U follow me, I follow U.

Suka tak?

Wednesday, March 30, 2011

Tauhid Seorang Anak

Fatehah. Umurnya baru genap 5 tahun pada 2011. Seorang yang manja dengan ibunya. Ayahnya meninggal sewaktu dia berumur 2 tahun. Dengan keadaan keluarga yang kecil dan sederhana, Fatehah hanya tinggal berdua dengan ibunya. Ibunya terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi. Tapi ibunya tak pernah tinggalkan Fatehah sendirian. Hal ini membuatkan Fatehah begitu sayang kepada ibunya.

Fatehah hanya pernah kenal ibunya sahaja kerana mereka tinggal jauh daripada keluarga ibu dan arwah ayahnya. Jadi hubungan mereka sangat rapat hinggakan Fatehah dapat memahami ibunya walaupun usinya masih muda.

Suatu hari, ibunya tiba-tiba menerima satu panggilan untuk menghadiri mesyuarat penting. Si ibu tahu bahawa kejayaan mesyuarat itu mampu mengubah nasib keluarga mereka sekeluarga.Segala kerjanya di rumah ditinggalkannya. Dan rumahnya terus dikunci. Tiba-tiba dia teringat akan anaknya yang masih berada di rumah.

Terus dia mendapatkan Fatehah di bilik. Kelihatan Fatehah sedang bermain sendirian sambil menatap potret ibunya. Perasaan sayu tiba-tiba meruntun perasaan ibunya. Tapi dia harus kuatkan hati untuk berhadapan dengan anaknya."Aku kene pergi sekejap tanpa anakku!", ujarnya dalam hati.

" Assalamualaikum Fatehah"

" Waalaikumussalam Ibu", jawab Fatehah dengan pelat budaknya.

" Ibu nak keluar sekejap, Fatehah boleh duduk di rumah? ", tanya ibunya.

" Boleh! Ibu pergilah!", jawab si kecil tu dengan yakin.

" Fatehah berani ke tinggal sorang-sorang?", tanya ibunya lagi.

" Insya Allah, Fatehah tak kisah ibu nak pergi. Sebab Allah kan ada.. ", senyum Fatehah menjawab.

Sentap hati seorang ibu bila seorang anak berkata dia tidak kisah jika ibunya nak pergi. Si ibu tiba-tiba menggigil apabila mendengar kata-kata anaknya itu. Si ibu terus membatalkan hasratnya untuk keluar dan memeluk anaknya. ^_^

Kisah ni memang mudah. Tak menarik pun. Tapi, kisah ini ada simboliknya sendiri sama ada kita sedar ataupun kita masih belum sedar.

p/s: Kenapa tiba-tiba aku suka bercerita ni.Hahaha.

Sunday, March 20, 2011

Teknologi Malaysia Setaraf Dengan Jepun!



Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia yang diadakan di Langkawi, Malaysia. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang berehat dan menikmati teh tarik masing-masing sebelum mesyuarat itu bermula. Seperti biasa, masing-masing cuba menunjukkan kelebihan negara masing-masing dan tercetusla perdebatan tajuk tersebut.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan terjumpa banyak cips, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal Teknologi Robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan terjumpa jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal Teknologi Nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan berada di Malaysia, saya mempersilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, kedua-dua orang tukang itu dipanggil oleh semula)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?

Tukang gali : Tidak ada apa-apa

Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?

Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil membuat muka angkuh pandang ke arah menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Malaysia setaraf dengan mereka :P
Sudah jadi sikap orang Malaysia suka membandingkan negara sendiri dengan negara lain. Apa yang Malaysia ada, semua nak kondem. Tapi mengagungkan apa yang negara lain ada.

Thursday, March 17, 2011

Kidal Bukan Cacat Tapi Unik

Majoriti orang di dunia ni banyak menggunakan tangan kanan atau dalam bahasa Inggerisnya 'Righthanded'. Tapi ada 8-15 peratus masyarakat dunia ni yang kidal termasuklah aku!


Gambar apa lah yang aku upload ni. Bukannya pandai cakap Omputih pun.


Masa kecil dulu, perkara yang paling susah nak buat adalah makan menggunakan tangan kanan. Perghh..Wadahel lah! Memang nampak macam orang lumpuh ja. Kadang-kadang kalau mak aku takda, aku bantai juga guna tangan kiri. Hahaha. Banyak kali juga aku kena 'babap' sebab sering menggunakan tangan kiri. Kalau tak silap aku sedar aku ni kidal sewaktu berada di Darjah 1. Baru nak sedar. Tapi yang paling jadi masalah adalah apabila menggunakan sudu. Sampai sekarang aku masih kekok menggunakan sudu. Sebab tu aku makan agak lambat. Kadang-kadang 'fed-up' juga. Sabar je la..

