U follow me, I follow U.

Suka tak?

Sunday, January 23, 2011

Pertembungan Maruah : Antara Darah dan Maruah

Kejadian di tahun 2003 bertempat di salah sebuah padang tersohor yang menjadi pertembungan budaya kedua-kedua buah pihak. SMK Tepi Kubur dan SMK TM. Ada kisah di sebalik kedua-dua sekolah ini. Kisah yang tak pernah diceritakan.



SMK TM.
Salah sebuah sekolah yang terkenal di Kuala Lumpur. Dikenali juga sebagai sekolah elit kerana pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada golongan 'high class'. Sekolah yang dikelilingi oleh barisan banglo 3 tingkat. Lokasi sekolah yang ekslusif dan mempunyai barisan guru elit.

SMK Tepi Kubur.
Sebuah sekolah yang juga terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor. Sesuatu yang menarik mengenai sekolah ini. Ia terletak di perbatasan sempadan antara Selangor dan Kuala Lumpur. Sama dengan SMK TM, sekolah ini dikenali sekolah 'elit' sebaris dengan sekolah Maxwell yang terkenal dengan dunia gangster sewaktu zaman kegemilangannya. Lokasi sekolah ini agak menarik kerana terletak di tengah-tengah antara Kawasan Perkuburan dan juga Masjid.

Masjid - Sekolah - Kubur

Pelajar-pelajarnya terdiri daripada golongan 'middle class' dan 'low class'. Terkenal dengan pencapaian kokurikulumnya yang lebih cemerlang berbanding SMK TM. Adalah sekolah 'titik hitam' dan antara paling kerap 'dilawati' polis berbanding sekolah-sekolah di sekitarnya.

Cerita

Kedua-dua sekolah ni sangat kontra dari perbagai sudut. Dari disiplin hinggalah kepada pencapaian akademiknya. Tak hairanlah yang kedua-dua sekolah ni memang bermusuh sejak awal penubuhannya. Tahun 2003 sebenarnya adalah tahun yang menjadi titik tolak dalam pencapaian SMK Tepi Kubur. 10.30 pagi di Padang A. Padang A adalah tempat yang menjadi saksi permusuhan kedua-dua pihak. Selalu menjadi lokasi perlawanan bola antara kedua-kedua pihak. Dan selalunya akan diakhiri dengan pergaduhan.

10.30 pagi. Cuaca yang agak sejuk dengan padang berlecak.Waktu ni kelihatan hampir 80 orang pelajar berkumpul di padang ni. Berpakaian biasa dan berpakaian sekolah. Bersenjatakan Kayu Hoki dan Pisau Rambo. Dikatakan ada yang nampak kelibat Pistol pada masa tu. Kedengaran ada berlaku berbalas ejekan pada waktu tersebut.

(dan macam berbalas pantun nak kahwin daa..)

" Woi, anak haram bodoh nak mampus! "
" Celaka barua! "

Ini antara ayat-ayat yang aku masih segar diingatan. Waktu ni aku ponteng mengaji. Mintak-mintak la mak aku tak baca blog ni. Kang mampus kene terajang dek ayah aku. Aku dah la comel. Baru ingat nak bernikah bulan April ni. ( Ada juga orang percaya..haha)

Berbalik kepada cerita, sebenarnya ia dikenali sebagai "The Battle of Pride". Sebelum ni SMK TM banyak memandang rendah SMK Tepi Kubur. Mereka suka melintas di hadapan SMK Tepi Kubur dan membaling batu diselangi dengan ejekan. SMK Tepi Kubur pula banyak memukul pelajar SMK TM yang lalu lalang dihadapan sekolah. Pagi tu, dendam kedua-dua pihak tak dapat ditahan lagi.

Seorang yang bernama "Botak" dari SMK TM telah memulakan pertembungan maruah ini dengan membaling batu ke arah pihak lawan. Pisau telah keluar dari sarungnya, Kayu Hoki telah disangkut di bahu. SMK TM nampak lebih takut dengan lawannya kerana SMK Tepi Kubur bukan calang-calang gangster. Antaranya pernah terlibat dengan kumpulan-kumpulan samseng. Ada juga yang pernah menjadi suspek kes pembunuhan.

