U follow me, I follow U.

Suka tak?

Friday, April 22, 2011

KR150RR - Cerita Pasal Motor




Motor pertama yang aku pakai adalah Suzuki RGV 120 sewaktu di Tingkatan 3 kot. Motor ni kepunyaan pakcik aku waktu tu. RGV ni memang berat dan enjin pun tahan lasak. Sebab tu aku suka.Aku ingat lagi dia pernah cakap nak hadiahkan kat aku. Tiba-tiba satu hari tu aku balik-balik tengok motor dah takda. Dia cakap dah jual. Balik-balik ja terus peluk bantal. Tu la kali pertama aku termenung disebabkan motor. Makan pun tak lalu, mandi pun tak basah.

Motor kedua aku pula adalah Yamaha Nouvo. Ni aku beli masa di Tingkatan berapa entah. Aku pilih motor ni sebab ia skuter dan mudah nak kendalikan. Tapi haram bila kat highway. Boleh kekal 80km/j sahaja. Macam siput. Kos penyelenggaraan pun agak tinggi. Dengan 'roller' lah. Apa kejadah benda tu pun aku tak tahu. Akhirnya memang sampai ke sudah aku tak 'maintenance'. Sebab aku sendiri tak faham macammana nak buat 'maintenance'. Lepas tu aku jual kepada pakcik aku untuk dipakai anak dia. Habis madu sepah dibuang. Aku pakai 2 tahun tak pernah 'eksiden', budak tu pakai sehari pun dah eksiden! Budak tu luka ja, tapi 'cover' motor tu pecah. Bila dapat tahu berita tu, terus aku termenung memeluk bantal buat kali keduanya. Dah macam mati bini dah.

Motor ketiga aku adalah YaMAHAL 135LC SS. Motor ni aku beli kat orang dan aku beli untuk kelajuan. Laju memang laju, tapi langsung tak stabil apabila berkelajuan tinggi. Motor ni juga agak manja. Benarlah kata orang, jenama YaMAHAL ni memang manja. Pakai cuma 2 tahun sahaja. Lepas tu terpaksa jual sebab dah mula benci dengan YaMAHAL. Honda jauh lebih baik kualitinya berbanding YaMAHAL. Bila dah jual, aku kembali termenung memeluk bantal. Yang kau gelak-gelak ni kenapa ha?? Suka hati aku lah nak termenung ke, nak mandi ke, nak kahwin ke. Aku tak menangis lah, aku termenung ja. Huhuhu.

Akhirnya aku pilih Kawasaki KIPS KR150RR (nama nak panjang je). KIPPERS (merujuk kepada pengguna KIPS) bukan memakai untuk berlumba, tapi hanya untuk merasai kejuruteraan Kawasaki dan bersenang lenang atas highway. Maklumlah masa menunggang boleh peluk-peluk tangki minyak. Hahaha. Harganya juga lebih murah daripada YaMAHAL LC enjin racing yang aku jual tu. Aku tak tambah duit sendiri pun. Duit jual LC tu terus aku guna untuk beli. Siap ada baki lagi.

Kenapa pilih KIPS?

1. Dilengkapi KIPS (Kawasaki Integrated Power Valve System).
- Mesti ramai yang tak tahu pasal teknologi ni. Tapi Kawasaki adalah pelopor bagi teknologi Power Valve ni dalam barisan jentera KIPS Kawasaki. Dan sistem ni hanya akan diaktifkan apabila meter telah mencecah 130KM/J. Apabila meter mencecah 120KM/J, meter rpm seakan-akan mati dan motor seakan-akan mati, tapi akan ada henjutan secara tiba-tiba menyebabkan jentera ni memecut laju seakan-akan roket! Sebab tu aku tak berminat bawak laju-laju..hahaha. Gila ke nak bawak laju-laju. Aku belum kahwin lagi lah. KIPS yang berkuasa 150cc ini juga lebih laju daripada Kawasaki ZZR yang berkapasiti 250cc!

2. Tahan Lasak.
- Enjin Kawasaki antara enjin yang tahan lasak. Motor ni tak manja macam YaMAHAL yang entah apa-apa tu.Sparepart Kawasaki pula tiada sparepart yang tiruan. Biar mahal sikit asal tahan lama. Oleh sebab itu lah kelasakannya enjinnya 3-4 kali ganda lebih daripada yang lain.(terutamanya YaMAHAL). Cuma perlu jaga minyak enjin sahaja untuk ketahanan enjin. Lasak. Sebab itu ia tergolong dalam kategori NINJA dalam barisan jentera Kawasaki. Jangan panggil aku Ninja sudah lah. KIPS juga 'smooth' ja apabila berada dalam mana-mana kelajuan pun. Tak rasa macam sedang mendera enjin.