Waktu darjah 1 rasanya paling seksa bertangan kidal ni. Susah nak menulis. Mungkin ramai yang tak perasan sebenarnya cara orang kidal memegang pen ni berlainan. Dalam erti kata lain, Unik la. Mungkin sebab menulis dari kiri ke kanan. Kertas yang ditulis juga kotor sebab selalunya tangan akan mengesat kertas tersebut sewaktu menulis. Bila habis tulis karangan ja, tengok tangan hitam sebab terkena dakwat pensel 2B. Haha. Lagi-lagi bila menggunakan dakwat basah. Seksa gila. Ingat lagi kawanku pernah berkata kepadaku.

" Arep, kau memang cacat ke?"

Wadahel?! Tapi waktu tu kecil lagi, aku tak tahu macam mana nak menjawab. Aku pukul terus ja budak tu. Padan la muka tu. Hahaha. Tapi dalam hati sedih juga. Balik-balik ja rumah terus aku tanya mak, mak yang beritahu aku ni kidal. Untuk pengetahuan, aku pernah cuba menulis menggunakan tangan kanan. Memang seksa habis! Kalau ada muka Exco-Exco aku kat depan aku waktu tu, memang aku terajang sungguh la. Bengang punya pasal. Akhirnya, bila dah tak larat, aku tulis ja guna tangan kiri.

Aku nak buat cerita sedih ni. Kami yang kidal ni hari-hari terpaksa berlatih menggunakan barang yang dicipta untuk pengguna tangan kanan. Nak buka pintu, nak 'flush', nak menggunakan iron, gunting, pisau, pistol dan lain-lain memang kurang selesa. Paling seksa bila menggunakan sudu la. Haha. Lagi rela aku mengheret muka aku diatas Tar jalan daripada menggunakan sudu.

Namun demikian, amboi dah macam karangan BM pulak. Mengikut kajian, orang kidal ni mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding dengan orang normal. Kami menggunakan lebih banyak otak sebelah kanan daripada kiri. Kalau tak silap aku, otak sebelah kanan ni mengawal :

Kreativiti,
Kawalan Emosi,
Enterpretasi Muzik
Imaginasi
Logik
Ilmu falsafah dan Agama.

Tapi dari kecil, yang menjadi masalah aku adalah subjek Matematik! Sampai sekarang 8+11 pun aku terpaksa menggunakan jari. Mungkin ada orang yang perasan, ingat aku sengaja buat lawak ke waktu tu? Huhuhu. Kalau nombor memang aku bermasalah sikit, tapi kalau melibatkan simbol, bentuk heksagon dan lain-lain memang aku boleh dapat C+ kot. Lulus tu dah kira bagus dah tu. Kali terakhir aku dapat A pun waktu Matematik Tingkatan 1. Tu pun Matematik entah apa-apa. Lepas tu tenggelam timbul ja.

Perasan tak dalam bilik kuliah ada kerusi yang bersambung dengan meja? Penggunaan kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada. Kalau tak percaya, cuba perhatikan kawan-kawan kidal anda. Sebab tu aku malas nak menulis bila dalam bilik kuliah. Dengar ja la apa yang pakcik tu cakap.

Ada lagi satu ciri-ciri orang kidal ni adalah rata-rata daripada kami adalah GAGAP! Sewaktu kecil aku memang gagap. Kadang-kadang terpaksa 'pending' dulu untuk bercakap, bila da pasti dengan ayat yang mahu disebut, baru aku cakap. Yang tak best bila dia menjawab lepas tu tanya aku balik. Haram. Mesti aku gagap balik.

'Waa..wa..mm...wada...wadahel?!" Hahaha.

Kadang-kadang aku rasa macam nak tampar je orang yang tanya soalan balik kat aku. Dah la tanya aku soalan, lepas tu dia buat muka blur pula.Sampai sekarang aku masih gagap tapi aku pasti takda siapa pun yang perasan. Kan? Cuba tahap gagap tu tak ketara macam di Darjah 2 dulu. Kadang-kadang aku sendiri lupa yang aku ni gagap. Hahaha.

Tapi ada juga kelebihan orang kidal ni. Yang pertama sekali yang akan membuatkan semua jeles adalah kami boleh menulis sambil makan nasi. Hahaha. Jeles kan? Selain tu, aku baca dalam satu Jurnal bertajuk dalam majalah Neuropsychology, orang kidal lebih bijak mengendalikan pesawat tempur berbanding dengan orang biasa. Patutlah Hitler dulu meletakkan syarat "Kidal" untuk menjadi seorang juruterbang tempur! Jeles lagi kan? Haa..Ada lagi, orang kidal juga lebih pakar membuat dua kerja dalam satu masa. Contohnya menulis sambil bercakap dan sebagainya. Jadi kalau ada orang membebel, aku buat-buat fokus sambil fikir benda lain. Waa... mesti kene bebel lagi ni kalau dia baca.

