U follow me, I follow U.

Suka tak?

Friday, August 26, 2011

Cara "Mereka" Murtadkan Gadis Melayu

1.. MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama.

Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembutan tingkah laku anak-anak gadis kita ini.

Antara ungkapan yang sering digunakan adalah..
“Adakah semua anak-anak gadis Melayu begitu ayu dan sopan?”, “Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”, “Saya tertarik dengan tingkah laku awak”. “Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi”

Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka Kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

2..PERANGKAP

Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibu bapa.

Setelah kian lama bersama serta mendapati si gadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan “langkah sebenarnya”, yang pertama.. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.


3..DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawab di atas perbuatan mereka seraya berkata..

“Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama”

Seterusnya kata si jejaka..

“Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak di luar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya”

Kata si jejaka lagi..

“Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita”

Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

4..MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis Melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

5..DOA


Doa adalah senjata para Mukmin. Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana. SEBARKAN!!

Sumber:
http://www.ibnuhasyim.com

Monday, August 15, 2011

Sejarah Yang Dilupakan : Hasan Bin Ali




Hasan Bin Ali Bin Abi Talib adalah salah seorang daripada dua cucu Nabi Muhammad s.a.w, anak Sayyidah Fatimah az-Zahra sa yang sangat dicintainya. Beliau dilahirkan di Madinah pada 15 Ramadhan tahun ke 3 H. Pada waktu kelahirannya Rasulullah s.a.w mengucapkan azan pada telinga kanannya, iqamah di telinga kirinya dan memberikannya nama Hasan. Pada hari ke-7 Rasulullah menyembelih kibas sebagai akikah, mencukur rambutnya meletakkan harum-haruman, kemudian memberi sedekah dengan emas (ada yang mengatakan perak) seberat rambutnya.

Sampai umur 7 tahun beliau dijaga oleh datuknya Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Rasulullah tidak sanggup berpisah dengan Hasan as, mahupun dengan saudaranya Husain a.s, sebagaimana tidak dapat dipisahkan antara cahaya matahari dengan matahari, tidak pernah ditinggalkannya baik malam atau pun siang. Bahkan pada waktu baginda sembahyang.

Pernah satu ketika, Hasan as menaiki pundak Nabi s.a.w sewaktu baginda sedang sujud dalam solat, hingga terpaksa baginda memanjangkan sujud dan kemudian menurunkan anak itu perlahan-lahan dan dengan lemah lembut. Pada masa yang lain Hasan as datang kepada Nabi s.a.w ketika baginda sedang ruku' dalam solat. Nabi s.a.w terpaksa membuka dua belah kakinya untuk memberi kesempatan cucunya keluar masuk di antara celah pehanya. Orang berkata kepada Nabi s.a.w: "Ya Rasulullah, engkau perbuat sesuatu yang belum pernah dikerjakan orang. Jawabnya:" Kerana ia wangi-wangianku!"

Pada suatu hari Nabi menjulang Hasan as di atas bahu kanannya dan Husain di atas bahu kirinya. Baginda bertemu dengan Abu Bakar, yang berkata kepada kedua anak itu: "Tunggangan yang paling nikmat yang kamu tunggangi. wahai anak-anak." Nabi s.a.w menjawab: "Juga penunggangnya merupakan nikmat yang sangat mesra, kerana kedua-duanya merupakan harum-haruman di dunia."

Imam Ahmad meriwayatkan dari Mu'awiyah , bahawa satu hari Rasulullah pernah mengulum bibir dan lidah Hasan dan oleh kerana itu Tuhan tidak akan mengazab lidah dan bibir yang pernah dikulum oleh Nabi, demikianlah banyak hadis-hadis yang kita dapati dalam kitab-kitab Masnad Imam Ahmad, Zakha'irul U'qbah Al-Hanah, karangan Ibnu Battah, Hilyatul Auliya', karangan Ibnu Nu'aina, Al-Asabah, Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain.Ahmad bin Abdullah At-Tabari menerangkan dalam Zakha'irul 'Uqbah, bahawa Hasan as mempunyai bibir yang merah, kedua matanya hitam laksana bercelak, pipinya laksana pauh dilayang, bulu dadanya yang halus, lebat janggutnya, tinggi tulang pelipisnya, lebar bahunya, awak badannya yang sedang, tidak panjang dan tidak pendek, mempunyai wajah yang sangat cantik, rambut yang berombak, bentuk badan yang sangat indah, tidak ada seorang yang menyerupai Nabi Muhammad s.a.w selain daripadanya. Dalam sahih Bukhari masih dapat kita baca, bahawa Khalifah Abu Bakar mendekati Hasan as yang sedang bermain dengan anak-anak lain, lalu memanggil dan memanggulnya, seraya berkata: "Demi Allah rupamu lebih mirip kepada Nabi daripada kepada Ali" Ia tersenyum.