3. Keseimbangan dan Keselamatan.
- Ramai yang cakap motor besar untuk orang besar. Tapi bagi aku semua orang layak memakai motor besar walau sebesar mana pun motor tersebut. Kecuali bagi orang yang tak cukup sentimeter lah. Bagi motor Moped atau Kapcai, mereka akan terasa terawang-awangan apabila dipotong jentera berat. Lagipun Kapcai bukanlah dicipta untuk kelajuan. Sebab itu lah baju rasa macam nak tertanggal ja apabila mencecah 100KM/J. Jangan kata 100, 70 pun dah rasa macam nak terbang dah. KIPS dicipta untuk kelajuan, bentuknya juga dicipta untuk kelajuan. Sebab itulah KIPS tak bergegar atau bergoyang dek angin. Paling menakjubkan(lah sangat..) adalah apabila jentera besar memotong KIPS kerana keseimbangannya tidak terjejas. Hal ini disebabkan lubang angin yang terdapat di bahagian hadapan KIPS yang berfungsi untuk mengalirkan angin ke bawah. Selain itu, KIPS juga dilengkapi 'brake disc' depan dan belakang. Jadi keselamatan untuk membrek lebih terjamin.

4. Sistem Mekanikal.
- Kebanyakan jentera masa kini menggunakan sistem elektrikal. Hal Ini berbeza dengan jentera seperti KIPS, TZM, NSR dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Masalah bagi jentera elektrikal adalah masalah litar pintas dan jangka hayat yang pendek. Ini berbeza dengan sistem Mekanikal yang jauh lebih tahan lasak dan kos penyelenggaraan yang murah berbanding jentera yang menggunakan sistem elektrikal. Entah lah aku pun tak tahu nak cakap banyak pasal mekanikal ni. Haha.

5. Liquid Cooled.
- Sama macam YaMAHAL 135LC, KIPS juga ada 'liquid cooled' untuk memastikan kepanasan enjin sentiasa dalam kawalan. Tapi KIPS mampu untuk berjalan jauh tanpa henti kecuali untuk mengisi minyak. Aku pun rasa pelik tapi itulah yang di'review' oleh pengguna lama KIPS.

6. Tangki Minyak Petrol dan Minyak 2T.
Tangki minyak petrol agak besar. 11 Liter tu. Lebih dua kali ganda daripada Tangki Yamaha 135LC. Minyak Simpanan juga agak banyak iaitu 2 Liter. Jadi kalau tiba-tiba minyak dah menghampiri 'Empty', jangan risau kerana KIPS masih mampu untuk berjalan 50 kilometer lagi! Minyak 2T juga antara paling jumat antara 2 Strokes yang lain. Satu liter penuh mampu bertahan sehingga hampir 800 kilometer sebelum ditambah.

Kesimpulannya, apa yang aku nak dah tercapai.Prestasi yang terpuji mungkin menjadi sebab pemilik lama KIPS menangis teresak-esak apabila melepaskan KIPSnya kepada aku. Tapi aku malu nak naik KIPS sebab ramai orang pandang. Nyesal beli, nak jual lah. Hahahaha..

1. Tahan lasak.
2. Laju.
3. Ciri-ciri keselamatan.

Thursday, April 14, 2011

Gerak 'Sotong'!




"Orang Jantan Cakap Sekali!"

Ayat ni aku pernah dengar suatu ketika dahulu ketika mendengar seorang ayah memarahi anaknya yang tak dapat membuat pilihan. Aku tak pasti apakah pilihan yang sedang dipilihnya pada masa tu. Tiba-tiba hari ni aku teringat balik kata-kata tersebut. Maksud kata-kata "cakap sekali" tersebut adalah Tetap Pendirian. Lelaki sepatutnya tak seperti perempuan. Perempuan cakap dua kali kerana pendirian mereka tidak tetap. Sebab tu orang selalu kiaskan perempuan sebagai "Keras-keras Kerak Nasi". Kalau direndam dalam air pasti lembut jua. Tapi sekarang ni lelaki pun dah boleh dikategorikan sebagai spesis kerak nasi juga. Umpama harimau bergigi palsu. Gahnya tetap ada tetapi rapuh. Lelaki kini kebanyakkannya adalah 'sotong'?