Orang kata orang kidal ni ada tabiat berjalan semasa tidur sewaktu kecil-kecil dulu. Haaa..Tabiat aku sewaktu kecil. Pernah sekali aku mengigau sampai nak buka pintu rumah! Nasib baik tak dilanggarnya dek lori. Kalau dilanggar, takdalah orang kacak kat Malaysia ni lagi. Hahahahaha..Yela..Aku tahu korang menyumpah aku sekarang ni. Nak bergurau sikit pun tak boleh. Yela-yela.Aku tak kacak. Sob..Sob..Sob..Hensem tu ada..Tapi dulu je la mengigau teruk sampai macam tu, sekarang tak lagi.

Menurut Australian National University pula, orang kidal lebih cepat memproses maklumat dan bertindak. Aku perasan juga. Hal ini kerana kami menggunakan kedua-dua belah otak lebih banyak daripada orang biasa. Sebabnya, orang kidal banyak berlatih menggunakan tangan kanan. (ingat tak semua barang di dunia ni dicipta untuk pengguna yang menggunakan tangan kanan). Jadi kami lebih menggunakan keseluruhan fungsi otak berbanding dengan orang biasa. Kesimpulannya, proses penyampaian maklumat juga menjadi lebih cepat..Eh, pandai-pandai je aku buat kesimpulan sendiri. Yang korang pula mati-mati kena tipu dengan aku. Hahaha..

Selain tu, kami lebih mudah menulis tulisan jawi. Mungkin sebab tulisan jawi bermula dari kanan ke kiri. Dalam bidang peperangan pula, apabila 'lefthanded' dan 'righthanded' bertemu, kemenangan mungkin lebih berpihak kepada individu kidal. Sebabnya, mereka terpaksa menggunakan tangan kanan apabila berlatih dalam latihan peperangan. Oleh itu, mereka lebih bersedia bertempur dengan orang yang menggunakan tangan kanan manakala orang biasa akan menghadapi masalah apabila bertemu dengan orang kidal.

Ramai juga tokoh yang kidal seperti Aristotle, Albert Einstein, Isaac Newton, 9 Presiden Amerika Syarikat, Saidina Umar Al-Khattab,, Leonardo da Vinci dan sebagainya. Walaupun peratusan orang kidal ni sedikit, tapi mampu untuk menonjolkan diri dalam sejarah dunia. Menarik kan?

Yang paling tak best bila ada kajian yang mengatakan bahawa orang kidal ni hidup 9 tahun kurang daripada orang biasa. Nampaknya aku kena beritahu bakal isteri aku dulu ni. Walau apa pun, aku tahu aku ni tergolong dalam spesis unik dan bertuah sebab aku mampu menggunakan kedua-dua tangan aku dalam membuat apa-apa perkara pun kecuali menulis dan menggunakan sudu.

Satu lagi fakta adalah kesemua orang kidal berbangga menjadi kidal, manakala ramai orang biasa mahu menjadi kidal. Kan? Kesimpulannya, apa yang diberi oleh Allah, itulah yang terbaik untuk kita. Kidal bukannya cacat, tapi unik.

Wednesday, March 16, 2011

Baik Tak Payah Sembahyang Kalau...




Nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita lihat sembahyang kita,nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardhu.

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta,main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah,bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.


Golongan 4
. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham,fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ni.

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana
faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk,sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak perdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi
kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.


Golongan 7
. Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.


Golongan 8
. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya,malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yg dinamakan golongan mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah)

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat,sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah,melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Baik tak payah sembahyang kalau... (anda sambung)

Monday, March 14, 2011

Marah



Dalam kehidupan seharian, pasti kita berhadapan dengan perkara-perkara yang membangkitkan kemarahan. Kita juga sering menghubung-kaitkan marah ini sebagai satu perkara yang negatif.

Ternyata Islam juga mencela sikap marah sebagaimana firman Allah: (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath: 26)

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t. mencela keangkuhan golongan kafirun terhadap golongan yang beriman yang mana ia timbul akibat kemarahan mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang telah menyerang institusi keagamaan, masyarakat dan sosial mereka.

Kebaculan

Sementara itu, Allah juga memuji sifat tenang dan tenteram yang telah dikurniakan kepada golongan mukminin. Ternyata menerusi ayat ini sifat marah dinilai secara negatif. Namun begitu adakah Islam ingin membasmi sifat marah secara total?

Sebelum itu mari kita lihat jenis-jenis manusia berkaitan dengan sifat marah :

* Golongan Pertama: Tafrith

Iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang terkenal dengan sikap tawaduk tetap mempertahankan maruah agama dengan menentang musuh-musuhnya sekiranya perlu.

Firman Allah: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). (al-Fath: 29)

Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan sikap yang penuh kebaculan dan terlalu merendah diri. Sedangkan Islam melihat perlunya sikap cemburu demi untuk melindungi kehormatan ahli keluarganya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya dia (Sa’ad) adalah seorang yang kuat cemburunya dan saya adalah lebih kuat cemburunya (berbanding dengan Sa’ad), dan Allah adalah lebih cemburu lagi daripada saya (iaitu sekiranya Dia melihat hamba-Nya melakukan perbuatan maksiat). (Riwayat Muslim)

Jelas di sini sifat tafrith atau langsung kehilangan sifat marah adalah tercela di sisi syarak.

