U follow me, I follow U.

Suka tak?

Thursday, May 26, 2011

Keluhan Seorang Islam



Malaysia. Begitu sedikit sekali kemungkaran yang berlaku di Malaysia. Dakwah keislaman yang cekap bergitu terkesan sehingga tertutupnya pusat-pusat perjudian dan pusat-pusat hiburan. Jika ada pun, tiada umat Islam yang berada didalamnya.

Aku lihat wanita Islam di Malaysia semuanya bertudung. Inilah hasil daripada didikan agama yang diterima mereka sejak kecil. Inilah apa yang ibu bapa terapkan dalam jiwa anak-anak kesayangan mereka. Hasil daripada kekuatan kerohanian mereka, tiada gejala samseng jalanan, tiada kes penagihan dadah dan tiada kes pembuangan anak.

Didikan ibu bapa.Hmm. Aku tak dapat menyembunyikan rasa gembira dihati apabila ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan Mushaf Uthmani. Cita-cita untuk menjadi seorang penghibur dihalang dengan keras. Itulah antara sebab utama rancangan Tomi Tomi Bak tidak lagi ditayangkan. Itulah antara sebab Akademi Fantasial
mengalami zaman kehancuran. Nah, zaman kegemilangan Islam hanya berlaku di Malaysia. Patutlah aku lihat tiada penyanyi wanita di Malaysia. Hairan.

Aku juga mengakui bahawa semua pemimpin politik Malaysia taat kepada Ulamak dan menghormati kesucian agama Islam termasuklah dari segi politik. Hal inilah yang menyebabkan Malaysia dan negara-negara Islam (Malaysia tidak termasuk sebagai negara Islam) mengamalkan dasar memusuhi Barat dan Yahudi. Rakyat yang beragama Islam dianggap antara yang hebat membantu Semenanjung Gaza.

Zionis dan Barat amat bencikan Malaysia. Kita tidak pernah membeli mana-mana senjata dan senjata perang daripada mereka. Kita tidak menghalalkan franchise perniagaan mereka bertapak dalam negara Islam kita. Oleh kerana dasar ini, mereka menyekat pelaburan kenegara kita. Mereka kenakan cukai yang tinggi. Tapi AlhamduLillah, kita tidak keseorangan. kita ada Syiah, kita ada Sufi, dan kita ada Ahli Sunnah Wal Jamaah lain. Tuhan kita sama. Nabi kita sama. Cuma pegangan mushaf kita yang berbeza. Dengan sokongan rakan seIslam kita, kita tetapkan iktikad dalam membantu Islam. Mengembalikan kegemilangan Islam.

Aku lihat rakyat Islam Malaysia amat menghormati Ulamak-ulamak mereka. Pemergian mereka ditangisi, kehadiran mereka dinanti. Sambutan yang diterima Ulama begitu meriah hinggakan setiap Masjid dipenuhi dengan jemaah. Setiap waktu Solat disertai dengan Makmum yang berbilang taraf. Cuma caranya berbeza. Yang kaya, sederhana, miskin mampu untuk berdiri, ruku' dan sujud sama rendah. Serendah taraf manusia dan Allah s.w.t. Mungkin inilah didikan rakyat Malaysia sejak dulu. Tiada 'double standard' yang diamalkan dinegara ini. Semua taraf dilayan sama rata.

Jom Baca!