Hasan as adalah seorang yang sangat kuat ibadatnya dalam masa dan zamannya. Apabila ia mengambil air sembahyang mukanya menjadi pucat. Dan apabila ia sampai ke dalam masjid ia berkata: "Wahai ahli perbaikan, telah datang kepadamu seorang jahat, hilangkan segala kejahatan apa yang engkau ketahui daripadaku dan gantikan ia ia dengan sifat-sifat yang indah, kelimpahan daripadamu, oh Tuhan yang Maha Pemurah!" Dan apabila ia teringat akan mati, akan kubur atau ia menceritakan hari kebangkitan dan Sirat, ia menangis tersedu-sedu.

Sesudah Imam Ali as syahid dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam, Hasan bin Ali diangkat menjadi Khalifah. Ia memegang tampuk pemerintahan Islam selama enam bulan.

p/s: Khalifah ke-5 Khulafa Ar-Rasyidin.

Sumber : Nota 'Muka Buku' Ali Reza.

Saturday, August 13, 2011

Cinta Salman Al-Farisi

Di saat Salman Al-Farisi merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama, dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah.

Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi, penuh warna dan cinta.

Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.

“Subhanallah.. Alhamdulillah”

Terpancul kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.

Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.

“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.

Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada sahabat utama-nya.

Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya”, berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.

“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang utama.

Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

“Silakan tuan..” balas Abu Darda’.

Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.

“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan..”

“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua. Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman.

Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

“Allahu Akbar.. Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” Air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.

Tuesday, August 9, 2011

Bagaimana Kanak-Kanak Iran Memeriahkan Ramadhan?



Aktiviti yang berlangsung setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Kelas Al-Quran yang dihadiri rata-rata kanak-kanak yang berumur 5 tahun kebawah. Waktu ini anak-anak kita sedang buat apa ya?

Thursday, August 4, 2011

10 Bahasa Yang Paling Jarang Diketahui

10.Chamicuro
Sepanjang sejarah,di dunia,hanya ada 8 orang yang berbahasa Chamicuro, menurut suatu kajian pada tahun 2008.Bahasa ini kebanyakan dipakai untuk percakapan di Negara Peru dan dianggap sebagai bahasa yang pupus,kebanyakan orang yang berbicara bahasa chamuciro adalah orang yang sudah tua.Tidak ada kanak-kanak yang berbicara Chamicuro sebab mereka menyesuaikan diri dengan bahasa Spanyol.Bagaimanapun,mereka yang berbicara bahasa chamicuro boleh membuat suatu kamus dari terminologi mereka.contoh bahasa chamicuro:waka (lembu),katujkana(monyet).

9.Dumi
Dumi,suatu bahasa Negera Nepal pada umumnya digunakan dalam percakapan di daerah dekat Tap and Rava Rivers.Yaitu di pergunungan Khotang District,yang terletak di Negera Nepal bagian timur.Bahasa Dumi merupakan suatu Bahasa Kiranti,Artinya bahwa bahasa ini merupakan bagian dari Bahasa Keluarga Tibeto-Burman.Dengan hanya 8 orang-orang yang menggunakan bahasa ini pada tahun 2007,bahasa ini dianggap sebagai pupus membahayakan.Maklumat tentang Bahasa Dumi telah dikumpulkan dan di sana ada suatu kamus yang tersedia.Ada juga banyak buku menulis tentang bahasa Dumi yaitu tentang "the language’s grammar and syntax".

8.Ongota
Dalam tahun 2008,hanya ada 6 penutur asli yang mengetahui dan menggunakan bahasa Ongota,kesemuanya adalah orang-orang tua.Ini membuat bahasa Ongota pupus.Bagaimanapun,tidak sama dengan kebanyakan bahasa yang sedang menghilang,ada suatu profesor pada Addis Ababa University di Etiopia yang belajar Ongota.Dia menyimpulkan bahwa bahasa ini mengikuti suatu struktur pokok,objek dan katakerja.Ongota disebut suatu Bahasa Afro-Asiatic.