SMK TM banyak bersenjatakan Pisau Rambo yang dibeli sedangkan SMK Tepi Kubur menggunakan Kayu Hoki yang 'dipinjam' daripada Stor Sukan sekolah. Kayu panjang banyak memerikan kelebihan kepada SMK Tepi Kubur. Kelihatan pelajar SMK TM banyak dijatuhkan seorang demi seorang. Kayu Hoki bukan sebarang kayu. Cangkuk yang terletak di hujungnya digunakan untuk 'menyangkuk' leher pihak lawan.

Kelihatan Pisau Rambo hampir tiada gunanya. Ketua SMK TM telah dibelasah dengan hayunan 7 kayu sekaligus. Kelihatan darah membasahi badan beberapa pelajar. Tak tahu siapa yang cedera. Ada Pisau Rambo yang bertemu mangsanya. Kemudian, ada pisau yang terbang kearah pihak SMK Tepi Kubur.

Perlawanan terhenti buat seketika. SMK TM mengugut untuk beramai-ramai membaling pisau ke arah lawan. Waktu ni Kayu Hoki hampir tiada gunanya. Keadaan fizikal Kayu Hoki tak memungkinkan ia untuk dibaling dan mengenai sasaran berbanding dengan pisau yang boleh mengatasi rintangan angin.

Kedua-dua pihak kelihatan takut untuk kembali bertarung. Ketua SMK TM telah rebah. Lebih kurang 30 pelajar meraung kesakitan di tanah. Ada yang tidak bersuara lagi. Ada yang terkehel bahunya. Ada yang darah membasahi baju tetapi masih gagah memegang senjata. Ramai yang berundur kerana trauma dengan keadaan tersebut. Peliknya tiada bunyi pistol. Mungkin dia terlalu takut untuk melepaskan tembakan.

Perlawanan terhenti...

10 Minit selepas perlawanan dilangsungkan, pihak polis mula tiba. Mungkin menerima laporan daripada orang sekeliling. Kedua-dua pihak lari bertaburan. Yang rebah terus rebah tidak bertenaga. Ada yang menangis mencari jarinya yang hilang. Ada yang menyorok disebalik pokok. Tapi perlawanan telah terhenti.

Dua Hari Selepas Hari Kejadian.
Aktiviti pembersihan berlaku. Pelajar terlibat telah dibasmi. Aku ingat lagi, waktu ni sekolah dah jadi macam penjara. Ada lebih kurang 20 anggota polis mengawal setiap sudut sekolah. Lebih kurang 20 suspek disoal siasat. Ada yang dibuang sekolah, ada yang ditukarkan ke sekolah Henry Gurney. Ada yang kene sawan babi waktu ditahan. Waktu ni aku pakai songkok bagi mengelakkan menjadi suspek. Yang korang gelak ni kenapa. Aku serius ni.

Seminggu Selepas Hari Kejadian.
Sekolah kembali tenang. Tiada lagi pergaduhan berlaku sejak hari kejadian sampailah sekarang. Sekolah telah berubah. Permusuhan hampir 20 tahun telah berakhir. Waktu ni rumah-rumah setinggan yang menjadi 'port' gangster telah dirobohkan dan mereka telah dipindahkan jauh dari situ. Hariyanto, kawanku yang hensem dan jiwang telah berpindah..huhu.

Fakta:
1. 0 Maut. 2 Koma. 4 cacat seumur hidup. 34 Cedera.
2. Sejak Minggu Pembersihan, hubungan kedua-dua pihak berjaya dipulihkan.
3. Aku tak terlibat.
4. SMK Tepi Kubur menerima Anugerah Sekolah Harapan Negara (2007).
5. SMK Tepi Kubur kini penuh dengan budak-budak penakut. Tak macam zaman aku.
6. Ramai warga sekolah yang tak menyedari akan kes ini.

Aku membesar bersama sekolah tersebut.Ada lagi cerita yang menarik untuk dikongsi. Bukan kisah gangster lagi. Tapi lain kalilah.

Thursday, January 20, 2011

4 Perkara Yang Kau Tak Patut Tahu Pasal Aku

5. Pernah dikejar oleh seorang pakcik Sex Maniac pada tahun 1998.

Kejadian ni berlaku pada tahun 1998. Waktu tu aku ingat lagi, sewaktu aku seronok main game di sebuah Shopping Complex, aku didatangi oleh seorang pakcik tu. Kalau tak silap aku ni mesti dari Sabah ni dari segi bahasa dan cara dia bercakap.

