya, ia telah memalit cerita2 buruk berkenaan tokoh ini..

Anonymous said...

Syiah pembohong, Hasan ra tidak lahir pada tahun 3 H. Hasan lahir tidak awal dari 7 H, kerana ia lahir berbidankan Asma bin Umais yang berada di Madinah pada tahun ke 7 H. Bila pula kakak Hasan, umu kalsum lahir jika hasan lahir tahun 3 H. Ali kawin dengan fatimah pula bila. Syiah pemutar sejarah sungguh

Anonymous said...

Annonymous..riwayat diatas sahih disisi Sunni dan Syiah dan ada reference yg lengkap dalam buku asal. Sy ada buku tersebut... nyata anda alergik bila mendengar nama Hasan, anda terus ungkapkan 'syiah'.

Jom Baca!