U follow me, I follow U.

Suka tak?

Sunday, June 3, 2012

Perbezaan bagi "Mereka Yang Faham" dan "Mereka Yang Tak Faham"

Perbezaan yang sangat besar bagi "mereka yang faham" dan "mereka yang tak faham". Menilai bukan dari mata, tapi dari hati. Tapi yang berlaku pada hari ni adalah mereka yang menilai semata-mata dari mata dan membuat andaian yang merugikan. Sebagai contoh, seperti gambar dibawah.



"Kanak-kanak Haulah beberapa jam sebelum mereka disembelih dan dibunuh oleh rejim Basyar Assad dalam tragedi Haulah Jumaat lepas. Kanak-kanak ini bersama rakyat Syria lain berkumpul bersama rakyat Syiria lain menyatakan protes terhadap kezaliman Basyar. Menurut sumber, jam 2 selepas itu, tentera Basyar menyerbu rumah-rumah Halulah dan menyembelih kanak-kanak dan masyarakat awam"

Namun beberapa hari selepas tersebar gambar perbandingan sebelum dan selepas tersebut, dunia dikejutkan kembali dengan pengakuan pemilik asal gambar 'selepas' iaitu Marco de Lauro. Dia adalah orang yang mengambil gambar tersebut di Iraq pada tahun 2003 menunjukkan kanak-kanak Syiah yang dibunuh sewaktu Era Saddam Hussein. Maklumat lanjut di link ini : Italian Photographer Shocked to See Iraq Photo in BBC Report on Syria

Nah! Satu lagi gambar fitnah berjaya dijawab. Ini bukan membawa maksud bahawa aku penyokong Rejim Basyar Assad. Tapi fitnah berterusan yang selalunya kantoi dikira amat memalukan. Sebelum ini dikatakan bahawa Basyar disokong oleh Zionis, tetapi adanya bukti bahawa Zionis, Arab Saudi dan Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada pemberontak. Sebelum ini stesen TV Al-Jazeera sering memaparkan pembunuhan kononnya dilakukan oleh Basyar, tetapi mereka dikejutkan dengan peletakan jawatan sebilangan pekerjanya yang tidak sanggup lagi membuat fitnah keatas Basyar.

Kenyataan diatas bukan membawa maksud bahawa aku penyokong Basyar, tetapi berhati-hatilah ketika menyebar sesuatu yang kita tidak tahu kebenarannya.

Mungkin dah jadi tabiat kita yang sukakan keamanan hingga tidak menapis info yang kita dapat. Mata boleh menipu kita, kenapa kita tidak gunakan akal? 

No comments:

Jom Baca!