* Golongan kedua: Ifrath

Iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya.

Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah.

Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.

Disebabkan buruknya akibat sifat marah yang melulu ini maka Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan agar perasaan itu dikawal dengan baik. Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada Baginda s.a.w, lantas Baginda bersabda: Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah. (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).

Allah juga memuji mereka yang dapat mengawal perasaan marah melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran: 133-134)

Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah :

1. Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
2. Diam atau tidak berbicara.
3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah



* Golongan ketiga: I’tidal


Iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Kehormatan

Kemarahan yang tergolong dalam kategori terpuji adalah kemarahan yang timbul hanya kerana menurut perintah Allah dan untuk membela agama Islam serta umatnya.

Oleh itu hendaklah kemarahan yang ada dalam jiwa seorang muslim itu bertindak untuk menolak gangguan orang lain terhadap kehormatan dirinya, keluarganya serta umat Islam keseluruhannya dan menghukum mereka yang ingkar kepada perintah Allah.

Firman Allah: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah: 14-15)

Di antara sifat Rasulullah s.a.w. ialah Baginda tidak menunjukkan kemarahan dan melakukan pembalasan hanya kerana kepentingan peribadinya. Segala kemarahannya adalah kerana mempertahankan hukum-hukum Allah.

Saidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan bahawa: Dan tidaklah baginda membalas dengan hukuman untuk (membela) dirinya di dalam sesuatu sama sekali kecuali jika perkara-perkara yang diharamkan Allah dilanggar, maka baginda akan membalas dengan hukuman terhadap perkara itu kerana Allah. (Riwayat Bukhari)

Apakah yang dapat kita simpulkan tentang sifat marah ini? Sekiranya sifat marah itu hilang sama sekali dalam jiwa seseorang maka ia termasuk dalam perbuatan yang tercela dan menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang lemah pegangan agamanya, penakut, lemah imannya dan kurang cintanya terhadap agama Allah.

Begitu juga sifat marah yang berlebih-lebihan tanpa batasan ia juga mengundang bahaya serta boleh menimbulkan suasana yang kacau-bilau. Oleh itu, sekalipun sifat marah itu perlu ada pada diri seseorang tetapi ia sentiasa diarahkan kepada perkara yang kena pada tempatnya. Dikawal oleh akal yang bijaksana dan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Inilah sikap pertengahan yang adil lagi terpuji malah ia merupakan ciri-ciri umat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu umat yang bersikap penuh kesederhanaan dalam semua perkara. Firman Allah: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil (pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (al-Baqarah: 143)

Oleh itu sewajarnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamal sifat marah yang i’tidal ini.

-MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS ialah Penolong Naib Presiden di Bahagian Perbankan Perusahaan, Affin Bank Berhad

Lelaki Memang Tak Guna!




1. Lelaki memang tak guna perempuan untuk memuaskan hawa nafsunya. Surah al-Isra ayat ke-32 difahami mereka. Mereka tahu bahawa balasannya begitu hebat hingga mereka begitu takut untuk melakukannya. Mereka juga berpegang kepada sebuah hadis, Baginda s.a.w. ada bersabda: Wahai orang yang beriman,takutilah kamu akan zina, kerana akibat daripadanya ada enam perkara, tiga di dunia dan tiga lagi akan berlaku di akhirat. Ada pun yang berlaku di dunia ialah kehilangan keceriaan wajah, pendek umur dan sentiasa dalam keadaan susah, manakala tiga balasan di akhirat ialah kemurkaan Allah,balasan yang buruk, juga azab di neraka. Lelaki mencari 70 orang bidadari yang menunggu mereka di dalam Syurga kelak.

2. Lelaki memang tak guna kata-kata kesat dalam setiap pertuturannya. Mereka tahu mengawal kemarahan. Mereka sentiasa sedar akan kehadiran Syaitan Laknatullah pada setiap waktu. Mereka tidak berteriak dengan kata-kata kasar dan kesat. Suami melayani isterinya dengan sebaik-baik layanan. Lelaki adalah golongan I'tidal iaitu golongan yang bersikap sederhana dalam mengawal kemarahannya di antara tafrith dan ifrath. Lelaki tidak menghilangkan sikap marah secara keseluruh tetapi hanya akan marah dalam keadaan yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

3. Lelaki memang tak guna sejadah sebagai hiasan di rumah. Lelaki tidak mahu hilang cahaya keimanan diwajah mereka. Lelaki tidak mahu 'tiang agama' mereka roboh. Mereka juga sedar akan berkat usaha dan rezeki yang mungkin ditarik balik jika mereka hanya meletakkan sejadah mereka sebagai hiasan. “Barangsiapa yang tidak mahu berhukum dengan apa yang telah Allah turunkan, maka mereka itu adalah orang orang yang kafir.: (Al Maidah 44).

