U follow me, I follow U.

Suka tak?

Thursday, June 30, 2011

Aku Dituduh Sesat Tak Semena-Mena!

Klik untuk membaca dengan jelas.

Nak tergelak tengok orang bercakap tanpa ilmu ni. Bijak menuduh dan 'bijak' juga mempertahankan diri. 'Susah' nak berdebat dengan PedangTajam ni. Belum apa-apa lagi dah tuduh kita sesat.Dengan siapa dia ber-ijtihad? Anda tahu? Anda kenal imam anda?

p/s : Tak tahu sama ada kedua-dua Anonymous adalah orang yang sama atau orang yang berlainan. Walau apapun, anonymous kedua menuduh aku sesat juga. Terima je lah.

Wednesday, June 29, 2011

Jamah Tangan Syaitan

23 Jun 2009, segelintir siswa di Tehran berdemonstrasi membantah Presiden Ahmadinejad. Seorang siswi dengan beraninya menahan kereta Presiden yang melalui sebatang jalanraya. Dan pengawal keselamatan membiarkan seketika, demi memuaskan hati siswi tersebut meluahkan rasanya. Ia adalah satu aksi positif seorang pemimpin berani bersemuka dengan rakyatnya. Ia juga model keberanian seorang siswi mempersoalkan dasar-dasar pemimpin yang mentadbirnya. Bukan menjadi pak turut dan kangkung diselenggara akta. Siapa bilang di Iran tiada demokrasi dan ruang untuk bersuara?

Foto ini tiba di tangan media Amerika, maka isyarat di jari menjadi lain pula. Kemahiran digunakan untuk memanipulasi gerakan tangan menjadi gerakan tangan syaitan. Dengan isyarat lucah, media Amerika berharap dapat memalukan Presiden Ahmadinejad. Keberanian seorang pemimpin berdepan dengan seorang anak muda pembangkang diputarberlitkan supaya ia menjadi sebuah momen yang biadab dan menjatuhkan maruah seorang Presiden. Tetapi, tidak semua orang boleh terpedaya.

Anda fikir anda boleh melakukannya di sini?

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia - Malaysia lwn Taiwan

Malaysia berjaya mengatasi Taiwan dengan jaringan 2-1. Tahniah kepada pasukan kebangsaan.

Jangan Ajar Kanak-Kanak Minat Agama Awal-Awal

Beginilah sebaik-baiknya. Kanak-kanak masih mentah. Mereka mahu berhibur, bergembira, riang-ria, suka-suka, bergelak ketawa dan dibenarkan bermain. Biarlah kanak-kanak kenal apa itu hedonisme dari usia rebung lagi. Ini juga menunjukkan kita moderat, bertolak-ansur dan moden. Kanak-kanak adalah permata.
Jangan sesatkan kanak-kanak dengan agama. Mereka masih muda benar, justeru elakkan diajar aspek-aspek Islam. Kita bimbang kanak-kanak menjadi ekstrim dan asyik dengan agama sahaja.

Kanak-kanak sebaiknya jangan dibawa ke masjid kerana mereka akan menangis, berteriak dan menyusahkan ibu-bapa.

Mengajar kanak-kanak belum baligh kepada Islam adalah sesuatu yang bertentangan dengan fitrah mereka. Mereka tidak harus dibebankan dengan ibadah amali.

Kanak-kanak akan cepat bosan jika didedahkan kepada hal ehwal agama demikian awal. Psikologi mereka akan terbantut dan terganggu.

Kanak-kanak terbaring begini di saf solat memang menyusahkan. Sepatutnya kanak-kanak ditimang, didukung dan dikejar ketika dalam solat. Contohi solat mereka ini; klik sini. Solat mereka tidak sesat.

Jangan contohi Iran. Apa yang mereka lakukan ialah mengajar kanak-kanak supaya takutkan Allah. Ini adalah contoh yang sesat dan menyesatkan. Kita bimbang perkara seumpama ini menjangkit di sini. Pastikan anak-anak kita terus tom tom bak sehingga dewasa.

FT.

PERHATIAN : ARTIKEL INI HANYA SATU PERLIAN SINIS SEMATA-MATA TERHADAP UMAT ISLAM DI MALAYSIA YANG SEMAKIN JAUH DENGAN ISLAM.