Tujuan artikel ni ditulis bukan untuk mengkritik tapi sekadar menegur. Kita lihat situasi di sekolah sekarang. Aku ingat lagi sewaktu aku masih berada di bangku sekolah. Gaya cerita macam dah berpuluh tahun ja, padahal baru beberapa tahun tinggal sekolah. Hahaha. Waktu sekolah dulu, pelajar masih takutkan insan yang bernama 'guru'. Jika kerja sekolah tak siap, kalau tak berdiri atas kerusi, mesti kena merangkak depan kelas orang lain. Punya lah setan cikgu aku. Habis jatuh rambut aku waktu tu. Habis je hukuman, terus aku pergi bilik air untuk sikat rambut. Tu belum kira malu lagi. Waktu tu kalau nampak cikgu perempuan pun dah terasa gerunnya. Lagi-lagi cikgu lelaki. Pernah ada satu kes pergaduhan antara pelajar, cikgu pula yang jadi tukang sorak. Siap sediakan tempat lagi untuk bergaduh. Ni setan jugak ni. Namanya tak perlu aku sebut. Lagi satu kes seorang guru sewaktu aku berada di Tingkatan Dua. Aku berjalan kena rotan, aku lipat lengan baju kena rotan, aku pandang muka dia pun kena rotan juga? Yang ni aku tak faham sama ada dia atau aku yang setan. Setan merata-rata kat sekolah.

Namun, apa yang aku perhatikan pada hari ni, keadaan telah berubah. Walaupun perbezaannya cuma beberapa tahun tapi perbezaannya amat ketara. Aku tengok perbezaan guru dan pelajar hanya dari segi pakaiannya di sekolah sahaja. Guru hanya mendiamkan diri apabila melihat pelajarnya tidur di dalam kelas walhal dia sedang mengajar. Guru hanya mendiamkan diri apabila pelajarnya melawan cakap. Apa yang dibuat hanya membuat laporan kepada Guru Disiplin atau kepada Guru Kanan atau kepada Pengetua sendiri. Lebih menghairankan apabila akhirnya kes tersebut cuma didiamkan sahaja tanpa tindakan konkrit oleh pihak sekolah! Suka aku menegaskan disini bahawa kebanyakan guru sekolah pada hari ini adalah 'sotong'.

Ibu bapa pun satu. Terus terang aku cakap yang ibu bapa sekarang ni tak seperti dulu. Ada yang bergembira.Ada yang bekerja. Burung-burung pun berkicauan pada hari tu. Apa yang aku merepek ni. Haha. Ibu bapa sekarang terlalu manjakan anak. Aku agak terkejut apabila si anak mudah mendapatkan apa sahaja barang yang diingini! Boleh dikatakan aku belum pernah lagi melihat rotan di dalam rumah ibu bapa sekarang. Ibu bapa sekarang hanya 'memejam mata' sahaja melihat kelakuan anak. Kalau dulu, aku paling 'kurang' berani cakap dengan ayah aku. Yela dah lah mata tajam, misai macam Sarjan Misai, macam mana aku tak jadi 'kurang' berani. Tapi oleh sebab dia lah aku tak menjadi 'sotong' pada hari ni.Nak mintak RM 2 pun fikir sembilan kali juga lah. Sebab tu semua harta aku semuanya dibeli menggunakan duit sendiri. Persoalannya sekarang, adakah anda setuju bahawa kebanyakan ibu bapa pada hari ini adalah 'sotong'?

Apabila keadaan waktu kecil mereka macam tu, keadaan ni akan mewujudkan istilah 'manje berlebihan'. Hal ini akan berterusan apabila mereka berada di universiti. Apa yang aku perhatikan, golongan 'sotong' di universiti lebih menonjol kesotongan mereka. Perlu diingatkan disini, golongan 'sotong' yang aku maksudkan disini bukannya spesis Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tu. Tapi golongan lelaki yang lagaknya seperti 'sotong'. Untuk lebih jelas lagi, bolehlah kita namakan sebagai 'Pasif'. Golongan yang hanya menurut tapi tak berani menyatakan kebenaran. Walaupun lelaki cuma 1/3 daripada keseluruhan pelajar di Universiti Sains Malaysia, ini bukan bermaksud sebuah persatuan boleh dipimpin oleh seorang wanita. Aku tidak mempertikaikan kebolehan wanita. Cuma aku ingin bertanya, adakah tiada lagi lelaki yang layak memimpin? Adakah anda setuju golongan mahasiswa pada hari ini adalah 'sotong'?