(ni bukan si Basri silat cekak tu).

Wah..Waktu ni aku rasa pakcik baik gila. Cakap menggunakan ayat-ayat yang manis tanpa meletak tangan di bahu dan anak mata pandang ke atas. Disebabkan dia ni bertaraf pakcik, aku takda la bimbang apa-apa sampailah tiba-tiba aku mendengar suara dari jauh.

"Arep si hensem..oi..arep si hensem.."
"Apa??"
"Sini laaaa...."

Aku pun berlari la kat dia. Tiba-tiba pakcik tu pegang tangan aku. Pergh...Ni bukan cerita lucah weh..Aku berjaya menarik tangan aku terus berlari ke arah kawanku.

"Weh..hang gila ka??"
"awat2..?"
" Hang tau tak pakcik tu.......... "

Perghh..Baru aku tahu. Sebelum ni kawan aku ni pernah hampir menjadi mangsa dia. Dia akan bawak budak-budak pergi makan. Kemudian mangsa kemungkinan akan dibawa ke sesuatu tempat dan diliwat!

Aku tengok pakcik masih senyum kat kami, kami terus berlari-lari pergi dari situ.

Mengucap panjang aku...hoho..




4. Tak pernah menangis sejak tahun 1994.

Kisah tahun 1994. Waktu seingat aku, aku ikut mak ayah aku pergi shopping dengan menaiki "ferrari" kuning ayah aku. Waktu ni aku tak ingat la..Yang pasni aku nakkan sesuatu sampai menangis dan taknak berjalan lagi. Ayah aku punya lah bengang sampai cubit perut aku. Waktu ni aku terangkat dan terus dia masukkan aku ke dalam kereta.Aku dapati perut aku berdarah. Aku pun berhenti menangis. Mulai dari saat itu, aku tak pernah menangis lagi sepanjang hidup aku. Sebab tu muka aku macam seorang yang takda perasaan je sekarang ni.




3. Fobia dengan cawan kaca sejak tahun 1993.

Sejak kecil aku duduk di rumah dengan nenek aku. Nenek aku punya lah garang. Aku selalu pecahkan cawan kaca nenek aku. Dalam sehari 2 cawan aku pecahkan dengan jayanya. Dan waktu tu mak aku cadangkan aku pakai cawan plastik je. Sampai bersekolah rendah, hingga ke sekolah menengah, kalau nak buat air, mesti aku gunakan cawan plastik. Sampailah sekarang, aku cenderung untuk gunakan cawan plastik. Aku bukan fobia, cuma aku tak biasa dengan cawan kaca.




2. Pemalu yang teramat sangat sejak lahir.

Aku dari kecik bukan sahaja dilahirkan kacak, tapi jugak pemalu. Tiap kali tetamu datang bagi salam, aku bukak pintu, lepas tu aku terus tutup dan kunci pintu. Dan aku menyorok di bawah katil. Tinggallah tetamu tu terpinga-pinga di luar. Haha. Sekarang ni taklah.

Cuma aku tak dapat nak pandang tepat ke mata seorang perempuan bila bercakap dengannya. Aku cenderung untuk pandang ke bawah daripada pandang matanya.

(bukan pandang bawah tu setan.Aku tau korang fikir apa).

Tapi aku dah berjaya atasi masalah ni. Sekarang dah takda masalah bila berhadapan dengan seorang perempuan.

Tapi kalau ramai...huhuhu..

p/s : aku akan padam post ni dalam beberapa jam lagi. Bertuah la kalau korang dapat baca..haha.

UPDATE : TAK JADI NAK PADAM.HUHU

Tuesday, January 18, 2011

Tanda-Tanda Kematian

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma
amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita
kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu
memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung
akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat
Baginda.

Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda
ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala
persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika
sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya
iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat
ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun
riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT
tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.




Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya
dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walau bagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang
Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan
Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan
sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua
orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh
iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran
atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru
disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati
maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka
yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini
akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan
kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan
masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur
dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan
mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita
antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi
malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini
terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya
untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan
jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya
yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat
membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah
SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang
piutang kita.

Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha
Berkuasa lagi Pemurah lagi Maha Mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh
mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu
samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya
adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi
hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan
tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan
Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu
datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari
kelemahan manusia itu sendiri.