Kenapa Wanita Tak Dapat Hak Yang Sama Seperti Lelaki?

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Tuesday, June 28, 2011

Etika Dalam Membuat Lawak Oleh Dr. Yusuf Qardawi

Entri ini menjawab golongan 'open-minded' yang mempertahankan idola mereka dalam Maharaja Lawak. Jangan sibuk mengkafirkan orang lain kalau feqah sendiri pun belum dikuasai.

Pertama

Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi bersabda: "Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia!" (Hr Ahmad dan Ad-Darimi- sahih)

Kedua

Gurauan yang tidak menghina orang lain, kecuali diizinkan oleh orang tersebut.
Firman Allah, "Wahai orang-orang beriman, janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, mungkin orang dihina lebih baik dari yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , mungkin wanita dihina lebih baik baik dari wanita yang menghina… ” (11 : Al-Hujarat)

Nabi SAW bersabda, “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hadis riwayat Muslim – sahih). Termasuk juga dalam menghina, ialah dengan meniru perbuatan orang lain.

Aisyah RA berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi- sahih)


Ketiga

Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir RA berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda; “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (Hadis riwayat Thabrani – sahih)

Keempat

Jangan ambil barang orang dengan niat melawak.
Nabi SAW bersabda: "Jangan kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslam dengan niat melawak atau pun betul-betul.” (Hadis riwayat Ahmad – sahih)

Kelima

Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak. Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi SAW bersabda, “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius iaitu :

1. Nikah
2. Cerai
3. Membebas hamba.

Syiah Malaysia Ke PBB


Terkecil Di Dunia


Pistol terkecil di dunia-Swiss Mini Gun
Teddy Bear terkecil di dunia
Ikan terkecil di dunia-
Kuda terkecil di dunia-Nama kuda Thumbelina
Anjing terkecil di dunia-Nama Anjing Pinnochio
Burger terkecil di dunia
Bayi Terkecil di dunia-Nama Bayi Amilia Taylor,lahir pada usia 22 minggu berat 280 gram dan tinggi 24 cm
Kameleon terkecil di dunia
Karya Seni terkecil di dunia-Patung yang di buat oleh Willard Wigan MBE
Teko Teh terkecil di dunia

8 Manusia Paling Bertuah Di Dunia


1. Lelaki yang membeli Salinan Rasmi Deklarasi Kemerdekaan Amerika dengan harga $4

Seorang lelaki yang tidak dikenali,membeli lukisan yang sudah koyak berharga $4 di sebuah pasar di Adamstown,Hanya kerana dia tertarik dengan bingkai lukisan tersebut.Ketika dia sampai di rumah,dia mengeluarkan lukisan pemandangan yang sudah koyak tersebut dan tidak lama kemudian dia menemui satu dari 500 Salinan Rasmi Deklarasi Kemerdekaan yang terlipat dan disembunyikan di belakang bingkai lukisan yang baru dia beli.

Salinan tersebut berkerut di sepanjang garis di mana salinan tersebut telah terlipat.Salinan itu dicetak oleh John Dunlap pada 4 Julai 1776,untuk membawa berita tentang kemerdekaan Amerika kepada warga US di 13 kolonial.Ini adalah salah satu dari 24 yang dikenal pasti sebagai Salinan Deklarasi yang masih ada di tangan pihak swasta.

Salinan tersebut yang berharga $4 dilelong pada harga $2,420.000 di Sotheby’s.Pembelinya adalah Donald J. Scheer dari Atlanta, presiden Visual Equities Inc.
2. Seorang nenek yang menemukan kad baseball berusia 140 tahun di ruang bawah tanah.

Bernice Gallego,72 tahun berasal dari California.Seorang wanita yang menemukan Kad Baseball Edisi Terhad dari Pasukan Baseball profesional pertama di Amerika Syarikat di rumahnya.Dan jika bukan karena nasihat dari seorang kawan,dia mungkin akan menjual Cincinnati Red Stockings Card tersebut di eBay pada harga $ 10.Pada abad ke 19 Kad Baseball tersebut dijual pada pada satu Acara Lelong pada harga $ 75.285.
3. Seorang kontraktor yang menemui $182,000 di bilik mandi.