7.Liki
Liki adalah suatu bahasa yang digunakan dalam percakapan mulai dari pantai Sarmi utara,daerah Jayapura,pulau dekat Indonesia.Pada tahun 2007,suatu kajian menunjukkan bahwa hanya 5 orang yang menggunakan bahasa itu.Di masa lalu,bahasa ini merupakan bahasa percakapan untuk pejabat gereja di daerah itu.Bahasa ini tidak hanya mempunyai satu asal,kerana itu bahasa ini dikatakan Austronesian,Melayu-Polinesia,Central-Eastern,Ketimuran Guinea Melayu-Polinesia,Oceanic,Western Oceanic,North New Guinea,Sarmi-Jayapura Bay dan Sarmi.

6.Tanema
Di pulau Solomon,Bahasa Tanema pernah digunakan di suatu tempat Pulau Vanikolo,daerah Temotu dan di Desa Emua.Tercatat,hanya 4 orang yang menggunakan bahasa ini.Tanema adalah Austronesian Seperti halnya Melayu-Polinesia,Central-Eastern dan Oceanic.Banyak dari mereka yang ketika berbicara Tanema sudah beradaptasi dan sudah memulai untuk berbicara baik bahasa Pijin maupun bahasa Teanu,Kedua-duanya adalah bahasa yang sangat popular di dalam daerah itu.

5.Njerep
Njerep adalah suatu Bahasa Bantoid di Nigeria.Bahasa ini pernah menjadi bahasa cameroon tetapi itu tidak lama.Sekarang bahasa paling umum dipakai dekat Mambila adalah 'itu'.Hari ini,bahasa tersebut telah digantikan oleh bahasa Mambila seperti Ba Dan Mvop.Menurut suatu kajian pada tahun 2007 hanya ada 4 orang yang masih berbicara Njerep,maka dalam beberapa berabad-abad bahasa akan lebih dari mungkin padam.

4. Chemehuevi
Chemehuevi,sebelah utara Uto-Aztecan,Numic,Bahasa Selatan yang sebagian besar berbicara dalam midwest USA seperti halnya pada western coast.Anda dapat mendengar bahasa itu di Ute,Colorado,Selatan Paiute,Utah,Arizona utara,Selatan bagian dari Nevada dan di daerah Sungai Colorado,California.Suku bangsa Chemehuevi masih tersisa dan sedang tumbuh subur,jumlah orang yang berbicara bahasa hanya 3 orang-orang yang kesemuanya adalah orang dewasa.

3. Lemerig
digunakan di Vanuatu,suatu pulau di selatan Lautan Pasifik sekitar 1,000 mil ke timur Australia,Austria utara,bahasa ini digunakan juga di Vanua Lava Island.Hanya ada 2 orang yang menguasai bahasa ini. Lemerig terdiri dari sedikitnya empat berbagai dialek berbeza.

2. Kaixana
Kaixana adalah salah satu dari banyak bahasa yang pupus.Bahasa ini pernah menjadi bahasa suatu desa dekat Sungai Japura,yang terletak di Brazil.Dari waktu ke waktu,Penetapan Bahasa Portugis mengambil alih bahasa di area itu.Dahulu,hampir 200 orang dapat berbicara bahasa tersebut.Tetapi,suatu kajian pada tahun 2006 menunjukkan bahwa hanya seseorang masih berbicara Kaixana.

1. Taushiro
Taushiro,suatu bahasa asli dari Negara Peru,tepatnya di daerah Sungai Tigre,Sungai Aucayacu,yang mana adalah suatu anak sungai Sungai Ahuaruna.Bahasa ini dikenali sebagai suatu bahasa mengisolasikan,yang mana itu berarti bahasa ini tidak punya hubungan yang dapat dibuktikan dengan bahasa lain.Mereka yang berbicara bahasa ini pada umumnya hanya “satu”.Di dalam,suatu kajain 2008 menyimpulkan bahwa hanya seseorang berbicara bahasa ini dengan dengan fasih.

Jom Baca!