4. Lelaki memang tak guna duit untuk pergi berjudi. Fikiran mereka lebih terarah kepada isteri dan anak-anak tercinta. Lelaki risau apakah rezeki yang diberikan kepada keluarga mereka itu halal atau tidak. Lelaki takut darah haram mengalir dalam keturunan mereka. Kerana lelaki memang sayangkan mereka dan takkan sekali-kali mengkhianati tanggungjawab mereka. "Hai orang-orang mukmin! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh itu apakah kamu mahu berhenti?" (Al-Maidah: 90-91)

5. Lelaki memang tak guna rokok untuk dihisap. Lelaki sayangkan keluarga mereka. Lelaki tidak mahu keluarga mereka menjadi 'perokok pasif'. Mereka juga tahu bahawa menghisap rokok itu adalah haram. “Dan Janganlah kamu menjatuhkan diri sendiri dalam kebinasaan”(Al- Baqarah :195). Lelaki tidak mahu diserang pelbagai jenis kanser pada waktu muda. Betapa sayangnya mereka kepada Islam apabila mereka mengatakan "Tak Nak" kepada rokok. Jika teringin nak merokok, kenapa tak mencuba coki-coki atau lolipop? Bukankah bentuknya seperti rokok? Jika mahu asap pula, kenapa tak masukkan tangan saja ke dalam api. Mungkin boleh pra-test kehidupan di neraka kelak.



p/s: Entry ini merupakan permintaan Cik Ain dan ditujukan kepada semua pembaca. ^_^

Siapa yang Merenung di Belakangku?




Kejadian benar yang berlaku di sebuah bilik di Desasiswa Fajar Harapan, Universiti Sains Malaysia.

Malam ni sungguh terasa begitu tenang, tidak seperti malam-malam yang lain. Hujan yang turun beberapa jam sebelum itu cukup untuk membuatkan keadaan menjadi sepi. Terasa ia begitu sepi berbanding malam-malam yang lain. Memang lain.

Di kala aku sedang membuat sedikit kajian berkenaan 'Defects Technology and Schematic Schedule of Building Maintenance', tiba-tiba terasa ada seperti orang dibelakangku. Pelik sebab waktu tu sudah pukul 11.45 malam dan tiada seorang pun di dalam bilik ni kecuali aku. Walaupun berada dibelakangku, aku dapat rasa kehadirannya. Dia seperti betul berada di belakang badanku. Namun, aku cuma buat tak perasan sebab kerjaku begitu banyak hingga tiada masa untuk fikirkan perkara lain.

Tiba-tiba aku rasa dia seperti menepuk perlahan belakangku! Pergh... Akibat terkejut, jariku terhiris di sudut meja hingga tercalar sedikit. Namun aku masih tidak toleh ke belakang. Sebenarnya aku perasan kehadiran 'benda' tersebut sepanjang hari ni. Kalau tak silap sudah 70 kali dia mengekoriku sepanjang hari ni. Emmmm.... Malam yang tenang tiba-tiba rasa seram sejuk pula. Hati ku mula rasa tidak tenang. Tapi aku masih tidak menoleh kebelakang...

Dia masih dibelakangku tetapi aku perasan dia mengundur kebelakang. Dia duduk betul-betul di sudut bilik. Aku menoleh sekilas pandang kepadanya. Betul! Memang dia ada. Ni bukan hanya perasaan aku! Dia kelihatan begitu marah kepadaku. Pandangannya tajam, merenung tepat kearahku. Erk? Hatiku berdebar kencang. Sekencang tsunami tapi setenang lautan dalam. Aku hanya mampu terduduk diam di kerusiku.

Apa salah aku ni? Siapakah dia? Dia senyap tanpa kata-kata. Aku cuma mampu berdoa dan bertawakal agar mampu mengharungi malam ini dengan selamat. Angin yang kuat beserta air hujan tiba-tiba menerbangkan langsir bilikku. Semua kertas-kertas kerja yang berada di mejaku basah dan bersepah-sepah dibilikku. Rosak semua kerja-kerjaku.

Aku cuba keluar. Tapi pintu bilikku terkunci rapat. Aku cuba menggunakan sepenuh tenaga tapi tidak mampu untuk membuka pintu! Pandanganku melirik kepadanya. Dengan wajah yang sangat menyeramkan, dia meluru kepadaku.Kurasakan sepantas kilat dia merentap tubuhku. Terasa melayang. Aku sudah terlambat. Tiba-tiba pandanganku menjadi gelap gelita.

Rupa-rupanya dia....ce teka..ce teka..
Cerita tak seram tapi ada sesuatu nak disampaikan.

Sunday, March 13, 2011

Perempuan Memang Tak Guna!




1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang
kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai
oleh perempuan jalang.


2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililit kan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.



3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini
mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi.
Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.