Seorang kontraktor Bob Kitts dari Cleveland,Ohio yang menemukan wang sebanyak $ 182.000 dari zaman 'Depression Era Money',yang tersembunyi di dinding bilik mandi.Kitt sedang membaiki dinding bilik mandi di sebuah rumah tua yang berumur 83 tahun di dekat Tasik Erie pada tahun 2006 dan dia menemukan dua lockboxes logam hijau tergantung di dalam dinding bilik mandi di bawah almari ubat.

Di dalamnya terdapat sampul surat putih dengan alamat untuk “P. Dunne News Agency”.Dia kemudian memberitahu kepada pemilik rumah tentang wang tersebut.Berita tentang penemuan ini tersebar dengan cepat.Hal ini menyebabkan konflik undang-undang diantara pemilik rumah dan kontraktor tersebut,akhirnya duit tersebut diberikan kepada keturunan keluarga yang alamatnya telah tertera di sampul surat duit itu ditemukan.
4. perempuan yang menemukan lukisan Pollock yang bernilai jutaan dollar, dengan hanya membayar $5.

penemuan tersebut merupakan hal yang menakjubkan dari karya seni milik Jackson Pollock, seorang pelukis Amerika dan seorang seniman yang dianggap sebagai Ahli di bidang Abstrak Ekspresionisme.
5. Seorang Collector yang menemukan koin yang berharga $ 200.000 ketika membersihkan rumah kosong

Jeff Bidelman,Pemilik Collectibles Johnstown,sedang membantu keluarganya membersihkan rumah mereka yang telah ditinggalkan lebih dari dua puluh tahun.Ketika dia membersihkan ruang bawah tanah,dia melihat sebuah lubang di dinding lantai.Ketika dia melihat isi lubang tersebut dia menemukan sejumlah tumpukan koin emas.Secara keseluruhan, Bidelman memperkirakan nilai koin tersebut dapat mencapai harga $ 200.000.
6. pelajar yang menemukan sebuah lukisan yang bernilai lebih dari $ 27.000 di sebuah sofa.

Seorang pelajar Jerman membeli sebuah sofa berharga $ 215 disebuah pasar di Berlin dan menemukan sebuah lukisan di dalam sofa tersebut.Menurut Rumah lelong Kettler,lukisan cat minyak itu dijual pada harga $ 27.630 pada satu acara lelong di Hamburg. Lukisan ini dilukis oleh seniman yang tidak dikenali pada tahun antara 1605 sampai 1620.
7. Orang yang membeli lukisan bernilai $1,2 juta pada harga $30

Suatu hari,seorang pekerja sebuah perusahaan di Indiana menghabiskan $ 30 untuk membeli beberapa perabot dan sebuah lukisan bunga,Dia memutuskan untuk menggantung gambar itu untuk menutupi sebuah lubang di dinding yang telah rosak.

Beberapa tahun kemudian dia menghadiri sebuah Acara Lelong Karya Seni.Dia terkejut kerana melihat sebuah lukisan bunga yang kelihatan serupa dengan lukisan yang ada di dinding rumahnya.Dia mendapati bahwa lukisan itu milik karya Martin Johnson Heade,seorang pelukis Amerika yang melukis pemandangan dan bunga.

Dia kemudian bertanya ke Galeri Kennedy di Manhattan,yang menguruskan karya-karya Heade untuk melihat lukisannya.Mereka menilai bahwa karya seni yang menutupi lubang di dinding rumahnya itu adalah lukisan Heade, Kemudian Museum Fine Arts di Houston membeli lukisan tersebut pada harga $ 1,2 juta dolar.
8. Wanita yang menemukan salinan poster film edisi terhad

Laura Stouffer telah berjalan di sebuah pasar di Summerville,kemudian dia melihat “Shepherd’s Call”, sebuah lukisan border collie yang menggambarkan domba yang hilang dalam tumpukan salju.yang dibuat pada tahun 1850 dan akhir 1870-an oleh tiga seniman yang berbeza.Stouffer,yang juga merupakan bekas pedagang barang antik,langsung dapat mengenali poster tersebut dan kemudian membelinya.

Setiap manusia bertuah kerana dapat lahir ke dunia sebagai khalifah di muka bumi.