Wajarkah aku menggelarkan lelaki yang merokok sebagai 'sotong'? Mungkin mereka merokok untuk nampak 'macho' atau merokok untuk legakan tekanan. Pakar mengakui bahawa rokok ada mengandungi bahan-bahan yang boleh melegakan tekanan. Tetapi kenapa rokok? Umum mengetahui bahawa terdapat lebih 200 jenis racun yang terdapat dalam sebatang rokok. Betul ke ni? Aku main teka je ni. Haha. Anggap ja lah betul. Dah terang-terang rokok ni membahayakan kesihatan, tetapi ada ja hujah-hujah bodoh perokok tegar untuk menghalalkan rokok. Satu perspektif yang mereka tak nampak adalah mereka sendiri tidak dapat menjaga diri mereka. Macam mana mereka nak menjaga keluarga? Asap rokok sendiri boleh membahayakan orang sekeliling terutamanya ahli keluarga mereka sendiri. Hal ini belum masuk bab kewangan lagi. Dalam banyak-banyak hujah perokok ni, aku rasa hujah paling bangang adalah hujah yang mengatakan bahawa rokok boleh meredakan tekanan. Dari segi saintifik memang betul, tapi dari segi asuhan rohani? Mereka menganggap bahawa ROKOK DAPAT MEREDAKAN TEKANAN. Di sini aku boleh membuat konklusi bahawa rokok dengan tuhan itu adalah sama lah. Sedangkan Allah yang meredakan tekanan bukan rokok. Rokok adalah alat semata-semata alat. Kenapa kita tidak memohon kepadaNya? Dah jadi artikel agama pulak. Kang mulalah orang tuduh aku sesat sebab bukan semua orang faham perkara berkaitan dengan Akidah ni. Kembali kepada topik, perokok tidak mampu menjaga diri sendiri dan keluarga mereka. Adakah anda setuju bahawa perokok itu adalah 'sotong'? Jika bersetuju sama-samalah kita menggelarkan perokok ini sebagai SOTONG!

Golongan seterusnya adalah pemimpin negara. Apa yang paling dikesalkan adalah mengapa semua pemimpin-pemimpin negara tidak meletakkan Islam sebagai asas sebuah negara? Sistem politik di dalam negara kini bukan DEMOKRASI BERPARLIMEN, tetapi MANIPULASI BERPARLIMEN. Ahli politik masa kini lebih gemar memanipulasikan sesuatu demi kepentingan diri mereka sendiri. Aku rasakan bahawa tiada siapa pun ahli politik masa kini yang boleh membawa Islam. Si A terus mendakwa Malaysia adalah negara Islam. Si B pula menggunakan nama Islam dan bekerjasama dengan si C tetapi apabila si C kata dia menolak Islam, si B terus membisu. Si C pula terus memperlekeh dan ketawakan agama Islam. Akhirnya, masing-masing berdiam diri. Apabila bercakap soal politik dan kepimpinan, aku suka mengambil contoh Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda hanya memberikan 3 cara kepada orang bukan Islam, sama ada memeluk Islam, membayar Jizyah atau membayar Tebusan. Dan ia dilakukan dengan tegas. Tapi di Malaysia ada 1000 cara! Mungkin semua yang berlaku ni atas alasan ekonomi. Mungkin. Yang kelakar adalah pidato politik mereka. Apabila bercakap mengalahkan harimau tetapi mereka tahu apa yang dicakap itu mereka tidak boleh lakukan. Kenapa perlu bercakap tak serupa bikin? Inilah Manipulasi Berparlimen.

Semua aku nak kritik, suka hati akulah. Aku kritik bersebab, bukan kritikkan yang membuta tuli. Terpulang kepada anda untuk bersetuju atau tidak. Aku tidak menganggap semua rakyat Malaysia ni 'sotong'. Tapi ia adalah kebanyakan bukan segelintir. Maksudnya disini adalah kebanyakan lelaki, guru, ibu bapa, mahasiswa, perokok dan ahli politik adalah 'sotong'. Wallahu'alam.

Jom Baca!