4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja
yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.Lelaki atau
perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @jahat, adalah seperti
sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang
baik dan buruk dinyatakan dengan jelasdalam ayat 24-26 surah Ibrahim.



5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya
sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.Sememangnya ia menjadi tatapan mata
lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti
melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk
di bahagian dadanya.Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.


7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki.Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya). Dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk'di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati"adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbangdgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.



8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan
di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita
muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti
dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up
secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek.
Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu.Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?



9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang
digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini,
akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.
Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan
menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan
rapi di dlam sangkar,dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka
demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna
dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara
yang terbaik.

Mengapa Mengeluh?

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab , “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” Surah al-Ankabut , ayat 2-3.

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab ,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah , ayat 216.

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab ,” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.

Kita bertanya : Kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab ,” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “Surah Ali Imran , ayat 139.

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab ,” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Surah al-Baqarah ayat 45.

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab,” Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .” Surah at-Taubah, ayat 129.

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab ,” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah at-Taubah , ayat 111.

Kita berkata : Aku tak tahan!
Quran menjawab ,”....dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf , ayat 12.

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini?
Quran menjawab,” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ Surah al-Insyirah, ayat 5-6.

Mencabar atau Dicabar?

Satu gergasi besar telah 'mengangkat' taringnya. Namun puing-puing yang tercarik dek taring tersebut meninggalkan kesan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Kerosakan, kesengsaraan dan tangisan telah menghiasi bibir-bibir duka. Yang gah kini terhempas!

Mengapa ini berlaku?



Lokasinya yang indah begitu menarik perhatian mata yang memandang. Ekonominya yang kukuh hingga dianggap antara tempat yang termahal kosnya. Sekeping roti arab yang boleh dimakan sehingga 4 orang berharga hampir RM500 jika ditukar kepada Ringgit Malaysia. Kecanggihan teknologinya mungkin telah meletakkan matlamat menghalalkan cara. Tinggi pengetahuan teknologi tetapi cetek pengetahuan agama.

Jepun. Negara yang mengiktiraf Perniagaan Seks sebagai salah satu industri mereka. Industri! Kerjaya sebagai pelakon lucah tidak dianggap kesalahan hingga ada ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang berkenaan. Agak hebat penangan industri mereka! Mereka adalah penyumbang terbesar kepada salah laku masyarakat seluruh dunia! Hingga sebuah negara yang 'mengamalkan ajaran Islam sebenar' mengaggap mereka sebagai idola dan berebut-rebut untuk mendapatkannya.

Cukai daripada industri tersebut merupakan antara yang terbesar yang menyumbang KDNK negara berkenaan. Hasil KDNK tersebut pula digunakan untuk membantu industri lain dalam meningkatkan daya saing mereka di pentas dunia. Toyota, Mitsubishi dan lain-lain mungkin menggunakan 'wang panas' tersebut dalam membangunkan produk mereka.


Naaahhh!! Satu bencana daripada yang Esa. Bagaimana sebuah negara yang dikatakan mempunyai ciri-ciri keselamatan pembinaan bangunan yang baik boleh roboh dalam sekelip mata? Mungkin mereka terlalu mendabik dada. Bagaimana negara yang mempunyai sistem pentadbiran yang baik, dikritik hebat atas kelewatannya menghantar bantuan? Mungkin robot Asimo mereka sedang dibaiki atau menonton Hikayat Merong Mahawangsa? Mungkin mereka sedang mencabar. Mencabar siapa? Rasanya mereka telah tersilap cabar.

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".- Al-Hijir (4).

Bagaimana pula bencana yang bakal dihadapi negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, tetapi tidak menegakkan hukum Islam? Apakah bangsa terakhir yang memeluk Islam secara besar-besaran? Namun mereka masih mencabar...Aku belum kahwin weh..

Monday, March 7, 2011

Darjah Dua



Gambar ini dengan pastinya dirakam masa aku darjah 2. Secara jujurnya aku tak dapat ingat beberapa nama dalam gambar ni. Tapi ada sesuatu yang boleh diceritakan pada tahun 1997 ni.

Zaman ni aku takda la nakal sangat pun. Senyap je. Waktu ni boleh dikatakan pertama kali aku kenal erti persahabatan. Aku berada dalam kelas 2 Ros. Aku pun tak tahu kenapa aku dicampakkan ke kelas pertama ni. Padahal aku cuma dapat nombor 8 je sewaktu di darjah 1 Seroja.

Dalam gambar ni, nampak tak makhluk yang pakai baju kurung merah tu? Namanya Cikgu Aminah. Aku selalu tersilap panggil dia Cikgu Ros. Cikgu ni pernah mengajar aku sewaktu di darjah 1 dulu. Jadi bila dia tiba-tiba menjadi guru kelas aku sewaktu di darjah 2, terasa hampir reput tulang aku ni haa. Punyalah garang. Aku berdiri salah, aku duduk pun salah, tulisan aku buruk salah, aku berlari-lari salah, aku usik kawan pun salah, boleh dikatakan hampir semua yang aku buat, semua salah. Haha. Yang pasti cikgu ni penyumbang utama yang mengajar aku cara untuk menahan caci maki dengan senyuman. Hahaha.