Sumber :
KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH
OLEH : USTAZ ABDULLAH MAHMUD
KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA
DI SURAU ANSAR,LORONG KIRI 5,JALAN DATUK KERAMAT,
KUALA LUMPUR.

Sunday, January 9, 2011

Darjah Satu





Hari Pertama

1996.Tahun bersejarah dalam hidup aku. Aku ingat lagi, hari ni aku sangat teruja nak ke sekolah sebab nenek aku garang. Aku taknak duduk rumah sepanjang hari.hahaha.. Hari pertama ke sekolah, pagi tu mak aku tolong butangkan baju aku.

(maklumlah, pertama kali pakai baju ada butang.sebelum ni butang pun tak penah nampak.haha)

Rambut aku pendek sikat belah tepi! Rasanya ni kali pertama aku sikat rambut. Sebelum ni aku sikat guna tangan je. Aku pun sebelum ni tak tahu apa bentuk sikat. Aku ingat pisang sebab datuk aku penah cakap

"Ni Wan beli sikat pisang ni".

Masa ke sekolah, perasaan berdebar-debar tu ada jugaklah. Sepatutnya aku jalan kaki je pergi sekolah memandangkan ayah aku tak bangun lagi masa tu..hehehe..Maklumlah baru bukak bisnes balik mesti pukul 2pg keatas. Tapi pada hari tu ayah aku awal pulak bangun. Dan aku menaiki kereta kuning jenama apa entah. Ferrari kot.

(ayah aku kata Ferrari,aku percaya je la memandangkan aku pun takda bukti yang mengatakan ia bukan Ferrari).

Dah sampai sekolah, ramai budak-budak dipimpin tangan oleh keluarga mereka. Wah seronoknya aku dapat ramai kawan nanti! Sampai je ke kelas ramai budak menangis tak nak masuk kelas. Kecuali aku! Kecuali aku! Kecuali aku! haha.. Mungkin sebab aku dari kecil dah belajar hidup berdikari. Sejak lahir aku banyak didedahkan dengan keadaan yang ekstrem. Pernahkah anda berjalan seorang diri pada umur 4 tahun di Kompleks Membeli Belah? haha.. Itu lah "latihan" yang keluarga aku pernah beri kepadaku. Dikejar orang gila dan dikejar pak guard memang lumrah dalam hidup aku sebelum masuk sekolah. Tapi bukan Mak Ayah aku sengaja lepaskan aku berjalan sorang-sorang.Mak dengan Ayah aku ada bukak perniagaan di Kompleks Membeli Belah tersebut. DIwaktu mereka sibuk, itu la kesempatan aku untuk melarikan diri dari kedai untuk enjoy.hahaha.. Setakat umur 6 tahun, ada jugak la dalam 10 sebatan hinggap kat badan aku bila kantoi. Tapi itu adalah antara sebab-sebab aku menjadi setabah ini pada hari ini.

Hari pertama di sekolah amat menyeronokkan. Kami dipaksa dan terpaksa memperkenalkan diri masing-masing. Aku lupa nama aku siapa. Aku sebut AYEP je. Masa ni aku gagap! Aku memang gagap semulajadi. Aku tak sedar sejak bila. Memang kene gelak lah. Aku tengok kat tingkap ada mak aku. Dia senyum je. Aku senyum jugak. ^_^. 30 minit selepas itu, mak aku dah takda di tingkap. Mak orang lain ada lagi.

Waktu rehat aku rehat sorang-sorang. Aku duduk kat tepi kantin je. Atas lantai. Makanan takda ni. Sedihlah ayat aku ni. Macam tak sanggup nak tulis lagi..huhu.. Aku tak tahu macam mana nak beli makanan. Lepas tu, mak aku tiba-tiba datang bawakkan nasi lemak. Wah..kegemaran aku tu! Kami makan sambil sembang-sembang ditepi kantin diatas lantai sepanjang waktu rehat. Selepas loceng berbunyi, mak aku pun balik. huhu..

Mak orang lain ada lagi.Mak aku je takda.

Waktu balik aku balik berjalan kaki seorang diri. Ingat lagi, aku adalah satu-satunya murid darjah satu yang berjalan kaki ke rumah. Sampai ke rumah, aku dimarah oleh ayah aku sebab dia tunggu aku waktu habis sekolah. hehe..

Mungkin aku sudah terbiasa...

Jom Baca!