Roti Tiruan Yang Diperbuat Daripada Kotak

Dicipta oleh peniru teknologi terbaik di dunia iaitu China. Bukan sahaja telur sahaja ada yang tiruan, roti pun ada yang tiruan. Tapi macam sedap je.

Pemuda Yang Memuliakan Ibu Bapanya

Di zaman Nabi Musa a.s ada seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda pun duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.

Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s dan hairanlah Nabi Musa akan tingkah laku pemuda itu, dia terus masuk ke dalam bilik kemudian membawa seekor babi betina keluar dari bilik itu, dia mendukungnya dengan cermat, kemudian memandikannya. Nabi Musa sekali lagi kehairanan dan berbisik sendiri di dalam hati baginda ” apakah ertinya semua ini?”

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik tadi. Selepas itu pemuda itu keluar semula dengan seekor babi jantan pula dan lebih besar sedikit dari yang tadi. dan diperlakukan seperti babi yang sebelumnya juga.

Selepas semua kerja selesai barulah ia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi ” Apakah agama tuan hamba?” . “Islam agamaku” jawab pemuda itu ringkas. ” Habis kenapa kamu membela babi?” tanya Nabi Musa a.s lagi.

Wahai tuan hamba kedua-dua babi yang aku dukung, dan aku mandikan itu tadi ialah ibu bapa kandungku, Oleh sebab mnereka banyak melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka kepada rupa babi yang hodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tua ku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi”.

sambungnya Setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya, tambahnya lagi

Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dan hodoh dengan rupa babi pun dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami”.

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud ” Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka telah kami tukarkan / pindahkan ke dalam syurga”.

Begitulah betapa mulianya si anak itu yang sanggup berbakti kepada kedua ibubapa walaupun rupa keduanya telah ditukar oleh Allah menjadi sangat buruk.

Panduan Mencari Wanita Terbaik Dengan Menggunakan Matematik Oleh Al Khawarizmi

Angka dan matematik tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita. Namun apa yang menarik, pakar matematik Islam ada mengaitkan angka dan juga bagaimana untuk mencari wanita terbaik.

Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Beliau menjawab,
Jika wanita solehah & beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang “1” tiada..
maka, tiada apa yang tersisa padanya kecuali sekelompok
“0”

Ingatlah, mencari wanita terbaik untuk dijadikan isteri bukanlah soal kisah malam pertama sahaja. Namun ia merupakan kisah untuk melahirkan zuriat yang baik dan isteri yang solehah. Apa erti cinta jika bahagia tiada. Apa erti sayang andai hidup melayang-layang. Ape erti berkasih andai diri sering disisih.

Tanda Tangan Termahal Di Dunia

$ 5 juta. Cuba teka ini tandatangan siapa?


Elaun Yang Di-Pertuan Agong Dan Kerabat Diraja!



Malaysia adalah sebuah negara di dunia yang paling banyak sultan. Dikebanyakan negara disebelah Asia Pasifik seperti Thailand yang masih ada lagi kekal dengan Raja iaitu King Bhumibol Adulyadej termasuk Negara Brunei iaitu Sultan Haji Hassanal Bolkiah . Tetapi hanya satu Raja bagi sesebuah negara. Di Indonesia dahulu ada sultan tetapi rakyat memberontak dan jadilah sebuah republik Indonesia.

Kebanyakan sultan-sultan di Malaysia adalah berasal dari Indonesia. Hanya Sultan Kedah yang berasal dari sebelah utara Asia Tenggara iaitu daripada keturunan Raja Suran. Maaf jika tersilap kenyataan ini. Maklumlah penulis lemah dalam subjek sejarah.

Walaupun kita masih mengekalkan institusi raja sebagai payung kepada rakyat. Adakah institusi ini akan terus bertahan dan berkekalan pada masa akan datang? Jika tidak, suatu hari nanti negara Malaysia akan menjadi sebuah republik. Kita akan memilih seorang presiden dari rakyat biasa sebagai pemerintah yang mutlak mengantikan Yang Dipertuan Agong. Apabila terjadi, maka adakah bangsa melayu akan hilang identitinya sendiri?


Pendapatan Raja Luar Sekitar Malaysia

Thailand King Bhumibol Adulyadej
No. 1 terkaya di dunia dengan nilai $30 Billion

Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah
No.2 terkaya di dunia dengan nilai $20 Billion

Saudi Arabia's King Abdullah bin Abdulaziz Al Saud
No.3 Terkaya didunia dengan nilai $18 Billion


Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.

Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880.

1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)

Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM16 339.

1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)

Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.


Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah kini tinggal bersama ibu dan bapa beliau, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan Lt-Kol Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim di Carcosa Seri Negara

1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000

Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan

Elaun Sultan dan kerabat Diraja

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan:

1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebanyak RM14,600 sebulan.

1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan

Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut:
Raja Muda – RM13,000
Raja Puan Muda – RM5,200
Tunku Bendahara – RM4,000
Isteri Tunku Bendahara – RM1,250
Tunku Temenggung – RM3,500
Isteri Tunku Temenggung – RM900
Tunku Laksamana – RM3,000
Isteri Tunku Laksamana – RM600
Anak-anak Sultan – RM1,000

Monday, June 27, 2011

8 Blog Yang Berpendapatan Jutaan Dollar


Pemiliknya adalah Mark Frauenfelder
Didirikan:January, 2000
Penghasilan:$ 1 Milllion per tahun
Topik:Komik, fiksyen, Ilmiah, Komputer, dan Teknologi
Trafik:22 juta page views dan 2,6 juta unique visitors
Update:20-40 post per hari dengan 4 penulis bayaran
Sumber penghasilan:Iklan dengan Harga US $ 350 per minggu (button kecil), iklan banner $ 2000 – $ 3000 untuk minimum 170,000 impresion
Pemiliknya adalah Jeremy Schoemaker
Didirikan:Oktober 2005
Penghasilan:$12,000 per bulan
Topik:Make Money Online
Trafik:20,000 unique visitors per hari
Sumber penghasilan:Produk sendiri, AuctionAds, dan Adsense
Pemilik: Josh Marshall.
Didirikan:November 2000
Penghasilan:$54,000 per bulan
Topik:Politik
Trafik:500,000 page views per minggu
Sumber penghasilan:Iklan, afiliate
Pemiliknya Mario Lavandeira.
Didirikan:September 2004
Penghasilan:$110,000 per bulan
Topik:Gosip selebriti
Update:20 post per hari
Trafik:4 juta unique visitors per hari
Sumber penghasilan:Iklan (1 banner berharga $13,000 per hari)
Pemiliknya adalah Jake Dobkin.
Didirikan:Januari 2003
Penghasilan:$50,000 per bulan
Topik:tentang kota New York, seni, makanan, events, dan 7 kota-kota metropolitan dunia
Update:20-25 post per hari (lebih dari 5 penulis)
Trafik:7 juta page views per bulan
Sumber penghasilan:Iklan
Pemiliknya adalah Michael Arrington.
Didirikan:Jun 2005
Penghasilan:$200,000 per bulan
Topik:mobile technology, and sites
Trafik:5 juta page views per bulan
Sumber penghasilan:Iklan (button kecil $300 dan banner paling kecil $1,000 per minggu) dan job board
Pemiliknya adalah Pete Cashmore.
Didirikan:Julai 2005
Penghasilan:$166,000 per bulan
Topik:trend of mashups
Trafik:4 juta page views per bulan
Sumber pendapatan utama Iklan teks ( $100 per minggu) dan banner ( $2,000 per minggu)
Pemiliknya Darren Rowse.
Didirikan:November 2004
Penghasilan:$100,000 per tahun
Topik:Make money online dan make money blogging
Up date:1-2 post per hari
Trafik:1,5 juta pengunjung per bulan
Sumber pendapatan utama:Chitika, Google AdSense, Text Link Ads, dan Amazon Associates.

Kehidupan Yang Tak Dapat Dilihat Oleh Mata Kasar

Gambar-gambar berikut kelihatan seperti makhluk gergasi seperti yang terdapat dalam filem-filem seram dan aksi. Namun, ia merupakan hidupan yang berada di sekeliling atau di badan kita. 'Micro Monster' menunjukkan imej-imej yang menakutkan ini. Penulis buku tersebut iaitu Tom Jackson menghabiskan masa selama beberapa bulan untuk mengumpul imej-imej tersebut.

Para saintis telah membekukan hidupan tersebut dengan cecair nitrogen setelah ia 'diwarnakan' .











Jom Baca!