Kelas aku ni berdepan dengan padang sekolah. Waktu yang ditunggu-tunggu oleh kami adalah waktu rehat! Sebabnya, permainan yang paling popular pada waktu tu adalah Konda-Kondi. Kami rela tak makan sepanjang hari semata-mata nak main permainan tu. Ada sehari tu, habis baju aku kotor sebab banyak kali terjatuh sewaktu bermain. Kena pulak masa baru lepas hujan. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kene lecak.Balik ja rumah, terus nenek aku tak bagi masuk rumah. Waktu ni lahirlah satu peribahasa ke alam nyata yang nenek aku buat sendiri berbunyi :

"Biar miskin asal bergaya".

Nenek aku memang tak suka aku pakai baju kotor walaupun sedikit. Kalau kasut aku koyak pun, cepat-cepat dia suruh mak aku belikan aku kasut baru. Tapi aku lagi suka pakai kasut koyak. Bagi aku selagi baju, seluar atau kasut tu boleh dipakai, aku takkan beli baru. Sebab tu korang asyik tengok aku pakai baju sama ja. Sebab baju aku memang tak banyak.

Satu lagi permainan yang popular pada waktu ni adalah Gasing. Tapi disebabkan permainan Gasing ni diharamkan di sekolah kebangsaan, kami cuma bermain Gasing di sekolah agama. Sekolah bermula pada 2.30 petang. Tapi pukul 1.45 kami dah terpacak kat sekolah semata-mata nak main gasing. Oleh sebab waktu sekolah tamat pada jam 6.30 petang, tak banyak masa yang kami dapat luangkan bersama. Jadi kami cuma akan bermain di sekolah.

Perasan tak, dalam gambar di atas, aku tak butangkan dua butang atas? Sebenarnya aku kene tipu dengan seorang perempuan. Dia kata kalau nak nampak kacak, kene tunjuk dada dan buat senyuman menggoda serta rambut disikat belah tepi. Sepanjang tahun 1997 ni memang aku tak butangkan dua butang atas. Haram seorang perempuan pun tak nak dekat ngan aku. Banyak kali aku kene tengking dengan Cikgu Aminah tu di atas perlakuan tak senonoh aku ni. Hahaha. Ingatkan aku seorang ja kene tipu, rupa-rupanya orang yang berdiri paling hujung sebelah sana pun dua kali lima juga dengan aku. Sama-sama kena tipu.

Dalam gambar ni ada gambar seorang rakan. Dia adalah rakan pertama yang bagi aku hadiah sewaktu hari jadi aku. Hadiahnya adalah sebuah/sekeping/sehelai 'Wau' yang dia buat sendiri. Uhuuu.. Terkejut juga aku. Terima kasih! Sampai sekarang aku ingat jasanya. Waktu ni baru aku kenal erti persahabatan dan pentingnya seorang sahabat. Aku selalu balik ke rumah bersamanya memandangkan rumah aku dan rumahnya lalu di jalan yang sama. Kini dia adalah seorang graduan daripada UiTM dalam bidang Muzik.


Nak cerita semua, memang sampai tahun depan pun takkan habis. Biarlah kenangan di Darjah 2 ni kekal terpahat dalam ingatan. Yang pasti dalam gambar-gambar ni, ada gambar seorang bakal Jurutera, Guru, Arkitek, Juruukur, Akauntan, Juruteknologi Industri, Ahli Muzik dan sebagainya. Bagi aku, waktu sekolah rendah bukan untuk belajar, tapi untuk kita belajar erti hidup. Belajar untuk bergaul dan memahami orang lain.



Tuesday, March 1, 2011

Pilihan Raya Kampus Dari Perspektif Lain

Sebenarnya amat jarang aku mengulas pasal politik. Ramai sedia maklum akan telah berlangsungnya Pilihan Raya Kampus (PRK) di kebanyakan IPTA yang telah berlangsung dengan jaya atau tidaknya. Terdapat beberapa perkara yang perlu diulas berkenaan dengan senario politik di kampus. Mungkin kita sedar atau tidak sedar, ada sesuatu yang berlaku disebaliknya.



1. Calon
- Terdapat 4 jenis calon.
Pertama, orang yang gilakan kuasa. Orang jenis ni memang kita dapat lihat dimana-mana. Boleh dikatakan dia sentiasa dimana-mana. Dia mahukan suaranya didengari, dia juga mahukan pendapatnya diterima. Orang sebegini selalunya mempunyai pengaruh yang besar daripada kawan mahupun musuh. Sebelum tibanya hari pengundian, calon ini lah yang sentiasa nampak macho kepada semua orang. Adik-beradik kepada Edwin Joko Anwar.
Kedua, orang yang rasa ada sesuatu harus diperjuangkan. Orang sebegini selalunya merupakan minoriti dalam PRK. Mereka kadang-kadang mempunyai senarai manifesto yang tersendiri tapi logik untuk dilaksanakan.
Ketiga, orang yang mudah untuk dipergunakan. Maaf untuk diperkatakan, tetapi mereka ini selalu mengemukakan manifesto yang telah sedia terlaksana ataupun manifesto yang mustahil untuk dilaksanakan. Orang-orang sebegini selalunya dipengaruhi pihak-pihak tertentu agar bertanding bagi pihak mereka. Calon-calon sebegini selalunya langsung tak faham mengenai apa yang berlaku di universiti. Segala percakapan dan tindakan mereka dikawal pihak-pihak tertentu.
Keempat, orang yang tiada adab. Calon sebegini meletakkan matlamat menghalalkan cara. Mereka lebih senang mengkritik pihak lawan dan mengangkat bakul sendiri. Seperti calon jenis ketiga tadi, mereka dikawal oleh pihak-pihak tertentu. Mereka ni merupakan monyet yang terpekik terlolong hingga hilang adab mereka sebagai orang timur. Kalau terserempak, dah lama aku terajang. Orang sebegini selalunya selalu menyebut "Happy Birthday to Me". Di akhirnya, mereka akan ber"whellcaa".

2. Penyokong.
Terdapat 4 jenis penyokong.
Pertama, kawan-kawan kepada si calon. Mereka ini berpolitik semata-mata kerana kawan mereka yang bertanding. Mereka ini merupakan majoriti orang-orang yang memenuhi padang kawad sewaktu rapat umum. Sama ada mereka kawan calon, atau kawan kepada kawan si calon.
Kedua, golongan yang merupakan penyokong kuat satu kumpulan. Mereka ini yang selalunya buat onar kepada pihak lawan, Menyebarkan fitnah dan menyangkut poster dan bahan-bahan kempen di merata tempat. Kadang-kadang macam bodoh pun ada. Ye la.. Bahan kempen berasaskan kertas, bila hujan hancur la kertas tu. Yang bijaknya, mereka akan menyalahkan orang lain. Ni kaki tengok DVD ni.
Ketiga, penyokong yang suka menyumpah. Ni merupakan golongan majoriti dalam kalangan pengundi. Golongan ini orang yang suka menyumpah bila melihat perkataan "mentega..mentega". Golongan ini selalunya akan menyokong orang yang tiada bahan kempen kerana terlalu menyampah dengan calon-calon 'high profile'.
Keempat, penyokong yang menyokong berdasarkan kaum. Mereka mahukan suara kaum mereka didengari. Namun, disebabkan mereka tidak bersatu seperti PRK lepas, tiada calon mereka dalam Kerusi Umum. Walaupun sibuk menyebarkan bahan kempen di bilik-bilik, menampal di mangkuk-mangkuk tandas, mahupun di batang-batang penyapu, mereka tetap tewas. Penyokong jenis macam ni la selalu dapat sumpahan daripada warga kampus. Golongan jenis ini sebijik macam Abi Hurairah dan Usop pabila mendengar lagu "Soley Soley".


3. Pengundi.
Ada 4 jenis pengundi.
Pertama, kawan-kawan kepada calon. Mereka teringin nak tengok apa akan jadi jika kawan mereka memegang status selaku MPP.
Kedua, golongan yang takkan mengundi nombor-nombor calon yang dihantar kepada mereka pada pagi Hari Pengundian.
Ketiga, pengundi cuba-cuba. Mereka ni lebih gemar mencuba calon di pihak yang lain.
Keempat, pengundi yang mengundi secara pos. Pengundi sebegini biasanya mengundi sewaktu mereka tidur ataupun sewaktu membeli belah di Tesco. Mereka langsung tidak sedar bila tarikh Pengundian. Majoriti mereka adalah Hantu Balik Pagi.


4. Pemenang.
Ada 3 jenis pemenang.
Pertama, orang yang menang tetapi kerap memonteng kelas. Golongan ini tetap dapat mengambil peperiksaan. Mungkin mereka ni kebal peraturan universiti.
Kedua, orang yang menang tetapi tak pernah nampak muka dia sepanjang dia memegang jawatan MPP. Mungkin dia bekerja untuk mahasiswa. Mungkin juga dia ada seminar tiap-tiap hari. Golongan macam ni bila ditanya dia akan menjawab "saya ni ada seminar lagi lepas ni" atau "saya ni sepatutnya MC hari ni" atau "Bala..bala".
Ketiga, pemenang yang tak pernah perjuangkan manifestonya. Mereka adalah golongan yang meneruskan tindakan mantan-mantap MPP terdahulu tetapi mahukan nama mereka tercatat sebagai orang yang membawa 'perubahan' tersebut. Nampak sangat menipunya. Golongan ini selalunya akan mewujudkan kumpulan peminat mereka di Facebook.

Jom Baca!